LINK-LINK HEBAT

Tuesday, July 22, 2014

belajar buat blog!!!!

assalam readers....

22 julai 2014, khamis

pembelajaran sepanjang hayat.. itu lah yang dikatakan dengan mempelajari sesuatu sepanjan hayat kita... topik hari ini ialah belajar membuat blog

apa itu blog?? blog ialah sesuatu laman untuk kita menulis apa sahaja.. suatu masa dahulu blog digunakan sebagai satu diari online kerana mudah untuk meluahkan sesuatu dan menulis... namun kini.. blog telah bertambah luas.. sehingga boleh dijadikan sebagai satu medium untuk perniagaan.

dengan pendekatan sebagai satu medium untuk menjalankan perniagaan.. pihak JCORP telah mengambil inisiatif untuk menganjurkan kursus membuat blog... oleh disebabkan itu, pelajar-pelajar yang bernaung di bawah tunas bistari telah dipanggil untuk menjalani kursus tersebut...

bagi aku.. sebagai seorang blogger yang telah lama berkecimpung di dalam dunia blog nie perkara ini seperti biasa sahaja kerana bedasarkan pengalaman... namun ini lah yang berlaku.. pembelajaran sepanjang hayat... maka belajar lah walau pun telah mengetahui..

akhir kata.. usaha JCORP dalam mempelbagaikan method perniagaan sangat-sangat memberangsangkan.. alhamdulillah semoga usaha yang dilahirkan dapat melahirkan usahawan yang berdaya saing dan mampu mencapai tahap global

TAHNIAH JCORP!!!

nukilan marhaen
22.7.2014
9.59 a.m

Thursday, December 19, 2013

internet ooohhh internet ku

assalamualaikum....

apa khabar pembaca sekalian.. walau ku tahu mungkin tiada siapa yang membaca coretan hati ini,, sekadar menulis... hari nie mungkin ada kepenatan sedikit.. almaklumlah result pmr dah kuar kan...

hari nie tercetus idea apabila diri ini tidak boleh hidup tanpa adanye internet.. mungkin bagi sesetengah dari manusia di luar sana mengandaikan internet ini bukan la satu perkara penting.. tapi bagi diriku internet nie macam nyawa... bile takda tak keruan hidup nie..

mula berkecimpung di dalam dunia maya nie sejak di bangku sekolah lagi.. dulu mula kenal internet dari permainan online game.. hampir macam2 lah permainan pernah main.. hingga jan sanggup membuang beratus2 di ienternet sana.

selepas tue mula berkecimpung dalam dunia sosial.. bermual dengan friendster    apa itu friendster,,ada yang tahu ke,, kemudian myspace kemudian tagged hi-5 hingga la kini facebook twitter serta blog... nie semua dunia sosial ku... yang terkini ada whatsapp wechat instagram dan sebagai nya....

berbalik kembali.. tanpa internet mmg buntu kepala hotak ku ini,. apa yang mampu aku buat sanggup cari sana sini untuk conntection.. yang terkini nak tgk tv pun kena ada internet jugak... waduhh.... poning pale tak da internet

itulah kisah ku dan internet... bersempena tarikh nie result PMR keluar.. maka selaku guru.. ingin ku ucapkan kepada semua pelajar yang dah amek result PMR tue.. igin ku ucapkan tahniah di atas kejayaan anda merangkul keputusan yang cemerlang..

p/s belajar bukan untuk pandai tetapi untuk menimba ilmu.. bilangan A bukan ukuran kepandaian manusia

kalam marhaen
19/12/2013
10.38 pm

Thursday, December 12, 2013

Permulaan kedai mamak berteman teh o ais

Assalam readers dan follower.. lama sudah tidak menulis.. lihat saja lah last post.. sudah hampir 2 tahun rasanya....

Tetiba terdetik di hati ini untuk menulis semula.. di blog yg sekian lama menyepi ini... mgkin terlalu banyak ranjau dan juga perjalanan yg perlu di tempuh...

Sedetik di kedai mamak.. kembali semula semangat untuk menulis kembali dan melihat kembali blog yg sekian lama sunyi tanpa penghuninye..

Kemana menghilang sang penulis.. sudah bosan kah.. atau dia sudah hilang minat. Hakikatnya masa tidak mencukupi.. mmg itulah yang terjadi.. masa mmg tidak akan cukup untuk selamanya..

Namun kini kembali semula untuk mencoret kembali perjalanan diri.. dr dulu hingga kini.. moga semangat ini kekal...

