LINK-LINK HEBAT

Friday, October 30, 2009

tekanan

30 oktober 2009

tekanan betul biler exam dah dekat tapi buku tak baca lagi.. pergh giler macam budak pandai jerk tak baca buku.. exam tinggal beberapa hari jerk.. apa pun tak baca lagi.. apa nak jadi ntah dgn aku nie dah buang tabiat per sampai tak study.. ish2. tension giler siot.

tekanan exam nie semakin menekan2 lama2 boleh hilang akal aku..(mengarut apa lah aku nie)... tekanan yang aku rasa macam2 bukan exam jerk.. dengan kes carry mark lagi.. degn aku tak da mood nak study lagi... aku pun tak faham lah kenapa aku nie.

ntah lah aku dah mengarut nie.. teknan perasaan nie.. jgn baca entry nie.. sbb aku post entry nie dalam keadaan bertekenan tinggi.,,

Monday, October 26, 2009

simpan dalam hati

pernah tak korang suka kat seseorang.. mesti pernah kan suka kan sum 1.. tak kira lelaki mahupun perempuan pernah menyimpan perasaan nie, tambahan plak orang yang kita suka nie pernah membuat kan kita  rasa tak snang duduk dan sampai tak lena tido lah.., besar betul pengaruh orang tue terhadap diri kita...

itu lah yang berlaku kepada salah seorang kawan aku nie, tak senang duduk aku tgk dia. macam ibu ayam hilang anak ayam lah. mimpi2.. angau  dan tak lalu makan. kesian dia.. dia suka gila kat pompuan tue. sampai dia jadi macam tue. perempuan itu amat hebat sekali penangan dia sampai membe aku nie jadi angau..

member aku nie baik.. dia suka kan pompuan tue, tapi dia tahan.. dia tak nak cakap... dia berkawan jerk dengan pompuan tue, kenali tingkah laku dia, tgk kegemaran dia. ketahui latar belakang dia. tapi syg, perempuan tue buat dek jerk kat dia, dia cuba untuk merapatkan diri dia, tapi semakin rapat dia, semakin jauh perempuan tue pergi, aku bagi nasihat untuk dia g cakap kat pompuan tue tapi dia bagi alasan.

alasan yang dia bagi.. "saper lah aku nie, aku bukan untuk dia, tak layak aku nie, rupa pun tak da, tingkah laku tak digemari, ada hati nak pompuan macam dia" pompuan tue kira ramah dan suka berkawan, malahan bleh dikatakan dia nie sng dengan semua orang, malahan ada di antara lelaki-lelaki yang menjadi kawan pompuan nie ada yang minat kat dia. kawan aku nie alert dgn semua nie, jadi dia pun cakap kat aku nak lepaskan pompuan nie pergi... rugi lah macam tue.... aku suh bersabar dulu, rilek.. kalau pompuan tue bukan untuk dia, dia kena redha, kalau yer bagus lah....

kadang susah gak biler suka dkat orang nie, ingat senang jerk.. rupanya susah, sebb kita menyimpan perasaan kan, nak luahkan pompuan tue tak bagi respon apa pun, jauh sekali nak bagi harapan, memang jauh lah.. kang kalau cakap risiko nye pompuan tue tak terima, mesti malu gila kawan aku nie nnti, mesti takkan bercakap dah dgn pompuan tue, hubungan persahabtan dorang mesti musnah ,tak diluahkan nnti makan hati, tgk dia dgn lelaki lain.. ntah lah, jadi perempuan mungkin sng sbb lelaki yang akan pergi kat dia.. tak suka leh reject macam tue jerk.. ntah lah.. nak bantu aku pun dah buntu,, blogger tolong kawan aku nie..

p/s : suka kat orang pun susah, couple pun susah, single pun susah... susah/.. susah....

Sunday, October 25, 2009

antara dua darjat...



antara dua darjat..

tajuk macam gempak kan. aku pun tak tahu nak letak tajuk apa.. citer nye macam nie. pagi tadi selepas aku melayan kerenah2 adik angkat sebelum dorang bertolak pulang ker sekolah masing2 aku pun plan nak melepak kat kedai mamak nie..  jadi aku pun dengan beberapa orang kawan2 yang agak senior g lah melepak kat kedai mamak depan kolej nie.. pergh. lama giler tak melepak kat kedai mamak yang menarik nie..

tengah2 melepak tue aku sajer jerk amik2 gambar,, dah bosan aku tgkap lah gmbar dua enset nie. teringin nak bercerita pasal enset.. enset kat atas tue memang berbeza antara satu sama lain. yang sebelah tue mahal dan yang sebelah tue murah.. jangan terpengaruh dengan waktu di dalam enset tue. rekaan semata-mata.. sambung balik.. bile tgk enset tue (yang murah kaler oren tue enset aku). aku teringat kisah zaman budak2 dulu..

