LINK-LINK HEBAT

Thursday, December 11, 2008

CUTI..

cuti semester sesuatu yang ditungu oleh aku dengan kawan2 aku masa untuk berehat.. tapi bila dah balik rumah aku rasa tak da pape nak buat. asyik dok bangun makan tido tue jerk lah keje utama aku kat umah.. sampai dah naik pening asyik wat keje tue..

aku pun tak tahu nbak post apa dalam blog nie.. tak da pape nak cakap pun.. cuma nak ucap kat kengkawan yang bukak blog nie selamat bercuti. resault exam dah nak kuar nie.. tapi tak tahu lah macam mana resault tue nanti.. huh

jadi selamat bercuti.. aku kena ikut kursus fasi untuk MSK nanti.. chow..

Saturday, November 08, 2008

PAHANG...



TAMAN WARISAN GUA KOTA GELANGGI















DI HADAPAN TAMAN WARISAN

pahang darul makmur. sebuah negeri yang memang aku teringin sangat nak pergi. dalam impian aku, aku nak jejak kaki di negeri pahang. dalam banyak-banyak negeri aku tak pernah lagi sampai ke negeri pahang. mungkin setahun yang lepas kau pernah pergi ke pahang. tapi pada waktu itu, negeri pahang di landa banjir. dan aku hanya terlibat dengan bantuan mangsa banjir. jadi tak dapat nak tengok keindahan yang ada kat pahang tu...

cerita pasal pahang nie ada sebabnya. aku menjejakkan kaki ke negeri pahang pada 6 haribulan november 2008. aku pergi sana pun atas dasar melakukan kerja. jadi nak tak nak kena pergi gak. walaupun pada masa tueb adalah waktu aku exam. sepatutnya study tapi nie tak boleh plak merayap kat pahang tue. aku pergi ke pahang dengan membe aku. yang ada pun amar, siti sarah , anuar dan juga yana. dorang nie adalah MT bagi program yang akan aku dan dorang semua buat untuk pelajar persatuan geografi upsi.

perjalanan kami dimulakan dengan menaiki bas dari khar ke K.l pejalanan ini sudah terlalu biasa bagi aku. dah selalu sangat tgk pokok di sepanjang jalan nie. almaklumlah dah selalu sangat dah g k.l tue. tiba jerk di k.l kitaorang berserapan sebentar. mklumlah perjalanan dari k.l ke pahang atau lebih tepat lagi ke jengka mengambil masa 3 jam.. lama jugak tue. takut perut lapar makan lah dulu.

selesai jer besarapan. kitaornag bertolak ke pahang. sepanjang perjalanan pemandangan yang indah berlaka banyak gunung dan bukit. serta kehijauan alam yang tak terkata. aku suka tgk kehijaun tue.. dalam perjalanan boleh tahan juga lah sebb melalui genting sempah kan. perjalanan yang penuh dengan likuan. memang memeritkan.

jam menunjukkan pukul 2 ketika aku sampai di pekan temerloh. pekan temerloh nie tak da lah besar mana tapi masih lagi boleh kelihatan seperti bandar baru. lebih kurang macam rawang lah. dari temerloh ke jengka pulak mengambil masa lebih kurang setengah jam. di sisi jalan nak ke jengka dapat aku lihat penjualan ikan patin yang dimasak dalam pelbagai bentuk. nampak macam sedap jerk.

pukul 2.30 sampai lah kitaornag kat bandar pusat jengka. dan turun jerk dari bas aku jadi exited sebab dapat berpijak di atas bumi darul makmur nie. seronak betul. sampai jerk ayah siti sarah menjemput kitaornag dan dibawa pulang ke rumah, di rumah siti sarah kitaorang dapat merasa gulai tempoyak ikan patin. betapa nikmatnya makan ikan patin.

selama dua hari kat sana. kitaorang menyiapkan pelbagai kerja untuk persedian melakukan program kat situ. kerja yang dimksudkan bukan dari fizikal nya. tetapi hanya untuk berjumpa dengan orang yang akan terlibat dengan program ini.

keseokkan harinya. kitaorang semua pun pulang dengan menaiki bas dan juga jumlah masa perjalanan yang sama.

Friday, October 31, 2008

Wasiat Hatiku...

Sedih.. itu saja ungkapan yang lahir kat hati i8ni bermacam rasa aku rasa.. tapi kesedihan yang muncul aku pun tak tahu kenapa. mungkin fikiran aku bercelaru dengan semua keadaan sehingga aku marasakan kehidupan ini benar-benar diuji oleh illahi untuk melihat sekuat manakah hati hamba Nya ini. sesungguhnya hati ini tidak sekuat itu. dan merasakan tidak mampu untuk menghadapi ujian yang diberikan ini.