Penulis yg kembali
8.09 pm
12.12.13

Saturday, July 07, 2012

mati hidup kembali


Jalan raya terlampau sunyi
Untuk ku terus bermimpi
Mataku belum mengantuk lagi
Bawa ke mana sahaja kupergi

Tunjukkan ku bulan gerhana
Tiada siapa nak kujumpa
Pendirian tiada kusangka
Tak mengapa oh tak mengapa

Malam semalam gundah gulana
Hari ini hari mulia
Tak pernah daku rasa begini
Seperti mati hidup kembali

Bawakan kuhilang dari ingatan
Hari ini sehingga esok
Tak pernah daku rasa begini
Seperti mati hidup kembali

Agar sepenuh dengan pendirian
Kucapai sebelah tangan
Sebalik awan ada cahaya
Bercahayalah selamanya

Daku tertawa seorang diri
Darah yang mengalir terhenti
Fikiranku melayang-layang
Tiada siapa yang perasan




Wednesday, July 04, 2012

hoore hoore (inspirasi jiwaku)

assalam..
agak lama tidak menulis diruangan ini.. mungkin terlalu sibuk dalam mengharungi kerjaya kini...
kehidupan kini sudah berbeza
sudah berkerjaya..
jadi perlukan lebih masa diperutukkan dalam kerjaya

baru-baru ini baru sahaja selesai menonton cerita hoore-hoore
yang selalu dan heboh diperkatakan
cerita muzikal yang memuatkan lagu-lagu
allahyarham sudirman hj arshad,

dalam filem tue terkandung seribu manfaat 
banyak pengajaran
dan juga tidak kurang yang memberikan idea membina
serta motivasi

bermula dengan watak utama nya
nurul aiman
seorang gadis gemuk
dan debab
yang ingin menyertai pertandingan ratu idola
yang selalunya dimonopoli oleh mereka yang cantik-cantik sahaja
namun nurul aiman meneruskan cita-cita dan harapan nya
walau dikekang oleh keluarga

selain itu,
dia juga disisihkan oleh rakan-rakan
akibat daripada penyertaan dan hubungan rapatnya dengan johari
budak paling top di sekolah
pelbagai liku dan cabaran yang ditempuh
namun semangatnya tidak luntur
tambahan pula mendapat sokongan padu daripada neneknya..

banyak peristiwa sedih dalam cerita ini
antaranya kematian nenek yang banyak memberi semangat
dan juga ikatan kekeluargaan yang sangat rapat..

akhir kata naskah ini adalah naskah terbaik
tiada tolok bandingnya
sesuatu yang harus ditonton
tak rugi menonton cerita ini...
sekian

p/s : "kita dalam menghadapi kehidupan, jangan taruh pagar mengelilingi kita" 
                                                                - allahyarham sudirman hj arshad
                                                                                          1954-1992

Sunday, June 17, 2012

untuk mu abah (ZAHARI BIN ZAKARIA)


secebis ingatan buat mu ayahanda

ZAHARI BIN ZAKARIA


'"biar"

mata tua yang memandang aku itu--
bundar
pudar

dia tak mahu bilang apa yang mencengkam jiwa usangnya
“biar”
katanya, “biar”.

wahai ayahanda
berhentilah walau sebentar
dan renungkan mataku yang melaut
khabarkan yang jujur dan ujar
apa menyerabut?

wahai ayahanda
bercukuplah menggagah tulang rapuhmu
akukan lemahmu
perikan penatmu
kisahkan jerihmu
aku mahu tahu

mata tua yang bagai ada sakti dewa-dewi itu--
harum
senyum

dipukaukan aku nan terus terpana dan terlupakan
“biar”
katanya lagi, “biar”

wahai ayahanda
bisikkanlah walau sekali
izinkan aku menumpangkan bahu
berikan aku seperca dari beban kamu

wahai ayahanda
lihatkanlah aku
berlari kini
melompat tinggi
setiapnya kerna kau tak pernah pergi

ah, apa masih ingat lagi
aku suka lari-lari?
kau bagaikan tak peduli
ku biar kau patah hati

ah, apa masih tidak lupa
tengking jerit sama-sama?
makan tak mahu semeja
sahabat lebih berharga

ah, apa mampu kau sudikan
ampun maaf ku sujudkan?
bisa tidak kau teruskan
ku sesat kau tunjuk jalan?

ah, apa layak aku bagi?
tak terbalas sampai mati
kau sungguh yang paling tinggi
istanamu syurga nanti

Friday, May 04, 2012

perjalanan


mula langkahnya dengan merangkak
perlahan bertatih
dan kini
sudah mula berlari

perjalanan yang bermula perlahan
pantas meninggal zaman
tiada menoleh kebelakang
hanya mampu menapak ke hadapan
tidak kira onak atau ranjau
ditempuh dengan penuh azam

dulu
jalan ini tampak lurus
kerana diri tidak mengenal dunia
kini
jalannya penuh likuan
penuh simpang
akibat rakus dan tamak
manusia kini

larian kini semakin laju
tidak lagi perlahan seperti dulu
menuju ke alam baru
menuju kehidupan baru
moga mendapat restu

sang marhaen
7.57
teratak marhaen

aku dan SMK taman medan

alkisahnya cinta kau dan smk taman medan..

