LINK-LINK HEBAT

Sunday, May 30, 2010

perbelanjaan perkahwinan: sendiri @ bersama???

okei hari nie tergerak hati Rattus nak menulis pasal kahwin nie. lama dah tak bercerita pasal kahwin nie. tergerak hati ini nak menulis pasal kahwin nie kan mungkin sebab dah nak dekat cuti sekolah dan rattus dapat banyak pulak jemputan ke majlis perkahwinan ada yang dari sedara mara, ada yang dari kawan-kawan, ada yang datang dari jiran-jiran dan ada jugak yang datang dari saper-saper ntah. orang dah jemput kena lah pergi tapi bukan boleh pergi semua pun. pergi yang mana dapat jerk.

biler citer pasal kahwin perkara pertama yang terlintas mesti wang atau duit. cukup ker tak cukup nak kahwin ni. nak buat kenduri lagi, nak beli barang hantaran lagi, nak print kad jemputan. nak buat itu nak buat ini. macam benda-benda kena pikir macam nak jadi menteri plak kan. memamng susah gak kahwin. bagi pandangan sesetengah orang kahwin nie senang jerk kan. bagi pandangan orang lain tak tahu lah kan.



sembang-sembang pasal duit nie. banyak benda nak citer nie. sebenarnya rattus pun tak berapa arif pasal adat istiadat perkahwinan nie jadi rattus citer apa yang tahu jerk lah kan. mula-mula nak pikir pasal wang hantaran dulu. wang hantaran nie sekarang nie ikut taraf pendidikan perempuan tersebut. kalau SPM adalah dalam RM 5000-RM8000. kalau STPM atau diploma RM 10000-RM 13000. kalau ijazah @ degree adalah dalam RM 15000-18000. dan seterusmya lagi tinggi taraf pendidikan maka lagi tinggi lah wang hantarannya.
belum lagi bercerita pasal mas kahwin yang semakin mahal di setipa negeri dan berbeza di antara negeri.

baru cerita pasal wang hantaran belum lagi masuk dengan barangan-barangan hantaran lagi paling cikai pun RM 2000 @ RM 3000 mesti dah ada untuk barangan hantaran. print kad jemputan kenduri lagi khemah, kerusi meja makanan semua tue perlukan duit. tue pun dah berapa ribu dah kena keluar hanya untuk majlis perkahwinan.

itu semua semasa perkahwian, tapi cuba kita flashback sebelum nak kahwin. paling-paling mesti dah ada kenderaan sendiri ada rumah untuk berteduh dan juga untuk bergerak. tue lain hal plak. nak beli kereta kena pakai duit nak beli rumah pun kena pakai duit. secara mnya duit muka atau deposit untuk dua harta nie pun dah mencecah hampir RM 30000. tue sebb ramai lelaki yang kahwin lambat. perempuan semua nak cepat kahwin nak cepat-cepat tapi tak tahu kesengsaraannya untuk berkahwin nie.

persoalannya di sini. secara lazimnya dapt dilihat pihak lelaki akan banyak mengeluarkan wang sebab tue memang tanggjawab lelaki. tetapi adakah pihak perempuan faham akan kesengsaraan untuk berkahwin tue. bukan senang dan bukannya satu jalan yang boleh dipandang ringan. selain itu wujud satu persoalan di minda rattus. yang nak berkahwin tue adalah 2 insan dan 2 jiwa iaitu lelaki dan perempuan... patutkah hanya pihak lelaki sahaja yang mengeluarkan perbelanjaan perkahwinan atau secara bersama-sama(pihak lelaki dan perempuan)???? pikir-pikirkan lah..


Friday, May 28, 2010

hidup sebagai anak sulung

anak sulung, mungkin satu kedudukan yang membanggakan kerana menjadi abg atau kakak di dalam keluarga yang boleh diharapkan dan juga boleh di jadikan contoh teladan. namun menjadi anak sulung bukan lah satu tggjawab yang mudah, mungkin satu tanggungjawab memerlukan lebih banyak pengorbanan serta lebih banyak bebanan tggjawab yang menggunung..

pengalaman Rattus sendiri sebagai anak sulung sememangnya mengajar Rattus untuk berfikir secara matang di dalam memikul tggjawab, amanah dan harapan yang diberikan kepada Rattus dalam mengejar apa yang diimpikan oleh keluarga. sememangnya kadang kala rasa terbeban dan adakalanya semangat itu mudah putus asa dan luntur dalam sekelip mata. namun itu semua adalah sebahagian daripada perjalanan hidup sebagai anak sulung.

kadang-kadang anak sulung ini dijadikan penanda aras untuk adik-adik menjadi seperti abg atau kakak mereka. dan bayang kan tggjawab itu, adalah amat berat sekali. macam2 harapan keluarga ke atas anak sulung. ingin melihat berjaya dan cemerlang namun semua itu bukan lah semudah yang di sangka. bayang kan apa yang terjadi jika harapan itu tidak kesampaian dan tidak menepati apa yang diinginkan oleh keluarga itu. adakah kecewanya hati mereka. dan bertambah-tambah kecewa hati anak sulung jika tidak mencapai harapan itu.