Di dalam kesedihan ini aku cuba untuk melupakan kesedihan yang dialami. tetapi alangkah peritnya untuk dilalui. setiap detik dan saat yang aku lalui ini rasanya bagaikan pisau menikam2 di hati ini. betapa perit kurasa.

Kesalahan yang lahirnya dari diri ini mengundang padah kepada diri sendiri. alangkah indahnya kalau masa ini dapat kuputarkan kembali untuk menyingkap segala kekhilafan yang pernah aku lakukan kepada manusia dan insan-insan yang ada di sekeliling aku ini. supaya mereka dapat memaafkan diriku ini.

Betapa aku menyesali segala perbuatan aku tidak kira yang kecil mahupun yang besar. aku betul-betul ingin memperbetulkan segala. tapi apakan daya masa sudah berlalu dan tidak mungkin aku akan dapat mencipta ruang dan peluang itu kembali.

Kepada sahabat dan juga insan yang amat kusayang. andai esok tiada lagi untuk ku. maafkan lah segala kesilapan ku dan halalkan lah makanan dan minuman yang telah kamu semua berikan kepada ku. aku menyesali segala perbuatan dan juga tingkahlaku yang sumbang yang pernah aku lakukan kepada kamu semua.

wassalam......

Wednesday, October 29, 2008

EXAM!!!!


buku yang perlu dibaca


pulang saja dari bercuti di kampung aku teringat yang perjuangan aku untuk sem nie masih lagi belum selsesai. aku masih lagi perlu mengharungi detik sukar bagi seorang pelajar iaitu menghadapi peperiksaan akhir.

sesungguhnya peperiksaan akhir ini merupakan detik atau petarungan yang paling besar yang perlu dihadapi. sem nie aku menghadapi banyak paper yang sukar dan amat payah untuk dijawab. malahan aku rasa agak tertekan juga unruk study semua buku2 nie. pening pun ada.

Berapa banyak buku yang masih lagi yang masih lagi belum berselak. nota yang masih lagi belum bertulis. menghitung hari je lagi untuk menjawab peperiksaan ini. hati aku gundah gulana untuk menjawab semua nie. tak tahu lah. semakin berdebar-debar dan juga lemah tangan aku untuk menulis dan berpinar mata untuk menbaca.

kepada kawan-kawan yang sama-sama masih lagi membaca dan juga tercari-cari nota untuk di baca. aku ucapkan kepada kawan-kawan semoga dapat menjawab soalan exam dengan penuh kecekalan dan juga dengan penuh dedikasi.

Tenis Tournament

Plak Johan Pertandingan Tenis


pertandingan tenis yang telah diadakan pada hari sabtu tanggal 25 oktober meninggalkan pelbagai kesan yang mendalam terhadap diri aku nie. sungguh tak di sangka di dalam tempoh 13 minggu aku berjaya menguasai permainan tenis yang agak sukar dan mencabar ini.

permainan yang banyak mencabar minda dan juga emosi serta kemahiran ini memberikan pelbagai cabaran dan permainan inil. sungguh tak sangka permainan yang diadakan secara beregu ini telah memberikan ruang dan peluang aku dan regu aku izzuan iskandar untuk mencipta kejayaan.

permainan dimulakan dengan cabutan undi untuk menentukan pasangan kemudian perlawanan pun bermula regu yang aku lawan ialah antara fakharuddin serta tan. Din yang menjadi pilihan utama untuk menjurai perlawan ini telah disingkirkan oleh aku dan pasangan aku dengan mata 4-1 ini membuatkan aku berjaya untuk masuk ke peringkat separuh akhir.

perlawanan demi perlawanan aku dan pasangan aku bertempur untuk masuk ke peringkat ahir dan sekali lagi bertemu dengan regu din dan tan. perlawanan yang sengit berlaku antara keami berempat. dan akhirnya nasib menyebelahi kami dan kami berjaya dengan memperoleh agregat sebanyak 3-1.

Pertama Kali


Pemilik Blog

assalamualaikum.. ini bukan lah kali pertama aku menulis blog nie.. nie adalah kali keberapa dan nta dah berapa banyak blog dah aku tulis.. aku dah mempunnyai beberapa blog dan ini hanyalah sekadar untuk memenuhi masa dan ruang serta ini lah akibatnya terlalun banyak sangat bolg untuk ditulis. sekian sahaja. untuk sesi perkenalan.