pada mulanye aku sangat tidak menyukai untuk berkhidmat di sekolah nie..
sangat2 menakutkan..
dan memberikan pandangan yang cukup negatif bg aku..
16 januari 20122 adalah tarikh keramat aku mendaftar diri di sekolah nie
aku bermula dengan jawatan sebagai seorang guru interim
 aku mulakan langkah aku dengan penuh perasaan gundah
bagaikan di satu medan perang
pelbagai tafsiran muncul di kepala aku

setelah beberapa lama berada di sekolah nie tanggapan ku mula berubah
cikgu2 di sini semua nye baik2 belaka
banyak membantu
dan memberikan tunjuk ajar
hampir tiada masalah aku di sana,
pelajar nye pula,,
erm..
ramai yang nakal
dan tak kurang juga yang baik dengan diri ku
tapi segala itu adalah sesuatu yang sangat manis buat ku

kini 30 april merupakan tarikh terakhir aku berkhidmat di sini
segala kenangan menjadi satu sumber inspirasi kepada aku
kini pepatah jangan menilai buku dari kulitnya
menjadi pegangan utuh bg aku..
terkenang saat pertama aku tiba di sini
aku ketakutan
kini aku jua ketakutan
takut tidak bertemu dengan mereka yang sentiasa bertakhta di hati ku..
titisan demi titisan air mata
mengalir kesedihan untuk melangkah meninggalkan SMK taman medan

buat pelajar-pelajar ku
sesungguhnya kalian sentiasa berada di dalam ingatan ku
teruskan mencapai segala cita
jangan dibiarkan ia berlalu pergi

TERIMA KASIH SMKTM

Monday, February 13, 2012

bukan sekadar mengajar.... (kerjaya seorang guru biasa)

assalam..

hari nie hari pertama sekolah dalam minggu ketujuh... banyak gak cas-cas negatif yang melanda diri untuk pergi sekolah... bangun pagi pun malas.. hahahaha apakan daya.. demi tanggungjawab yang telah diberikan serta amanah yang telah digalas semasa mendaftar ke SMKTM nie... maka aku gagahi juga langkah kaki ini untuk pergi sekolah.. tambah-tambah hari nie aku ada kelas geografi.. lagi bersemangat lah aku nak ngajar...

sampai jer disekolah terus perhimpunan biasa lah hari isnin... tapi baru aku sedari hari ni ada anugerah untuk belajar yang cemerlang dalam beberapa aktiviti yang telah diadakan... sedang kyusuk mendengar penyampaian hadiah nie.. aku terpandang ke sekitar nie.. ramai gak cikgu yang bertungkus lumus sana sini..

terpandang aku seorang guru yang memgang kamera, guru yang baru saja pulang menghantar pelajar untuk ke latihan sukan, guru yang sibuk2 dengan alat2 mixer, guru yang sibuk susun hadiah, guru yang sibuk jadi pengacara.. maka terus terdetik di hati aku rupanya guru nie bukan sekadar mengajar sahaja...

dari apa yang aku lihat rupanye guru nie ada macam2 kerja yang perlu dibuat, bukan sekadar masuk kelas dan terus ajar dan membimbing banyak lagi kerja2 lain yang perlu dibuat... di mata masyarakat guru nie g sekolah ngajar, balik sekolah tido, time budak cuti guru pun cuti, hakikat sebenarnya, guru nie bekerja hampir 24 jam sehari tanpa henti... bukannya masuk kul 7 balik kul 1.... tapi dah balik rumah pun keje seorang guru itu masih belum tamat...

tidak percaya dengan penytaan aku? waktu balik mmg pukul 1, namun tugas2 lain yang perlu dibuat kena stayback lah. nak jadi penyanyi untuk koir, latihan rumah sukan, training budak bahas, pertandingan itu dan ini, mesyuarat, sambung plak keje di rumah, tanda buku latihan, pelajar dtg rumah tanya perkara yang tidak faham, pelajar telefon untuk tanya pendapat nasihat dan bimbingan. kadang masa nak tido pun ada yang menghubungi... betapa sebuknya tugas seorang guru...

guru bukan sekadar mengajar, malahan membuat kerja2 lain yang tidak dilihat oleh masyarakat luar... hargai apa yang telah diberikan oleh guru, hormati lah diri nya.. guru tiada galang ganti, jasa mu kekal abadi....