dulu masa  zaman aku dulu.. enset yang terkenal nokia 3310 atau nokia 3315.. masa nie enset mahal lagi.. banyak lagi jenama lama2.. motorola, alcatel.. banyak tue.. aku waktu tue tak berpeluang langsung nak pakai enset nie lah.. kalau pakai pun kongsi2 dgn family.. sadis gile.. betul2 dapat pakai enset pun pas form 5.. baru lah ada enset tue pun 3310.huhu

 berbeza dengan budak2 zaman sekang nie.. senang gila dapat enset.. pas tue lalai.. lupa pelajaran.. rupanya  ada hikmah gak aku dulu tak dapat enset.. boleh belajar rajin2.. sampai lah masuk u nie...

tue satu perkara,,.. kat sini aku nak tafsir gamabr tue dari sudut lain.. kalau tgk gambar tue nampak perbezaann yang ketara.. enset yang murah dan buruk tue tak setanding dgn yang mahal yang cantik.. banyak gila perbezaan.. macam tue jugak manusia.. manusia nie ada yang sama (bukan fizikal), ada yang tak sama.. mungkin ada yang setaraf dgn kita.. dan mungkin ada yang tidak setaraf.. jadi kalau dah tak setaraf macam mana dilihat pun akan mendatangkan perbezaan. dan manusia nie lebih selesa berada di dalam kelompok yang setaraf dengan mereka.. betapa sukarnya untuk kita bersama dengan orang yang tidak setaraf dengan kita...

tue dari sudut manusia lah.. aku nie tak pandai berimaginasi.. kadang2 jerk..

p/s: orang kata~ukur baju pada badan sendiri.. jangan lah nak mengharap seseorang atau seseuatu yang bukan atau tidak layak untuk kita miliki.

Saturday, October 24, 2009

mencari konklusi

Belum tersimpul mati
Ikatan itu ku buka sendiri
Terus bertempiaran
Jutaan huraian
Ku takkan mengerti

Teka silang kata
Membuat parah menambah persoalannya
Aku tak pasti yang kita hadapi
Yang kita semua cari

Coba tenang seketika
Coba pejam mata
Biar resah hilang saja
Dan coba diam yang bicara
Sediam bersama
Ditemani jasad kita

Kan ku cari konklusi

Coba tenang seketika
Coba pejam mata
Biar resah hilang saja
Dan coba diam yang bicara
Sediam bersama
Ditemani jasad kita


Kan ku cari konklusi

Coba tenang seketika
Coba pejam mata
Biar resah hilang saja
Dan coba diam yang bicara
Sediam bersama
Ditemani jasad kita

Kan ku cari konklusi

Tuesday, October 20, 2009

kosong dan kesepian..

20 okt 2009
assalamualaikum....
korang pernah tak rasa sepi?? aku rasa mungkin ada diantara kita yang pernah rasa sepi.. rasa kosong.. rasa macam tak da paper dalam jiwa.. macam aku skang nie.. aku rasa macam tak da paper.. nak buat paper pun rasa macam tak da feel.. ntah lah.. mungkin aku memang dilahirkan hidup sendirian kan.. sampai bila kita nak berteman..

pasal teman.. erm.. teman mungkinmerupakan orang yang kedua paling rapat dgn kita selepas keluarga. teman lah kawan dikala sepi, di kala kosong dan di kalau kekkeliruan. tapi aku nie antara yang malang, yang tak punyai ramai taman... hanya sebilangan kecil jerk yang punyai teman tak semua ada teman...

bila ada sebilangan kecil nie lah, aku kena jaga betul2 teman2 aku, kawan2 rapat aku (itupun kalau ada)... tapi sesuatu meningatkan aku, jika kita berteman dgn orang itu, tak mungkin orang itu milik kita selamanya. mungkin dia ada teman-teman lain yang boleh dikatakan teman rapat dia. dan kita mungkin bukan seseorang yang tidak penting di dalam hidup dia...

bila kita berteman jugak, perkara paling penting menjaga hati. sesuatu yang sukar untuk dilakukan, kadang2 kita tersepit di antara teman-teman ini... sukar untuk membuat pilihan. perkara ini tidak akan selesai, kecuali sesorang mengundurkan diri di dalam konflik pemilihan ini.... dan aku adalah yang suka untuk mengundurkan diri..

namun walau macam mana pun hati disakiti, jangan sesekali kita melupakan teman dan kawan kita. kalau kita melupakan dan menjadi orang yang mengundurkan diri nie, andai kita berbuat demikian, kita akan terus sepi dan terus sepi. dan kita tidak boleh tamak untuk mengandaikan teman itu adalah milik kita segalanya. hakikatnya mungkin kita hanya sekelumit kuman jerk di dalam hatinya....

kesepian hidup ini mengundang kepada pelbagai masalah, yang mempunyai teman-teman yang baik, jagalah hatinya. sebab tak semua orang boleh menjadi teman yang baik..

wasalam...

Monday, October 19, 2009

ADAKAH INI SAHABAT ATAU CINTA....


