LINK-LINK HEBAT

Monday, February 13, 2012

bukan sekadar mengajar.... (kerjaya seorang guru biasa)

assalam..

hari nie hari pertama sekolah dalam minggu ketujuh... banyak gak cas-cas negatif yang melanda diri untuk pergi sekolah... bangun pagi pun malas.. hahahaha apakan daya.. demi tanggungjawab yang telah diberikan serta amanah yang telah digalas semasa mendaftar ke SMKTM nie... maka aku gagahi juga langkah kaki ini untuk pergi sekolah.. tambah-tambah hari nie aku ada kelas geografi.. lagi bersemangat lah aku nak ngajar...

sampai jer disekolah terus perhimpunan biasa lah hari isnin... tapi baru aku sedari hari ni ada anugerah untuk belajar yang cemerlang dalam beberapa aktiviti yang telah diadakan... sedang kyusuk mendengar penyampaian hadiah nie.. aku terpandang ke sekitar nie.. ramai gak cikgu yang bertungkus lumus sana sini..

terpandang aku seorang guru yang memgang kamera, guru yang baru saja pulang menghantar pelajar untuk ke latihan sukan, guru yang sibuk2 dengan alat2 mixer, guru yang sibuk susun hadiah, guru yang sibuk jadi pengacara.. maka terus terdetik di hati aku rupanya guru nie bukan sekadar mengajar sahaja...

dari apa yang aku lihat rupanye guru nie ada macam2 kerja yang perlu dibuat, bukan sekadar masuk kelas dan terus ajar dan membimbing banyak lagi kerja2 lain yang perlu dibuat... di mata masyarakat guru nie g sekolah ngajar, balik sekolah tido, time budak cuti guru pun cuti, hakikat sebenarnya, guru nie bekerja hampir 24 jam sehari tanpa henti... bukannya masuk kul 7 balik kul 1.... tapi dah balik rumah pun keje seorang guru itu masih belum tamat...

tidak percaya dengan penytaan aku? waktu balik mmg pukul 1, namun tugas2 lain yang perlu dibuat kena stayback lah. nak jadi penyanyi untuk koir, latihan rumah sukan, training budak bahas, pertandingan itu dan ini, mesyuarat, sambung plak keje di rumah, tanda buku latihan, pelajar dtg rumah tanya perkara yang tidak faham, pelajar telefon untuk tanya pendapat nasihat dan bimbingan. kadang masa nak tido pun ada yang menghubungi... betapa sebuknya tugas seorang guru...

guru bukan sekadar mengajar, malahan membuat kerja2 lain yang tidak dilihat oleh masyarakat luar... hargai apa yang telah diberikan oleh guru, hormati lah diri nya.. guru tiada galang ganti, jasa mu kekal abadi....