SEORANG GURU BIASA

1. Menulis rancangan mengajar
2. Menanda kedatangan murid/pelajar
3. Menanda buku kerja murid. 1 murid = 3 buah buku 1 kelas = 45 orang murid Jumlah Buku bagi 1 kelas = 135 Buah buku Seorang guru akan mengajar sekurang-kurangnya 5 kelas > 5 X 135 = 675 Buah buku.
4. Menghadiri/ mengendalikan pelbagai jenis mesyuarat - Mesyuarat JKK sekolah - Mesyuarat Guru - Mesyuarat Sukan - Mesyuarat Panitia seorang guru mungkin ada 2 panitia - Mesyuarat PIBG - Mesyuarat Kelab Guru - Mesyuarat Kokurikulum - Mesyuarat Program lebih dari 6 program anjuran sekolah Hari Guru Maulidur Rasul Maal Hijrah Kemerdekaan Bulan Bahasa Hari Anugerah Sekolah Selamat
 5. Aktiviti kokurikulum, kadang-kadang seorang guru bertanggungjawab terhadap 2 unit - Perjumpaan unit uniform kekadang hadir Sabtu - Perjumpaan permainan tambah untuk pertandingan pulak - Perjumpaan persatuan / kelab - Latihan rumah sukan setiap minggu
6. Menghadiri pelbagai jenis kursus dalaman / luaran
7. Mengisi pelbagai jenis borang. Borang keluar masuk & buku keluar masuk Borang emis / hrmis/ label Buku Hadir Kursus / balik dari kursus Borang Fleksi PMR / SPM Borang kehadiran murid ke kelas fleksi Buku Pemantauan / salah laku murid Buku catatan relief guru Buku tugasan mingguan Laporan mingguan Laporan keceriaan Borang menghantar dan mengambil kertas peperiksaan selepas mengawas peperiksaan Buku Kokurikulum murid Borang permarkahan kokurikulum
7. Menghantar murid ke Klinik
8. Mengisi maklumat murid di dalam file peribadi
9. Menceriakan bilik darjah selalunya duit poket sendiri
10. Mengisi markah ujian/ peperiksaan
11. Mengisi data murid SMM
12. Menangani masalah disiplin murid / pelajar
13. memasukkan data disiplin di dalam e-disiplin
14. Melayani karenah Ibu Bapa / penjaga
15. Mengecat sekolah
16. Membersihkan bilik / stor / bilik khas
17. Menganjurkan program-program wajib (Hari terbuka dsb)
18. Menyiapkan program Head Counting
19. Melaksanakan pelan tindakan PPD, JPN (seperti KIA2M, etc)
20 Menyiapkan file gerko, persatuan, kelab dan sebagainya
21. Menghantar murid ke pertandingan atau kejohanan
22. Mengendali masalah / kebajikan murid
23. Menunggu semua murid pulang sebelum guru pulang.
24. Mengadakan kelas tambahan, kelas intensif dan sebagainya
25. Menyediakan Bahan Bantu Mengajar (BBM)
26. Berniaga (jualan hari kantin, etc)
27. Menjaga kebajikan murid / ke rumah murid bermasalah
28. Bekerja lebih masa (menyiapkan pentas, backdrop, banner dsb)
29. Menyediakan kertas peperiksaan / ujian
30. Menanda kertas peperiksaan / ujian. 1 subjek 2 paper – 2 2 x 45 = 90 90 x 5 = 450 kertas
31. Perkembangan staf
32. Mengendalikan perhimpunan murid
33. Gotong-royong kadang2 guru perlu bawa semua alatan

* Terdapat lagi tugasan sebagai seorang guru terutama yang ada tugas khas….. tetapi cukuplah sekadar ini untuk nilaian kita bahawasanya tugas seorang guru amatlah berat. Walaupun kita sering menganggap cikgu cuti banyak dan sebagainya. Tetapi hakikatnya tugas seoran guru amatlah berat. Jarang sekali bagi pekerjaan lain membawa balik kerja-kerja pejabat ke rumah, berbanding guru yang terpaksa menanda buku dan menulis rancangan mengajar sehingga lewat malam. Sungguh besar pengorbanan mereka dalam mendidik anak bangsa kita. SELAMAT BERJUANG SEMUA GURU-GURU HANYA ALLAH SAHAJA YANG DAPAT MEMBALASNYA….

Sunday, February 12, 2012

ilmu tiada guna jika tidak di amalkan..

assalam..

ketika sedang duduk melepak dalam bilik study sambil membaca beberapa nota untuk temeduga spp aku, terpandang aku keluar tingkap... keadaan malam di bandar klang.. penuh dengan lampu2 neon di sana sini... indah sungguh suasana malam.. namun keindahan ini tidak dapat menenagkan hati ini akibat tekanan perasaan dengan temuduga spp yang akan berlaku pada 15 hb nnti... wow risau giler..

sedang2 asyik membaca buku nie.. ehh bukan buku notes nie.. aku terpandang sesuatu yang dilemparkan oleh seorang sahabat di dalam blog group geografi berkenaan dengan pembinaan kilag lynas yang diaktakan akan mengundang kepada kesan radiasi dan radioaktif kepada penduduk sekitat terutamanya penduduk pahang... terlintas di minda aku.. ada baiknya isu ini dibincangkan..

