LINK-LINK HEBAT

Tuesday, March 29, 2011

teach20: pertukaran jadual yang mengejutkan...

assalam reader...

hari nie rattus tergerak hati nak menulis...
dah lama rasanye tak menulis kat dalam blog yang tyersayang nie..
cerita minggu lepas sangat menakutkan..
minggu lepas rattus dapt pertukaran kelas..
bertukar ar segala kelas..
rasa sedih gak bertukar kelas nie..
sebb jadual rattus bertukar sepenuhnya..
terpaksa melepaskan kelas yang disayangi
sangat-sangat syg..
kelas 424 dan juga 5a3.

rattus terpaksa bertukar ke kelas 4s2 dan juga 5s3..
kelas nie kelas sains..
dan sgt memerlukan penggunaan yang abm yang menarik
tanpa penggunaan yang menarik..
budak2 nie tak nak belajar..
sebb kata nye tak seronok.
jadi rattus pun akan menggunakan segala kebolehan
untuk menarik minat pelajar

dan hujung2 minggu tue
tetiba rattus diminta untuk mengetuai drama sekolah
untuk persembahan hari guru peringkat negeri
mmg sangat2 tertekan jugak
sebb rattus tak pernah berlakon
pas tue kena jadi pengarah dram plak
lagi lah hancur terus..

lepas jerk pasal drama plak
ada plak pasal softball...
softball nie lagi pening..
rattus dah mmeg serabut sangat
dengan kerja yang bertimbun
namun macam manma
tue adalah tggjawab sorang guru
cuba untuk melaksanakan dengan sepenuh perasaan
biar lah apa yang terjadi
jnji dapat melakukan dengan penuh tggjawab

p/s: untuk membantu orang lain, kita perlu membantu diri sendiri, kita bukan robot, kita adalah manusia, dan jika perlu kita menjadi robot, jadilah robot yang sempurna...

Wednesday, March 09, 2011

teach 19: exam!!!!!!!!!!!!! bosannye

assalam..

minggu exam.. antara minggu yang agak membosankan..
ntah lah bg rattus.. minggu nie mmg sagt bosan..
mungkin sebb rattus tak boleh bercakap..
mengajar
dan juga marah-marah budak..

tapi tu lah masalah utamanye..
membuatkan rattus rasa macam bermasalah//
ngantok dalam kelas..
tak tahu ar nak buat macam mana.
mungkin sebb rattus dah biasa bercakap dalam kelas
sehinggakan rattus rasa amat bosan jika tidak bercakap di dalam kelas..
sangat-sangat bosan

p/s biler ada keje, mahukan kelapangan, biler dah kelapangan, mahukan kerja pula...

Tuesday, March 08, 2011

teach 18: mesyuarat, radio dan exam

assalam..

entry kali nie.. rattus gabungkan 2 entry
iaitu mesyuarat pibg dan juga exam bulanan 1
mesyuarat pibg.. rattus hanya jadi AJK dewan jerk..
tak da lah tugasan yang besar..
sambil tue rattus terus tolong penmyambut tetamu
bagi cenderahati kat tetamu yang hadir..
sama2 lah dengan beberapa org rakan praktikum yang lain..

hari ahad..
berlalu plak rattus ke UPSI..
untuk join radio amtur
di sana...
ikut cikgu khusyairi..
pergi lah sana..
tapi rattus tak terlibat dengan secara langsung 
untuk program radio
banyak jadi pemerhati
dah bosan2
rattus g lah khar
melawat kawan2 kat sana
sambil membeli buku
sempat gak ar rattus rembat 2 buku
membongkar rahsia tarikh lahir 
dan juga cerita-cerita motivasi pelajar
mmg best ar dapat rembat buku

cerita pasal exam..
rattus menjaga exam..
jadi minggu nie tak da cerita pasal kelas
sebb rattus jaga exam..
kind a bosan jugak lah
sebb kita tak mengajar..
banyak mengantuk
dengan suasana yang amat menarik
mata untuk tido.. huhu

p/s: kalau kita ada usaha.. pasti ada kejayaan yang menanti..