SEORANG GURU BIASA

1. Menulis rancangan mengajar
2. Menanda kedatangan murid/pelajar
3. Menanda buku kerja murid. 1 murid = 3 buah buku 1 kelas = 45 orang murid Jumlah Buku bagi 1 kelas = 135 Buah buku Seorang guru akan mengajar sekurang-kurangnya 5 kelas > 5 X 135 = 675 Buah buku.
4. Menghadiri/ mengendalikan pelbagai jenis mesyuarat - Mesyuarat JKK sekolah - Mesyuarat Guru - Mesyuarat Sukan - Mesyuarat Panitia seorang guru mungkin ada 2 panitia - Mesyuarat PIBG - Mesyuarat Kelab Guru - Mesyuarat Kokurikulum - Mesyuarat Program lebih dari 6 program anjuran sekolah Hari Guru Maulidur Rasul Maal Hijrah Kemerdekaan Bulan Bahasa Hari Anugerah Sekolah Selamat
 5. Aktiviti kokurikulum, kadang-kadang seorang guru bertanggungjawab terhadap 2 unit - Perjumpaan unit uniform kekadang hadir Sabtu - Perjumpaan permainan tambah untuk pertandingan pulak - Perjumpaan persatuan / kelab - Latihan rumah sukan setiap minggu
6. Menghadiri pelbagai jenis kursus dalaman / luaran
7. Mengisi pelbagai jenis borang. Borang keluar masuk & buku keluar masuk Borang emis / hrmis/ label Buku Hadir Kursus / balik dari kursus Borang Fleksi PMR / SPM Borang kehadiran murid ke kelas fleksi Buku Pemantauan / salah laku murid Buku catatan relief guru Buku tugasan mingguan Laporan mingguan Laporan keceriaan Borang menghantar dan mengambil kertas peperiksaan selepas mengawas peperiksaan Buku Kokurikulum murid Borang permarkahan kokurikulum
7. Menghantar murid ke Klinik
8. Mengisi maklumat murid di dalam file peribadi
9. Menceriakan bilik darjah selalunya duit poket sendiri
10. Mengisi markah ujian/ peperiksaan
11. Mengisi data murid SMM
12. Menangani masalah disiplin murid / pelajar
13. memasukkan data disiplin di dalam e-disiplin
14. Melayani karenah Ibu Bapa / penjaga
15. Mengecat sekolah
16. Membersihkan bilik / stor / bilik khas
17. Menganjurkan program-program wajib (Hari terbuka dsb)
18. Menyiapkan program Head Counting
19. Melaksanakan pelan tindakan PPD, JPN (seperti KIA2M, etc)
20 Menyiapkan file gerko, persatuan, kelab dan sebagainya
21. Menghantar murid ke pertandingan atau kejohanan
22. Mengendali masalah / kebajikan murid
23. Menunggu semua murid pulang sebelum guru pulang.
24. Mengadakan kelas tambahan, kelas intensif dan sebagainya
25. Menyediakan Bahan Bantu Mengajar (BBM)
26. Berniaga (jualan hari kantin, etc)
27. Menjaga kebajikan murid / ke rumah murid bermasalah
28. Bekerja lebih masa (menyiapkan pentas, backdrop, banner dsb)
29. Menyediakan kertas peperiksaan / ujian
30. Menanda kertas peperiksaan / ujian. 1 subjek 2 paper – 2 2 x 45 = 90 90 x 5 = 450 kertas
31. Perkembangan staf
32. Mengendalikan perhimpunan murid
33. Gotong-royong kadang2 guru perlu bawa semua alatan

* Terdapat lagi tugasan sebagai seorang guru terutama yang ada tugas khas….. tetapi cukuplah sekadar ini untuk nilaian kita bahawasanya tugas seorang guru amatlah berat. Walaupun kita sering menganggap cikgu cuti banyak dan sebagainya. Tetapi hakikatnya tugas seoran guru amatlah berat. Jarang sekali bagi pekerjaan lain membawa balik kerja-kerja pejabat ke rumah, berbanding guru yang terpaksa menanda buku dan menulis rancangan mengajar sehingga lewat malam. Sungguh besar pengorbanan mereka dalam mendidik anak bangsa kita. SELAMAT BERJUANG SEMUA GURU-GURU HANYA ALLAH SAHAJA YANG DAPAT MEMBALASNYA….

Sunday, February 12, 2012

ilmu tiada guna jika tidak di amalkan..

assalam..

ketika sedang duduk melepak dalam bilik study sambil membaca beberapa nota untuk temeduga spp aku, terpandang aku keluar tingkap... keadaan malam di bandar klang.. penuh dengan lampu2 neon di sana sini... indah sungguh suasana malam.. namun keindahan ini tidak dapat menenagkan hati ini akibat tekanan perasaan dengan temuduga spp yang akan berlaku pada 15 hb nnti... wow risau giler..

sedang2 asyik membaca buku nie.. ehh bukan buku notes nie.. aku terpandang sesuatu yang dilemparkan oleh seorang sahabat di dalam blog group geografi berkenaan dengan pembinaan kilag lynas yang diaktakan akan mengundang kepada kesan radiasi dan radioaktif kepada penduduk sekitat terutamanya penduduk pahang... terlintas di minda aku.. ada baiknya isu ini dibincangkan..

namun seorang sahabt lagi membri pendapat bahawa pembangunan nya tidak boleh diterima.. malah kebaikan yang dibawa oleh pembinaan nya juga tidak sebeberapa dibandingkan dengan keburukannya.. terlintas di fikiran aku jua kenapa mesti ada pertikaian yang sebegini dari seorang pelajar geografi seperti aku....

