LINK-LINK HEBAT

Tuesday, November 16, 2010

25 fakta terkini pasal rattus

fuhh.. okei.... macam mana nak mula yerk.
opsss. mula dengan bismillah...
salam...
okei.. di malam raya yang sunyi sepi nie. ratus berjalan-jalan di dalam kegelaoan. tetiba. rattus jumpa satu blog dari nurmudrikah. blog bernama memahami kefahamanku..... sampi bila-bila pun rattus takkan faham.. sebb dia pun sedang cuba untuk faham diri dia.. malam nie malam raya kurban.. dan rattus tak boleh buat apa-apa.. so dah dapat tag dari beliau nie.. rattus pun nak buat tag. selepas itu.. kita tgk sapa yang kena...

25 trivia pasal rattus haha 


1. rattus suka makan... makan jerk apa2.. tolak kayu, batu dgn plastik


2. suka minum air teh, sama ada teh o atau pun teh ais


3. kalau makan nasi mesti amek sayur banyak2.. giler makan sayur


4. suka minum sunquick..


5. suka main fb  sebb suka baca komen dan komen org


6. suka nasihat orang.. walau pun nasihat tak kena


7. suka gossipkan orang


8. suka tolong orang


9. suka jalan-jalan... amek angin


10. suka main bola keranjang dan main bola tampar


11. suka kacau orang study... bagi bengang


12. suka tgk citer anime


13. tiap-bulan mesti beli kreko dan arena komik


14. kalau balik kg naik motor suka dgr lagu.. sampai tak sedar ada kete kat belakang


15. suak pangkah cakap orang dgn fakta yang ntah betul ntah tidak


16. failed bila memujuk org.. jadi jangan ,merajuk depan rattus


17. tak reti minta maaf kalau dah buat salah


18 pernah jatuh beskal sebb hajat hati nak pikat awek


19. suka menyanyi tapi suara tak sedap


20. pemalu dgn orang yang tak pernah tegur


21. mesra dengan orang yang kenal jerk


22. marah kalau ada orang tak mencapai apa yang ditarget oelh diri sendiri... (tak boleh cntrol)


23. suak bergaduh.. hampir tiap sem ada jerk begaduh dengan orang


24. suka tgk barang atau tempat kemas, tapi tak suka mengemas


25. hidup ,mesti ada handphone.. tak da handphone boleh hilang akal sekejap


peserta-peserta yang bertuah dan ditag.. harap jawab yer tag saya nie.... huhuh










Monday, November 15, 2010

telur dan kehidupan..

telurrr.....



Hidup ini sebenarnya ibarat sebiji telur.... percaya atau tidak. Tue pendapat rattus.. malam nie.. ketika rattus nak goreng telur, rattus terpikir...bahawa hidup kita nie macam sebiji telur.. betul ker?? Ntah rattus pun tak pasti.. tapi nie pendapat rattus...

Pertamanya kulit telur... kulit telur nie adalah pelindung bagi isi telur (apalah rattus nie semua orang tahu lah benda tue).. okei fine tak kisah lah.. kulit tue yang melindungi isi telur adalah seperti perlindungan yang kita buat untuk diri kita... mkasud rattus apa yang kita lindungi.. isi telur tue adalah hati kita, perangai dan tingkah laku kita... percaya? Ntah lah.. tapi kalau kulit telur itu tidak kuat maka apa yang dilindungi di dalamnya akan terburai lah.. cntohnye kita lindungi maruah kita.. kita tidak lindungi sebaiknya.. dan bila perlindungan itu pecah.. maka kita tidak ada maruah lagi lah.. segalanye telah tersembul keluar.... oleh sebab itu lah bila kita beli telur. Kita akan berhati-hati supaya telur itutidak pecah.. lindungi diri kita seperti kita menjaga telur itu...
kuning dan putih telur.. yummyy