Saturday, March 05, 2011

teach 17: jumaat yang meletihkan

assalam

hari jumaat
antara hari yang meletihkan
kenapa??
sebb waktu persekolah adalah singkat
dan satu waktu adalah bersamaan dengan 40 minit
jadi rangka racangan pengajaran harian tue
perlulah ada 40 minit
macam2 benda nak kena buat
untuk habiskan 40 minit tersebut

mula dengan kelas 4s1
tugasan yang rattus bg adalah untuk membuat perbahasan
namun apa yng terjadi
ialah ramai di antara mereka tidak hadir
dan akibatnye tak dapat nak jalankan perbahsan
jadi rattus pun mula lah main game
antara game yang rattus main
ialah game buat sambung perkataan
dan akhirnya 
tak menjadi sangat
habis kelas macam membosankan jerk
tak per,
pas cuti kita buat perbahsan tue

untuk kelas 5a3
banyak mengajar pasal apa yang masuk exam
perkara nie lebih penting
kerana ada subjek yang rattus tak ajar
pun masuk exam
tue yang terkilan tue
tapi nak buat macam mana kan
rattus ajar lah mereka
banyak wat revision
ntah jadi ntah tidak
harap menjadi lah kan
huhhuh

p/s: biar cerdik mana pun.. kalau tak datang kesekolah, sama juga tak akan dapat ilmu..

teach 16: gembira nyeee lah

assalam..

hari khamis..
macam biasa lah
rattus masuk satu kelas jerk
kelas 5a3
kelas nie macam semalam
hanya buat rumusan jerk tentg topik2
dan rattus telah buatkan game
iaitu mencari perkataan tersembunyi
tapi ntah macam mana 
malam sebelum tue rattsu terlambat g kedai fotostat
jadi tak dapat nak fotostat
kebetulan pgi tue hujan plak
koperasi bukak lambat
mesin fotostat tak leh guna
syg betul
terus tak dapat guna ABM tersebut

disebabkan ABM tue tak leh pakai
rattus terus tukar startegik
rattus belikan manila kad
dan akan bawak ke dalam kelas
masuk kelas
rattus pun bahagi kepada 5kumpulan
dan setiap kumpulan mesti buat peta minda
berdasarkan topik 2
credit tue cik shafa
sebb bagi idea ttg peta minda semalam
jadi rattus pun gunakan idea tersebut
untuk mengajar dalam kelas
dan akhirnye
peta minda yang dihasilkan
sangat cantik2
sangat menarik

apa yang buatkan rattus gembira
budak2 laki yang sebelu nie
tak nak join aktiviti rattus
akhirnya dorang pun buat jugak peta minda tersebut
mmg sagt gembira ar..
dan peta minda mereka mmg menarik
rattus rasa bangga

p/s: jika kita buat dengan kesungguhan, sudah pasti kita akan beroleh kejayaan.

teach 15:terkilan

assalam

hari nie rattus mengjar 4s4 dan juga 5a3...
4s4 antara kelas yang terbaik yang rattus ajar..
budak-budak nye pun selalu lepak dgn rattus
kitaorang banyak bergurau di luar kelas
kadang kala gelak tawa tue macam kawan-kawna jerk
rattus syg kat budak-budak nie
kadang budak-budak nie lah pengubat hati yang lara

alkisah rttus terki8lan..
semalam rattus dah bagi mereka tugasan untuk melakonkan situasi
satu hari rattus bagi masa untuk dorang bersedia
untuk mencipta dialog
tapi ntah mengapa..
diorang tak bersedia dengan dialog tersebut
tension jugak rattus
ada yang kata nak belrakon secara spontan..
so rattus pun tak kisah lah
buat lah macam mana pun jnji kamu berlakon
yang sedihnya
lakonan mereka semuanye hampeh
rattus duk diam jerk tgk dorang berlakon
tapi ntah lah
sakit jiwa rasanye
rattus siap belikan hadiah lagi untuk mereka
yang berjaya
tapi kalau macam tue lah lakonan nye
ntah bejaya ntah tidak