beberapa sahabat yang lain berpendapat seperti aku dimana pembangunan ini harus diselaraskan dengan pembangunan yang lestari, bukan sahaja dengan pembangunan semata-mata tanpa menghiraukan alam sekitar.. jadi aku pertikaikan satu idea, pembangunan lynas yang dihebohkan asyik diperkatakan, dan dipertikaikan kerana mengunadang bahaya serta mencemar alam, namun kenapa kita tidak memikirkan apa yang telah dicapai oleh dunia umumnya dan MALAYSIA khasnya

pemabungan yang sekian lama, kilang2 yang didirikan, kenderaan yang digunakan serta kitar semula yang diwar2kan.. adakah kita lakukan.. kita selalu kecoh sana sini, namun ilmu yang kita pelajari tue adakah kita amalkan.. sebelum kita bercakap dan salahkan pihak sana sini... yang paling mudah fikiran apa yang kita pernah lakukan dan pelajari adakah kita amalkan..

Wednesday, February 08, 2012

sistem pendidikan terkini di malaysia

assalam..
lama sudah saya tidak bertandang di blog ini.. sekian lama menyepi... bebanan dengan tugas, dan juga beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan.. walaupun jawatan yang diberikan adalah sekadar GURU INTERIM... namun masih terlalu banyak perkara yang kurang jelas dan semakin pudar di kala ingin mencari satu kepastian...

sistem pendidikan di malaysia kini nampaknya semakin maju dan bertambah maju.. laju kehadapan dan semakin banyak dasar2 kerajaan yang semakin penat untuk dilaksanakan.. hampir setiap bulan ada sahaja dasar kerajaan untuk MENTRANFORMASIKAN pendidikan kita.. namun apa yang dijangka menjadi kaedah atau cara yang terbaik masih lagi terumbang ambing. dek pukulan ombak kejutan yang tidak dapat diterima oleh para guru..

sepanjang saya disekolah SMK TAMAN MEDAN tempat saya berkhidmat dan berkongsi pengalaman dan juga ilmuan dengan para pendidik SENIOR.. ternyata apa yang dikatakan atau apa yang diwarwarkan bahawa sekolah adalah tempat untuk menimba ilmu ternyata meleset belaka.. tugas guru yang sebenar adalah mendidik.. kini telah DITRANSFORMASIKAN sebagai mengajar.. adakah ini yang dihasratkan oleh kerajaan dan juga para guru??? tepuk dada tanya selera...

hakikat sebenarnya.. apa yang direncanakan oleh kerajaan hanya dapat dilakukan pada dasar sahaja... tidak mungkin dapat dilakukan secara menyeluruh.. berbeza dengan zaman kita, mak atau ayah kita dahulu.. segalanya berpaksikan kepada PENDIDIKAN iaitu mendidik.. tapi kini kepada PELAJARAN.. iaitu mengajar.. mana perginya kaedah dan cara untuk mencapai FPK iaitu seimbang dari segi JERI nya... langsung tidak dapat dipraktikan.

salah siapa?? guru atau pun pelajar, pentadbir atau pengurusan, pihak atasan mahupun pihak bawahan... tiada siapa yang mampu untuk berusara untuk menyalahkan diri.. mahupun menyalahkan org lain.. benar seperti apa yang dikatakan oleh para GURU SENIOR bahawasanya kerjaya guru ini adalah yang kedua terpatuh selepas tentera.. ikut arahan dan lakukan arahan yang diberikan dan jangan banyak soal.. persoalannya apakah yang diikut tue dapat membantu anak bangsa kita??

renungkan2 lah.. ramai di antara kita yang keluar dari IPTA atau IPGM berhasrat murni untuk mendidik anak bangsa sepaya menjadi manusia yang penuh dengan didikan... namun kekangan dari pelbagai pihak menjadikan kita seperti keldai yang dicucuk hidungnya untuk mengikut arahan....


08 FEBRUARI 2012
11.07 a.m
sang pendidik....