namun seorang sahabt lagi membri pendapat bahawa pembangunan nya tidak boleh diterima.. malah kebaikan yang dibawa oleh pembinaan nya juga tidak sebeberapa dibandingkan dengan keburukannya.. terlintas di fikiran aku jua kenapa mesti ada pertikaian yang sebegini dari seorang pelajar geografi seperti aku....

beberapa sahabat yang lain berpendapat seperti aku dimana pembangunan ini harus diselaraskan dengan pembangunan yang lestari, bukan sahaja dengan pembangunan semata-mata tanpa menghiraukan alam sekitar.. jadi aku pertikaikan satu idea, pembangunan lynas yang dihebohkan asyik diperkatakan, dan dipertikaikan kerana mengunadang bahaya serta mencemar alam, namun kenapa kita tidak memikirkan apa yang telah dicapai oleh dunia umumnya dan MALAYSIA khasnya

pemabungan yang sekian lama, kilang2 yang didirikan, kenderaan yang digunakan serta kitar semula yang diwar2kan.. adakah kita lakukan.. kita selalu kecoh sana sini, namun ilmu yang kita pelajari tue adakah kita amalkan.. sebelum kita bercakap dan salahkan pihak sana sini... yang paling mudah fikiran apa yang kita pernah lakukan dan pelajari adakah kita amalkan..

Wednesday, February 08, 2012

sistem pendidikan terkini di malaysia

assalam..
lama sudah saya tidak bertandang di blog ini.. sekian lama menyepi... bebanan dengan tugas, dan juga beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan.. walaupun jawatan yang diberikan adalah sekadar GURU INTERIM... namun masih terlalu banyak perkara yang kurang jelas dan semakin pudar di kala ingin mencari satu kepastian...

sistem pendidikan di malaysia kini nampaknya semakin maju dan bertambah maju.. laju kehadapan dan semakin banyak dasar2 kerajaan yang semakin penat untuk dilaksanakan.. hampir setiap bulan ada sahaja dasar kerajaan untuk MENTRANFORMASIKAN pendidikan kita.. namun apa yang dijangka menjadi kaedah atau cara yang terbaik masih lagi terumbang ambing. dek pukulan ombak kejutan yang tidak dapat diterima oleh para guru..

sepanjang saya disekolah SMK TAMAN MEDAN tempat saya berkhidmat dan berkongsi pengalaman dan juga ilmuan dengan para pendidik SENIOR.. ternyata apa yang dikatakan atau apa yang diwarwarkan bahawa sekolah adalah tempat untuk menimba ilmu ternyata meleset belaka.. tugas guru yang sebenar adalah mendidik.. kini telah DITRANSFORMASIKAN sebagai mengajar.. adakah ini yang dihasratkan oleh kerajaan dan juga para guru??? tepuk dada tanya selera...

hakikat sebenarnya.. apa yang direncanakan oleh kerajaan hanya dapat dilakukan pada dasar sahaja... tidak mungkin dapat dilakukan secara menyeluruh.. berbeza dengan zaman kita, mak atau ayah kita dahulu.. segalanya berpaksikan kepada PENDIDIKAN iaitu mendidik.. tapi kini kepada PELAJARAN.. iaitu mengajar.. mana perginya kaedah dan cara untuk mencapai FPK iaitu seimbang dari segi JERI nya... langsung tidak dapat dipraktikan.

salah siapa?? guru atau pun pelajar, pentadbir atau pengurusan, pihak atasan mahupun pihak bawahan... tiada siapa yang mampu untuk berusara untuk menyalahkan diri.. mahupun menyalahkan org lain.. benar seperti apa yang dikatakan oleh para GURU SENIOR bahawasanya kerjaya guru ini adalah yang kedua terpatuh selepas tentera.. ikut arahan dan lakukan arahan yang diberikan dan jangan banyak soal.. persoalannya apakah yang diikut tue dapat membantu anak bangsa kita??

renungkan2 lah.. ramai di antara kita yang keluar dari IPTA atau IPGM berhasrat murni untuk mendidik anak bangsa sepaya menjadi manusia yang penuh dengan didikan... namun kekangan dari pelbagai pihak menjadikan kita seperti keldai yang dicucuk hidungnya untuk mengikut arahan....


08 FEBRUARI 2012
11.07 a.m
sang pendidik....

Monday, November 21, 2011

kerj kerja kerja

assalam readers..
lama sudah rattus tidak menulis dalam blog nie..
almaklum lah skang nie rattus bz keje sebagai admin kat k.l nie
mula-mula tue jadi consultant..
tapi skang dah keje bahagian confirmation jerk..
jadi admin ar..

lately nie rattus nye antibody cam dah kurang jerk
asyik demam jerk..
semenjang kena chicken pox ari tue.
sampai skang badan nie asyik kurang sehat jerk
ntah ar kenapa ar..

kalau lama2 macam nie rattus boleh hilang akal nie
asyik sakit badan jerk..
kan bagus kalau ada bini sorang
boleh tolong jaga makan dan minum...

p/s walau sakit kerja tetap kena g gak...