bukan itu sahaja biler berkaitan dengan pengorbanan selalunya anak sulung akan rela untuk bekorban. ditinggalkan di rumah untuk menjaga rumah, berhenti untuk belajar semata-mata mencari rezeki untuk keluarga, mengalah untuk adik-adik. itulah pengorbanan seorang anak sulung. yang memahami kesusahan keluarga dan juga untuk kegembiraan adik-adik.

namun ini semua bukan rungutan hanya untuk renungan bersama. walau macam mana pun. semua anak di dalam keluarga walau apa pun kedudukannya sama ada sulung, bongsu atau tengah semuanya ada tggjawab masing-masing untuk keluarga cuma sejauh manakan kita memahami tggjawab dan juga situasi keluarga masing2.

p/s: walaupun anak sulung mempunyai banyak tggjwab dan juga amanah ukur lah kemampuan sendiri dalam mencapai segalanya. jika tidak mampu belajar untuk menerima kekurangan.

Monday, May 24, 2010

percutian di kuala selangor

tanggal 25 mei 2010

aku dan nazmi kawan aku serta bos tempat aku bekerja(bekerja ker? part time jerk) telah membawa aku berjalan-jalan sambil makan angin (kembung perut aku mkan angin) ke kuala selangor. walaupun jarak perjalanan antara rumah aku dan kuala selangor hanya 1 jam jerk tapi aku mmg jarang pergi.. antara tempat yang aku lawati bukit malawati ziarah kawan2 nazmi dan juga makan pizza. sebenarnya aku segan dengan family boss aku nie sbb tak berapa rapat sgt. tapi nazmi dah ajak. aku g jerk lah.. best jugak dapat jalan-jalan sambil makan pizza orang belanja apa lagi makan jerk lah. sok dah kena keje balik. sedikit paparan di kuala selangor.

Saturday, May 22, 2010

kaya harta, kaya ilmu, kaya budi

salam.. hari nie rattus rasa nak menulis.. dah lama rattus tak menulis. dan ini nama pena  baru "RATTUS" comel tak.. haha nama jerk  tercarik dalam internet nama penuh pena nie "RODENTIA RATTUS" macam nama orang puteh plak. bangga betul tapi singakatan panggil Rattus jerk.. hehe seng jerk nak sebut.. huhuh

okei lupakan pasal nickname. sebenarnye hari ini tujuan rattus nak tulis pasal beza miskin dan kaya. apa lah beza sangat pasal kaya dan miskin ini. banyak orang melihat dari segi harta. tapi memng itu secara amnya biler kita  sebut pasal kaya atau miskin kita akan pikir pasal harta. kaya dengan harta yang banyak dan miskin dengan harta yang sedikit. apa penting sgt kekayaan harta tue? boleh bawak kemana-mana ker.. kalau ada banyak harta pun tak ada guna gak.

tapi kalau tgk dari kekayaan harta tue, adakah kita benar2 bahagia. betul kata orang wang bukan segala-galanya, tapi segala-galanya perlukan wang. anda setuju??? mungkin itulah hakikatnya dunia ini. wang yang menjadi pentng dari segalanya. adakalanya tanpa wang segala-galanya takkan berlaku. kalau macam tue macam mana orang miskin nak hidup? kalau wang menjadi segala-galanye.

kadang-kadang terlintas di hati rattus kenapa ramai sangat orang rakus dengan kekayaan harta? rasanya banyak lagi kekayaan lain, contohnya, kekayaan ilmu, keakyaan hati budi. kenapa tak kejar kekayaan itu, ini tak habis-habus dengan kekayaan dunia. baru-baru nie kawan rattus dah nak berkahwin nak mendirikan rumah tangga sampai mas kawen nye 16 ribu. wow terkejut rattus. kalau macam tu nye mahal mati lah laki tue tak kawen2. tue salah satu tanda nak kejar kekayaan harta. tak ke bagus dari minta banyak tue wang nye minta kamus ker, buku ker, perpustakaan ker. kan bagus kejar kaya ilmu.

namun manusia nie biasa lah lupakan dan mudah melupakan. apa yang penting apa yang perlu diabaikan dan kejar sesuatu yang hanya sia-sia. rattus cakap nie pun  nak nasihatkan diri rattus gak. rattus pun manusia kadang-kadang lupa jugak. tapi walau macam mana pun biarlah kita kaya semua nya, harta, ilmu, budi dan sebagainya. jangan kita jadi miskin semua tue. tapi barlah kita miskin harta tapi tidak miskin perkara-perkara yang lain.

akhir kata, moga kekayaan kita diberkati..

Sunday, May 02, 2010

cuti.....

cuti sem dah nak dekat...

bagi aku lah..

tapi ramai kawan2 aku yang dah habes exam tue dah balik...

best giler siot balik awal...

exam sem nir agak kelamkabut sikit...

sbb memang pack giler..

paper semua dekat2...

tapi habis nye paper..

4hb nie..

aku akan tamat perjalanan sem 6 nie...

sem depan dah sem 7..

pergh giler kan...

pejam celik jerk..

dah 3 tahun aku kat UPSI nie...

rasa macam kejap jerk..

paper pun...

ucapan aku..

selamat bercuti kepada kawan2.......

harap bertemu sem depan lagi...

p/s apa aku nak buat cuti2 nie... erm....???