LINK-LINK HEBAT

Tuesday, July 22, 2014

belajar buat blog!!!!

assalam readers....

22 julai 2014, khamis

pembelajaran sepanjang hayat.. itu lah yang dikatakan dengan mempelajari sesuatu sepanjan hayat kita... topik hari ini ialah belajar membuat blog

apa itu blog?? blog ialah sesuatu laman untuk kita menulis apa sahaja.. suatu masa dahulu blog digunakan sebagai satu diari online kerana mudah untuk meluahkan sesuatu dan menulis... namun kini.. blog telah bertambah luas.. sehingga boleh dijadikan sebagai satu medium untuk perniagaan.

dengan pendekatan sebagai satu medium untuk menjalankan perniagaan.. pihak JCORP telah mengambil inisiatif untuk menganjurkan kursus membuat blog... oleh disebabkan itu, pelajar-pelajar yang bernaung di bawah tunas bistari telah dipanggil untuk menjalani kursus tersebut...

bagi aku.. sebagai seorang blogger yang telah lama berkecimpung di dalam dunia blog nie perkara ini seperti biasa sahaja kerana bedasarkan pengalaman... namun ini lah yang berlaku.. pembelajaran sepanjang hayat... maka belajar lah walau pun telah mengetahui..

akhir kata.. usaha JCORP dalam mempelbagaikan method perniagaan sangat-sangat memberangsangkan.. alhamdulillah semoga usaha yang dilahirkan dapat melahirkan usahawan yang berdaya saing dan mampu mencapai tahap global

TAHNIAH JCORP!!!

nukilan marhaen
22.7.2014
9.59 a.m

Thursday, December 19, 2013

internet ooohhh internet ku

assalamualaikum....

apa khabar pembaca sekalian.. walau ku tahu mungkin tiada siapa yang membaca coretan hati ini,, sekadar menulis... hari nie mungkin ada kepenatan sedikit.. almaklumlah result pmr dah kuar kan...

hari nie tercetus idea apabila diri ini tidak boleh hidup tanpa adanye internet.. mungkin bagi sesetengah dari manusia di luar sana mengandaikan internet ini bukan la satu perkara penting.. tapi bagi diriku internet nie macam nyawa... bile takda tak keruan hidup nie..

mula berkecimpung di dalam dunia maya nie sejak di bangku sekolah lagi.. dulu mula kenal internet dari permainan online game.. hampir macam2 lah permainan pernah main.. hingga jan sanggup membuang beratus2 di ienternet sana.

selepas tue mula berkecimpung dalam dunia sosial.. bermual dengan friendster    apa itu friendster,,ada yang tahu ke,, kemudian myspace kemudian tagged hi-5 hingga la kini facebook twitter serta blog... nie semua dunia sosial ku... yang terkini ada whatsapp wechat instagram dan sebagai nya....

berbalik kembali.. tanpa internet mmg buntu kepala hotak ku ini,. apa yang mampu aku buat sanggup cari sana sini untuk conntection.. yang terkini nak tgk tv pun kena ada internet jugak... waduhh.... poning pale tak da internet

itulah kisah ku dan internet... bersempena tarikh nie result PMR keluar.. maka selaku guru.. ingin ku ucapkan kepada semua pelajar yang dah amek result PMR tue.. igin ku ucapkan tahniah di atas kejayaan anda merangkul keputusan yang cemerlang..

p/s belajar bukan untuk pandai tetapi untuk menimba ilmu.. bilangan A bukan ukuran kepandaian manusia

kalam marhaen
19/12/2013
10.38 pm

Thursday, December 12, 2013

Permulaan kedai mamak berteman teh o ais

Assalam readers dan follower.. lama sudah tidak menulis.. lihat saja lah last post.. sudah hampir 2 tahun rasanya....

Tetiba terdetik di hati ini untuk menulis semula.. di blog yg sekian lama menyepi ini... mgkin terlalu banyak ranjau dan juga perjalanan yg perlu di tempuh...

Sedetik di kedai mamak.. kembali semula semangat untuk menulis kembali dan melihat kembali blog yg sekian lama sunyi tanpa penghuninye..

Kemana menghilang sang penulis.. sudah bosan kah.. atau dia sudah hilang minat. Hakikatnya masa tidak mencukupi.. mmg itulah yang terjadi.. masa mmg tidak akan cukup untuk selamanya..

Namun kini kembali semula untuk mencoret kembali perjalanan diri.. dr dulu hingga kini.. moga semangat ini kekal...

Penulis yg kembali
8.09 pm
12.12.13

Saturday, July 07, 2012

mati hidup kembali


Jalan raya terlampau sunyi
Untuk ku terus bermimpi
Mataku belum mengantuk lagi
Bawa ke mana sahaja kupergi

Tunjukkan ku bulan gerhana
Tiada siapa nak kujumpa
Pendirian tiada kusangka
Tak mengapa oh tak mengapa

Malam semalam gundah gulana
Hari ini hari mulia
Tak pernah daku rasa begini
Seperti mati hidup kembali

Bawakan kuhilang dari ingatan
Hari ini sehingga esok
Tak pernah daku rasa begini
Seperti mati hidup kembali

Agar sepenuh dengan pendirian
Kucapai sebelah tangan
Sebalik awan ada cahaya
Bercahayalah selamanya

Daku tertawa seorang diri
Darah yang mengalir terhenti
Fikiranku melayang-layang
Tiada siapa yang perasan