Sunday, October 30, 2011

lama sudah ku tinggalkan dia

assalam

lama sudah ku tinggalkan dunia blogging
reasanye dah berbulan-bulan
tidak menulis dalam diari online nie

semakin hari hidup aku semakin sebuk
aku sebuk dengan kerjaya
adakalanye aku pun tak tahu
kenapa aku rasa terlalu sebuk

kini aku bekerja sebagai seoranbg consultant
baru jerk 3 minggu bekerja sebagai consultant nie
macam2 ragam manusia aku temui
walupun aku hanya melakukan telesale jerk
tapi macam2 benda yang aku pelajari

hidup ini tidak begitu mudah sebenarnya
banyak perkara yang menjadi tanda tanya
dan adakalnya tidak terungkai
namun di sebalik segalanya
aku cuba menjadi dewasa
mengahrungi kehidupan ini..

tak tahu nak tulis apa.. tunggu next time
aku citer lagi..
daaaa...

Wednesday, July 20, 2011

pengajian peringkat sarjana: makna ilmu sebenar...

penulisan dikala hati sedang rawan dalam mencari ilmu...
 rattus cuba sekali lagi melayari internet untuk mecari bebeapa tajuk yang kemungkinan rattus guna untuk membuat penulisan sarjana nnti... bukan skang tapi kemudian hari perlahan-lahan dalam mencari ilmu...
ceritera bermula biler masa ambil jubah konvokesyen rattus dan seorang sahabat berjumpa dengan seorang pensyarah di jabatan.. sebelum berjumpa rattus dah jumap beberapa orang rakan yang sedang giat dalam usaha untuk membuat sarjana .. dan mereka sudah pun bermula langkah pertama.... tapi rattus hanya pendamkan dalam hati hasrat untuk terus berjuang tue...

dalam perbincangan dengan pensayrah di ruang kantor nya... dia terus membakar semangat rattus untuk terus mencari ilmu itu, ntah macam mana.. dia telah mengemukakan beberapa cara untuk menjalani sarjana nie.. antaranya cari tajuk-tajuk yang ingin di buat penulisan, kemudian cari bahan dan biler dah bersedia daftar lah sebagai pelajar sarjana..

sememangnya idea yang bernas dan menampakkan jalan untuk rattus mencuba dan terus mencari roh seorang murbawan bak kata saudara amar, seorang sahabt yang banyak mendorong rattus mencari ilmu dan meneruskan perjuangan ilmu ini.... dalam diam2 rattus meneruskan pencarian hanya berpandukan internet dari broadband yang tak seberapa laju nie terhasil lah 4 tajuk yang rattus ingin teruskan untuk penulisan sarjana...

tapi sarjana itu bukan untuk menunjukkan diri ini pandai atau bijak.. tetapi hanya seorang yang tabah dan cekal dalam mencari ulmu tidak seperti Ijazah Sarjana MUda Pendidikan (ISMP).. yang banyak bermain-main dan dalam tempoh mencari apa erti ilmu sebenar...

kepada para pembaca doakan semoga rattus terus punyai roh untuk menuntut ilmu dan menjadi seorang murbawan sejati..

p/s tekenang mesej dari saudara amar yang mengatakan sarjana dan juga PhD bukanlah untuk menunjukkan kepandaian atau untuk mereka yang bijak. sebaliknya untuk mereka yang cekal dan tabah...

Thursday, July 07, 2011

terasa diri ini terlalu kerdil

assalam...

setelah sekian lama rattus tidak menulis terasa ingin menulis kembali.. kisah ini adalah sesuatu yang rattus rasakan sepatutunye menjadi pembakar semnagat sama ada untuk rattus mahupun kepada para pembaca.

06 julai 2011
rattus tetiab teringin untuk engubungi seorang sahabat yang kini berada di bumi ilmu di tanjung malim sana.. pada asalanye niat rattus hanya sekadar untu bertanya khabar mahupun untuk meminta sesuatu pertolngan dari sahabt tersebut.. pertolongan hanya untuk meminta meletakkkan jubah para senior untuk majlis konvokesyen.. sedang bersembang2 kepala rattus berfikir tentang satu penyataan adik senior di mana seorang lagi rakan rattus sedang melanjutkan pelajran dalam bidang sarjana

terus rattus bertanyakan kepada sahabat ini adakah beliau sedang melanjutkan pelajaran dalam bidang sarjana.. dan sahabt rattus ini mengiyakan pertanyaan rattus... betapa rasa irinya hati rattus biler dengar sahabt2 sahabat yang sama bergembira semasa di dalam zaman2 sarjana muda ini sednag melanjutkan pelajaran.... rattus rasa benar2 kerdil diri ini kerana hanya memegang segukung ijazah sarjana muda sahaja.. sedangkan sahabat sedang berjuang di dalam bidang sarjana...