Yang kedua tentang putih telur... putih telur nie sgt unik... bile kita goreng putih telur nie. Tatap akan putih.. tapi bergantung juga kepada jenis minyak apa yang kita gunakan.. jenis minyak nie melambgkan corak hidup yang kita pilih.. kalau kita pilih minyak yang dah kitor dan hitam.. maka putih telur tue pun tak da lah seputih mana.... jadi pilih lah jalan yang sesuai supaya kehidupan kita dicorakkan dengan baik... selepas itu, resipi-resipi lain adalah sebagai perjalanan dalam kehidupan kita... kalau kita masak telur sbg sweet sour maka sweet sour lah rasanye, masak telur dgn kicap.. maka rasa kicap lah telur itu.. itulah yang akan menjadi,pahit manis perjalanan hidup kita

Yang ketiga adalah kuning telur... kuning telur adalah tersangat unik.. kerana dilindungi oleh dua lapisan iaitu putih telur dan juga kulit telur... jadi kuning telur nie sgt berharga.. jadi bagi rattus kuning telur adalah sesuatu yang sgt berharga pada diri kita yang sedaya upaya kita perlu lindungi.. jika perlindungan kita iaitu kulit telur tidak kuat ditambah pula dgn perjalanan dan corak kehidupan kita yang salah.. maka kuning telur akan mudah terdedah dan akhirnye tercemar... itu lah perkara penting yang perlu kita lindungi sedaya upaya.. seperti mana telur itu dilindungi dengan bebrapa lapisan....

Yang terakhir jenis-jenis telur... jenis-jenis telur ada banyak, ada telur itik, telur ayam kampung, telur burung dan sebagainya.. ini merupakan asal-usulkan.. walau bagaimanapun kita mencorakkan perjalanan kita.. jangan sesekali kita lupa tentang asal usul kita.. siapa diri kita....
macam-macam telur..

Itulah dia kisah telur dan kehidupan...

Sunday, November 07, 2010

GHAIRAH BUAT HEADER

FUHH..

bosan-bosan duk rumah tak tahu wat per, so rattus pun buat lah blog walking, jalan sana sini. tetiba terbukak salah satu blog yang rattus follow seni kehidupan tgk dia nye header cantik walau simple jerk.. kemudian jalan2 tgk header rexco luqluq nye header pun cantik.. pandai betul dorang buat. so rattus pun gatal2 lah tgn buat header. ada dua header.. tema lebih kurang sama, jadi tak tahu nak pilih header yang mana.. haha..

p/s buat header guna paint jerk.. tak da software lain.. hahah

header 1

header 2

Friday, November 05, 2010

aku pergi

aku pergi

meniggalkan apa yang telah

meninggalkan apa yang telah wujud

meninggalkan semuanye di belakang


aku pergi

untuk mencari sesuatu yang hakiki

mencari sesuatu kebenaran

mencari hal tuju kehiudpan


aku pergi

bagaikan tiupan angin

berlalu tanpa kata

hilang dalam keramaian


aku pergi

membawa kenangan

pahit manis perjuangan

titik-titik kenangan


aku pergi

namun tidak akan kulupa

apa yang telah diharungi

sepanjang perjalanan hidup

yang memberi erti

kepada kedewasaaan ini


aku pergi......

Thursday, November 04, 2010

sekali lagi di tag oleh jeda a.k.a gemuk....

what is your full name?
zahilal bin zahari
when is your birthday?
03 april 1987

what is your sugar daddy's name?
saya lelaki tak da sugar daddy sekian terima kasih^

what is your mum's name?
noor hawa binti ubin

how many siblings do you have?
3 : 2 orang serikanda, 1 orang serikandi

where do you live?
sg besar... big river maaa

your favourite colour?
purple+white, yellow+white

still studying?
yup: LOVE UPSI

do you have a bestfriend?
nope..

do you love them?
da x da tak tahu nak syg ker tak

pop or jazz?
layan jerk... 
chicken or beef?
both. 
coke or 100 plus?
100 plus .

