agak lama tidak menulis diruangan ini.. mungkin terlalu sibuk dalam mengharungi kerjaya kini...
kehidupan kini sudah berbeza
sudah berkerjaya..
jadi perlukan lebih masa diperutukkan dalam kerjaya
baru-baru ini baru sahaja selesai menonton cerita hoore-hoore
yang selalu dan heboh diperkatakan
cerita muzikal yang memuatkan lagu-lagu
allahyarham sudirman hj arshad,
dalam filem tue terkandung seribu manfaat
banyak pengajaran
dan juga tidak kurang yang memberikan idea membina
serta motivasi
bermula dengan watak utama nya
nurul aiman
seorang gadis gemuk
dan debab
yang ingin menyertai pertandingan ratu idola
yang selalunya dimonopoli oleh mereka yang cantik-cantik sahaja
namun nurul aiman meneruskan cita-cita dan harapan nya
walau dikekang oleh keluarga
selain itu,
dia juga disisihkan oleh rakan-rakan
akibat daripada penyertaan dan hubungan rapatnya dengan johari
budak paling top di sekolah
pelbagai liku dan cabaran yang ditempuh
namun semangatnya tidak luntur
tambahan pula mendapat sokongan padu daripada neneknya..
banyak peristiwa sedih dalam cerita ini
antaranya kematian nenek yang banyak memberi semangat
dan juga ikatan kekeluargaan yang sangat rapat..
akhir kata naskah ini adalah naskah terbaik
tiada tolok bandingnya
sesuatu yang harus ditonton
tak rugi menonton cerita ini...
sekian
p/s : "kita dalam menghadapi kehidupan, jangan taruh pagar mengelilingi kita"
- allahyarham sudirman hj arshad
1954-1992
No comments:
Post a Comment