Wednesday, July 04, 2012

hoore hoore (inspirasi jiwaku)

assalam..
agak lama tidak menulis diruangan ini.. mungkin terlalu sibuk dalam mengharungi kerjaya kini...
kehidupan kini sudah berbeza
sudah berkerjaya..
jadi perlukan lebih masa diperutukkan dalam kerjaya

baru-baru ini baru sahaja selesai menonton cerita hoore-hoore
yang selalu dan heboh diperkatakan
cerita muzikal yang memuatkan lagu-lagu
allahyarham sudirman hj arshad,

dalam filem tue terkandung seribu manfaat 
banyak pengajaran
dan juga tidak kurang yang memberikan idea membina
serta motivasi

bermula dengan watak utama nya
nurul aiman
seorang gadis gemuk
dan debab
yang ingin menyertai pertandingan ratu idola
yang selalunya dimonopoli oleh mereka yang cantik-cantik sahaja
namun nurul aiman meneruskan cita-cita dan harapan nya
walau dikekang oleh keluarga

selain itu,
dia juga disisihkan oleh rakan-rakan
akibat daripada penyertaan dan hubungan rapatnya dengan johari
budak paling top di sekolah
pelbagai liku dan cabaran yang ditempuh
namun semangatnya tidak luntur
tambahan pula mendapat sokongan padu daripada neneknya..

banyak peristiwa sedih dalam cerita ini
antaranya kematian nenek yang banyak memberi semangat
dan juga ikatan kekeluargaan yang sangat rapat..

akhir kata naskah ini adalah naskah terbaik
tiada tolok bandingnya
sesuatu yang harus ditonton
tak rugi menonton cerita ini...
sekian

p/s : "kita dalam menghadapi kehidupan, jangan taruh pagar mengelilingi kita" 
                                                                - allahyarham sudirman hj arshad
                                                                                          1954-1992

Sunday, June 17, 2012

untuk mu abah (ZAHARI BIN ZAKARIA)


secebis ingatan buat mu ayahanda

ZAHARI BIN ZAKARIA


'"biar"

mata tua yang memandang aku itu--
bundar
pudar

dia tak mahu bilang apa yang mencengkam jiwa usangnya
“biar”
katanya, “biar”.

wahai ayahanda
berhentilah walau sebentar
dan renungkan mataku yang melaut
khabarkan yang jujur dan ujar
apa menyerabut?

wahai ayahanda
bercukuplah menggagah tulang rapuhmu
akukan lemahmu
perikan penatmu
kisahkan jerihmu
aku mahu tahu

mata tua yang bagai ada sakti dewa-dewi itu--
harum
senyum

dipukaukan aku nan terus terpana dan terlupakan
“biar”
katanya lagi, “biar”

wahai ayahanda
bisikkanlah walau sekali
izinkan aku menumpangkan bahu
berikan aku seperca dari beban kamu

wahai ayahanda
lihatkanlah aku
berlari kini
melompat tinggi
setiapnya kerna kau tak pernah pergi

ah, apa masih ingat lagi
aku suka lari-lari?
kau bagaikan tak peduli
ku biar kau patah hati

ah, apa masih tidak lupa
tengking jerit sama-sama?
makan tak mahu semeja
sahabat lebih berharga

ah, apa mampu kau sudikan
ampun maaf ku sujudkan?
bisa tidak kau teruskan
ku sesat kau tunjuk jalan?

ah, apa layak aku bagi?
tak terbalas sampai mati
kau sungguh yang paling tinggi
istanamu syurga nanti

Friday, May 04, 2012

perjalanan


mula langkahnya dengan merangkak
perlahan bertatih
dan kini
sudah mula berlari

perjalanan yang bermula perlahan
pantas meninggal zaman
tiada menoleh kebelakang
hanya mampu menapak ke hadapan
tidak kira onak atau ranjau
ditempuh dengan penuh azam

dulu
jalan ini tampak lurus
kerana diri tidak mengenal dunia
kini
jalannya penuh likuan
penuh simpang
akibat rakus dan tamak
manusia kini

larian kini semakin laju
tidak lagi perlahan seperti dulu
menuju ke alam baru
menuju kehidupan baru
moga mendapat restu

sang marhaen
7.57
teratak marhaen

aku dan SMK taman medan

alkisahnya cinta kau dan smk taman medan..

pada mulanye aku sangat tidak menyukai untuk berkhidmat di sekolah nie..
sangat2 menakutkan..
dan memberikan pandangan yang cukup negatif bg aku..
16 januari 20122 adalah tarikh keramat aku mendaftar diri di sekolah nie
aku bermula dengan jawatan sebagai seorang guru interim
 aku mulakan langkah aku dengan penuh perasaan gundah
bagaikan di satu medan perang
pelbagai tafsiran muncul di kepala aku

setelah beberapa lama berada di sekolah nie tanggapan ku mula berubah
cikgu2 di sini semua nye baik2 belaka
banyak membantu
dan memberikan tunjuk ajar
hampir tiada masalah aku di sana,
pelajar nye pula,,
erm..
ramai yang nakal
dan tak kurang juga yang baik dengan diri ku
tapi segala itu adalah sesuatu yang sangat manis buat ku

kini 30 april merupakan tarikh terakhir aku berkhidmat di sini
segala kenangan menjadi satu sumber inspirasi kepada aku
kini pepatah jangan menilai buku dari kulitnya
menjadi pegangan utuh bg aku..
terkenang saat pertama aku tiba di sini
aku ketakutan
kini aku jua ketakutan
takut tidak bertemu dengan mereka yang sentiasa bertakhta di hati ku..
titisan demi titisan air mata
mengalir kesedihan untuk melangkah meninggalkan SMK taman medan

buat pelajar-pelajar ku
sesungguhnya kalian sentiasa berada di dalam ingatan ku
teruskan mencapai segala cita
jangan dibiarkan ia berlalu pergi

TERIMA KASIH SMKTM