setelah hampir 15 minit bersembang akhirnya terpacul jua dari mult sahabat rattus di mana beliau ingin menggenggam ijazah kedoktoran sebelum berumur 30 tahun.. langkah manisnya mendengar tutur bicara tersebut... lagilah terasa semakin kerdil diri ini...

selepas tamat berbual.. hampir sejam rattus berfikir untuk meneruskan plajaran atau tidak.. mengambil kira dari segala sudut tuntutan kewangan dan sebagainya.. bukan tidak mahu tetapi ada sahaja yang menghalang.. hati sangat berkobar namun masih tidak lagi berjumpa dengan jalan yang pasti.... rattus sedih memikirkan perkara tersebut

07 julai 2011
terbaca hasil nukilan sahabat yang sedang mengambil sarjana.. betapa rattus berbangga dengan nukilan tersebut.. sejujurnya bicaranya persis para ilmuan yang terkemuka.. indah sungguh bahasa yang digunakan.. kadang bahasa itu rattus tidak pasti apakah ertinya. sesungguhnya beliau di dalam golongan bijak pandai.. terpana seketika ketika membaca hasil nukilan tersebut... orang nya mungkin biasa2 sahaja tapi seorang yang hebat...

insyaallah rattua akan ikut jejak langkah sahabat rattus tersbut untuk terus mnjadi hamba ilmu yang terkemuka seuatu hari nnti... walau macam mana pun rattus tetap mengucapkan tahniah dan semoga berjaya mengecapi ilmu yang dikehendaki.... sehingga kini... assalam

p/s: terasa kerdil bila melihat rakan2 telah pergi berjuang menuntut ilmu padahal rattus hanya sekadar melihat dari tepian dengan angan untuk mengikut jejak langkah mereka... Tuhan.. moga dipermudahkan perjalnan mereka dan juga perjalanan ku untuk bersama mereka....

Sunday, June 19, 2011

TERIMA KASIH ABAH

assalam..

special entry today..

hari bapa....

erm.. hari bapa..
hari yang istimewa
bagi setiap lelaki
yang bergelar bapa..
sesuatu yang membanggakan
kerana hari nie
bapa seluruh dunia menyambut hari yang istimewa

bapak, abah, ayah, papa, baba, daddy
dan bermacam2 lagi panggilan
tapi tue semua hanya ada pada panggilan semata
yang lebih penting apa yang telah seorang bapa lakukan
membesarkan
memberikan
makan, pakai dan sebagainya

dan yang paling penting
tanpa seorang bapa
tak mungkin kita akan hidup di atas muka bumi nie

bapa yang penat lelah
dalam mencari rezeki tidak kira
pagi atau petang
adakalnye sehingga tak cukup tidor
hanya semata mencari rezeki untuk anak2

belikan baju baru
belikan seluar baru
tahan tidak membeli baju baru untuk hari raya
seluar baru untuk bergaya
cukuplah sekadar apa yang ada
hanya untuk menggembirakan seorang anak
supaya anak2 tidak sesekaili melupakan jasa ayah

menngembirakan anak2
belikan apa yang anak ingin kan
tahan memakai henset murahan
hanya untuk belikan anak sebuah hanpon mahal
yang ada mp3, bluetooth segala
itulah bapa.

membelikan kereta mewah
tak nak bg anak terkena hujan 
dan juga panas
tahan hanya memebawa sebuah motor
ex5 yang usang
hanya untuk anak2

tapi ramai anak yang terlupa
bahawa mereka telah dikayakan
dengan apa sahaja yang dikehendaki
bapa akan cuba untuk memebuhi nya
ingatlah anak ayah mu berusaha untuk dirimu
takkan mampu dibalas dunia dan akhirat

ABAH!!! TERIMA KASIH ATAS SEGALANYA....

p/s : satu hari nnti rattus akan jadi ayah... dan masa itu baru lah terasa apa yang telah dikorbankan oleh seorang ayah...