18 okt 2009
Hari ahad hari yang indah lagi menggembirakan bagi semua orang.. hari di mana pada waktu ini kita semua boleh berehat-rehat sambil meluangkan masa bersama keluarga.. tetapi aku di pagi ahad.. menjadi cleaner untuk membersihkan rumah aku yang banjir. Dilanda taufan malam tadi... maklumlah rumah tgh renovate. Sedih aku malam tadi tidor ditemani dgn air hujan..
Tetapi aku redha. Benda nie dugaan untuk aku sebelum tiba aku memasuki rumah baru aku yang sedang dibina. Tak lama pas tue, aku bersiap untuk pulang kembali ke rumah belajar ku, UPSI.. tiba jerk kat kolej, aku terus g bilik akademik.. sajer nak tgk saper yang bertugas. Pas tue duk sembang2 jap then baru naik atas, letak barang.
Tak sampai 5 minit aku turun bawah balik untuk buat keje kat bilik akademik nie. Mula-mula bosan. Pas tue semakin ramai dalam bilik akademik nie.. tak lama pas tue.. seorang budak perempuan.. jeng3. Dtg duk sebelah aku, mula2 terkejut.. ingatkan aweks... rupanya... aweks pada P... siapa P tak siapa yang tahu hanya aku dan budak perempuan itu jerk yang tahu.
Al kisah tentang P.. aku nie kira pandai gak lah wat teori orang bercinta nie... pas tue terkena plak dekat budak pompuan nie. Aku gelar budak pompuan nie dgn huruf B. P nie kenal B beberapa hari yang lalu, di dalam satu majlis, aku dengan B nie kira ok jugak lah. Selepas itu, P nie minta num phone B, nasib aku ada, jadi aku bagi lah..
Bermula detik perkenalan B dgn P, bila P mula msj dgn B, mula-mula si P nie minta num phone B nie dgn alasan nak minta gambar, tetapi terkantoi di situ biler dia bukan nye nak minta gambar, ada agenda lain yang si P nie nak buat. (apa yerk?)
Disini bermula lah teori aku, aku dengan yakinnya menyatakan padaB yang si P tue nak kat dia, berlandaskan beberapa bukti
1.       Dia minta num phone tue bagi alasan tak munasabah
2.       Baru kenal 2 hari dah ajak kuar makan
3.       Baru kenal 3 hari dah ajak g UKM (jauh tue bukan kawasan setempat)
4.       Yang keempat semua tentang diri B dia nak tahu (birthday,single @ x, etc..)
Jadi berlandaskan bukti2 ini lah aku tekan teori yang mengatakan si P ini meminati si B.. tapi si B tak percaya. Buktinya pada hari ini. 18 okt 2009. Hari yang aku menggatal sesuka hati membelek hp si B dan nak tahu apa aku jumpe???? Susah nak teka... panggilan mereka kini sudah berubah kepada “abng &syg”.. wow within 4 days segalanya berubah.. jadi kepada pembaca..  agak2 teori aku tue betul ker salah??
p/s: Bumi berubah kerana manusia, inikan manusia yang menduduki di atas muka bumi ini.....

Tuesday, October 13, 2009

sawang lagi

13 okt

sawang lagi blog aku..
lama tak updsate..
internet cam hampas..
benagang aku..
nak update pun tak dapat..


tapi dalam tempoh seminggu nie
mcam-macam benda terjadi.
dapat kenal ramai kawan..
dapat lepak dengan kawan-kawan.
rasa best gak lah..

tapi ada gak yang aku bengang..
karenah birokrasi..
daftar kursus tak dapat2..
sakit hati aku..
biler nak settle ntah..

bengang lagi satu..
ada budak laki
sound aku..
kata aku kacau awek dia..
ntah saper ntah..
tak gentle lagsung.
kalau berani
face to face...

minggu exam hampir tibe..
persediaan tak buat lagi..
rasa bertambah malas.
nampaknya..
dah tiba masa untuk aku berlagak rajin..
perjuangan terakhir untuk sem 5...

untuk kawan-kawan..
tak kira saper pun.
janji saper rasa dia kawan aku..
aku ucap semoga maju jaya.
jgn malas-malas untuk study.
buat yang terbaik.
adios amigos..

Tuesday, October 06, 2009

kesalahan itu (5 okt 2009)

6 okt

aku sedar itu kesalahan ku.
ku cuba untuk memohon ampun dan maaf
tapi itu bukan segalanya...
maaf tidak kan bererti
andai tidak dimaafkan
hanya maaf yang ku mampu
untuk saat ini..

kesalahan yang kulakukan.
sering mengundang luka dia hati..
luka yang amat dalam sekali
yang sukar untuk diubati...


mungkin sedikit pengajaran untuk diri ini..
tidak layak untuk bergaul mesra bersama mereka
tidak layak menerima teman disisi
hanya bersendiri layak untuk diri ini....


ditakdirkan hidup bersendirian
tidak berteman..
tidak berkawan
maafkan diri ini wahai teman..


andai ada hati yang terluka..
harap maaf yang dipinta
mengubati seketika
hati yang terluka,,,

maafkan ku teman...