bagi kelas 5a3 plak..
rattus tak mengjar mereka
kerana topik2 dah habis
cuma buat rumusan topik jerk
ajak mereka main game
teka silang kata
yang berkaitan dgn topik2
jadi ada yang dapat
ada yang tidak dapat
rattus hanya bagi mereka hadiah 
sebatang pen
tapi memuaskan prstasi mereka
dalam membuat teka silang kata tersebut

p/s: buat sesuatu birlah bersungguh, walau kita tidak dapat buat yang terbaik, sekurang-kurangnye kita mencuba sebaik yang kita boleh

Wednesday, March 02, 2011

teach 14: kehidupan sebagai seorang guru yang sebuk

assalam

untuk menjadi seorang gueru rattus perlu banyak bersabar
dan rattus perlu mempunyai satun keyakinan diri
itulah yang berlaku terhadap diri rattus sepanjang menjadi guru praktikal
adakalnye diri ini senang sangat naik darah
dan adakalanye diri ini sagt menyayangi anak muridku
walau sejahat mana pun mereka
namun mereka tetpa anak murid
dan biler kita marah kita perlu ada keyakinan diri
untuk marah mereka dan jangan sesekali berpaling

hari ini kelas rattus terlalu banyak ada 3 kelas dalam satu hari
dan selang antara kelas hanya 20-35 minint sahaja
penat turun naik tangga dan juga masuk macam -macam kelas
memang mencabar lah kehidupan inoi
mmg senang nak melenting
sangat sng

masuk kelas pertama 4s1
rattus bercerita pasa satu cerita
berkenan dengan kehidupan seorang budak
bernama along dan juga  kehidupannye
dalam mengharungi kehidupan dan juga
keingin untuk memenuhi kehendak ibunya
walau diherdik atau di maki sekali pun
along tetap menyayangi ibunya tersebut
ada beberapa pelajar yang terkesan
dan ada beberapa yang tidak terkesan
namun kebanyakkannye menangis dalam mendgr cerita tersebut
kemudian mereka di bahagi kepada 6 kumpulanm
3 pencadang,3 pembangkang
untuk membuat satu pertandingan perbahasan
pada sesi pengajran yang berikutnya

seterusnye rattus masuk kelas 4s4\
rattus bacakan cerita yang sama
namun hanya 3 atau 4 orang jerk
yang terkesan
namun tak ramai yang terkesan
dan boleh gelak2
sangat mengecewakan
kemudian disebabkan mreka tidak begitu teruja dgn cerita
rattus pun bahagi mereka kepada  5kumpulan untuk membuat lakonan
terdapat beberapa situasi yang berlainan

nampak sangat berbeza kerana ada yang terkesan
dan ada yang tidak terkesan di dalam kelas yang berlainan
nampak ada yang boleh menerima dan ada yang tidak boleh diterima

kemudian rattus masuk kelas 4a3 ajar geog lah nie
masuk kelas dgn hati yang gembira
sesi pengajaran adalah seperti biasa
rattus cuba untuk buat gorup work
namun ada yang tidak mahu join
dan akhirnya 
setelah hampir habismasanye
rattus terpaksa marah-marah mereka
dengan penuh semgt nye
dan mereka semua di tegur
ada yang ponteng dan ada juga yang tidak ponteng
dan ingin nak belajar
mmg bengang sagt2 lah

selepas marah-marah
rattus terus lepak UBK
duk sembang dgn kaunselor 
di sini
sembang dan sembang
gembira-gembira lah kat sini
dan buat lawak-lawak lah
dan petang tue jugak
rattus terpaksa ajar budak2 f6
untuk isi masa kokurikulum mereka
mmg sagt pening
kerana semuanye berbesza
\dan juga sangat penat pada hari tersebut

p/s: tugas seorang guru tidak berakhir apabila loceng terakhir di sekolah berbunyi, sebaliknya ketika saat mata telah tertutup.