Friday, June 10, 2011

kali terakhir menatap mysis

nie lah mysis tue...


assalam

kali nie rattus nak citer pasal mysis
bukan adik saya
tapi kisah tentang satu sistem yang digunakan
oleh UPSI untuk melihat resut dan beberapa perkara rasmi

hari ini tepat 9/06/2011
result praktikum yakni
result bg semester akhr rattsu
di war-war kan..
rasa berdebar gak nak tgk result nie
sebb dapat bayangan dah result nye macam mana

rasa berdebar.. padahal mysis nie
dah sering kali rattus lihat
tgk result dari sem 1
sampai lah sem 8
buat pendaftaran kursus
jadual dan sebagainya
tapi kali nie rasa nye lain jerk
macam ada benda yang tak kena

dijadikan cerita
mungkin ini adalah kali terakhir rattus nak melihat mysis nie
jadi tgk lahg
pejam mata
bukak mata
pejam mata lagi
pas tue terus tak nampak nak klik mana satu
sebb dah pejam mata
hahaha 
lawak jerk

jadi tgk lah rersult tak seberapa
tapi alhamdulilah dapat juga menamatkan 4 tahun kat UPSI
dan paling menarik
kat status tue dulu
selalu tulis
lulus dibenarkan meneruskan pengajian
tapi kali nie
LAYAK MENERIMA ANUGERAH IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN
perghh.. mmg gempak ar...
akhirnye berjaya jua menempuh dugaan tue..
tahniah untuk diri ini

p/s: kepada reader.. juemput lah dtg rattus konvo nnit. bahang konvo dah terasa dah nie.. erm.. jumpa di sana.. kepada junior.. selamat menempuh alam belajar...

Sunday, May 29, 2011

patutkah ada rasa cemburu????




assalam..

sekian lama rattus tak menulis dalam blog nie
maklumlah baru habis praktikum
yang sangat memberikan seribu makan
dalam kehidupan
ada yang manis dan ada yang pahit..
hinggakan ada hati yang terasa
perasaan yang terusik dan sebagainya
satu pengalaman yang menarik

topik hari nie
cemburu???
cemburu tue satu perasaann..
dan semua orang ada perasaan tue..
jangan dikecilkan skopnye kepada pasangan yang bercinta sahaja
memang bila dengar perkataan cemburu
kita akan pikir pasal pasangan yang bercinta
hakikatnye cemburu nie ada dalam setiap perkara yang berlaku kat dunia nie
cemburu tgk rakan-rakan dah kawin
cemburu tgk rakan lebih berjaya dari kita
cemburu tgk adik beradik dapat kasih syg lebih
semuanya adalah cemburu

namun patutkah cemburu tue wujud..
rattus rasa perlu dan patut
tanpa perasaan cemburu kita akan terlalu senang
dan amek mudah setiap perkara
biler ada perasaan yang macam tue kita akan lebih berusaha
lebih banyak menjaga
dan lebih merasa takut akan kehilangan
dan menghargai sesuatu
cemburu bukan untuk menyusahkan..
ada sesetangah orang memikirkan perkara tue menyusahkan
tapi disebalik rasa cemburu tue
sebenarnya dia takut akan kehilangan sesuatu

jadi cemburu nie bukanlah satu perasaan untuk membebankan
namun sekadar untuk menunjukkan rasa sayang
dan juga rasa menghargai sesuatu
bukan mudah untuk memperolehi sesuatu
dan bukan mudah untuk menjaganya

p/s: tahap cemburu setiap manusia berbeza.. dan tahap itulah menunjukkan tahap kasih dan sayang serta menghargai sesuatu serta berdaya saingnye dalam mencapai sesuatu......

Tuesday, March 29, 2011

teach20: pertukaran jadual yang mengejutkan...

assalam reader...

hari nie rattus tergerak hati nak menulis...
dah lama rasanye tak menulis kat dalam blog yang tyersayang nie..
cerita minggu lepas sangat menakutkan..
minggu lepas rattus dapt pertukaran kelas..
bertukar ar segala kelas..
rasa sedih gak bertukar kelas nie..
sebb jadual rattus bertukar sepenuhnya..
terpaksa melepaskan kelas yang disayangi
sangat-sangat syg..
kelas 424 dan juga 5a3.

rattus terpaksa bertukar ke kelas 4s2 dan juga 5s3..
kelas nie kelas sains..
dan sgt memerlukan penggunaan yang abm yang menarik
tanpa penggunaan yang menarik..
budak2 nie tak nak belajar..
sebb kata nye tak seronok.
jadi rattus pun akan menggunakan segala kebolehan
untuk menarik minat pelajar

dan hujung2 minggu tue
tetiba rattus diminta untuk mengetuai drama sekolah
untuk persembahan hari guru peringkat negeri
mmg sangat2 tertekan jugak
sebb rattus tak pernah berlakon
pas tue kena jadi pengarah dram plak
lagi lah hancur terus..

lepas jerk pasal drama plak
ada plak pasal softball...
softball nie lagi pening..
rattus dah mmeg serabut sangat
dengan kerja yang bertimbun
namun macam manma
tue adalah tggjawab sorang guru
cuba untuk melaksanakan dengan sepenuh perasaan
biar lah apa yang terjadi
jnji dapat melakukan dengan penuh tggjawab

p/s: untuk membantu orang lain, kita perlu membantu diri sendiri, kita bukan robot, kita adalah manusia, dan jika perlu kita menjadi robot, jadilah robot yang sempurna...