what brand is your purse?
SAG-wallet tak pakai purse

how much do you have in your wallet right now?
rm 2 hahaha .

high heels or flat?
tak pakai kasut pompuan

skirts or jeans?
jeans tak pernah pakai skirt.  
 
shirt or blouse?
shirt tak pernah pakai blouse gak
 
watch or bracelet?
watch

favourite watch's brand?
swatch tapi tak pernah dapat

do you have boyfriend/girlfriend?
erm..~~~

did you love him?
love??~~~
 
did you ever kiss him?
tak tahu
facebook or myspace?
Facebook.

what is your dream?
ingin mengahrumkan nama keluarga

BERIKAN 5 YANG ANDA TAU TENTANG ORANG YANG MENTAG ANDA :
 
gemuk
baik
sweet
comel
hebat
. 

5 orang sahabat-sahabat bertuah yang di`tag'
followers sy
followers sy
followers sy
followers sy
followers sy

Kepada sahabat2 yang di`tag' ikut arahan dibawah ya.
1. Copy dan paste soalan di atas.
2. Jawab soalan tersebut .
3. Tag sahabat sahabat anda yang lain .

Wednesday, November 03, 2010

jawab tag dari jeda (your heart my heart)

lama dah rattus tak jawab tagged.. bukak-bukak ada kena tag rupanye.. jadi jawab lah kan
1. Apa benda yang paling penting dalam hidup korang?

handphone
2. Benda yang terakhir korang beli menggunakan duit korang sendiri?

minyak petrol

3. Dimana tempat korang ingin melangsungkan perkahwinan korang dan tema perkahwinan korang nnti?

dalam dewan, tema raja sehari

4. Adakah korang sedang bercinta sekarang?

erm.... ya kot
5. Berapa lama korang akan mencintai kekasih korang?

selama yang mungkin
6. Dimana korang selalu berjumpa dengan kekasih korang?


kedai makan, kalau dating mesti nak makan..
7. Novel / buku / majalah yang terakhir korang beli?

paper dan KREKO
8. Apakah nama penuh korang?

zahilal bin zahari
9. Antara mak dan ayah korang, yang mana korang lebih mesra?
mak
10. Namakan orang yang korang betul-betul nak jumpa dalam hidup korang

banyak sangat..tak tertulis  

11. Adakah korang basuh baju korang sendiri?

kat kolej mesin yang basuh, kat umah pun mesin yang basuh
12. Dimanakah tempat yang korang betul-betul nak pergi?
jepun...
13. Pilih salah satu, peluk atau cium?

cium kot 

14.3 tentang orang yang tag korang

comel, cun, tapi selalu cakap dia gemuk
baik, sporting, suka menyanyi
jeles kuat cemburu dan...
tapi dia sgt syg MR.H dia..
15. 5 benda yang korang sangat-sangat sayang dalam hidup korang?

handphone, laptop, motor, hadiah dari sesiapa pun dan bilik
16. 5 lagu yang paling korang suka dan selalu dengar?

lagu teman, i go, perlukah, kasut terbang, puteri cinta hati.

17. Bila tarikh lahir korang dan kat mana korang sambut tahun lepas?

3, april.... sambut kat A-twice

18. 5 orang blogger yang korang nk tag

in@luqluq
yaya
nida@memahami kefahmanku
suriati@salam persahabtan
suhailah@love is great
semua followers....
19.cerita sikit bloger yang pertama korang tag.
intan a.k.a rexco..
dia rajen blog.. haha

Tuesday, October 26, 2010

terkenang saat itu

hari nie pas habis kelas.. rattus tak da wt paper.. just duk umah jerk.... tup2 sedang baru nak melenakan mata tue.. tetiba junior rattus call.. ajak g perasmian laman web kolej yang baru.. mula- mula malas nak g, tapi disebabkan orang dha minta teman jadi g jerk lah... bagi support kat kolej sendiri.... jadi dapat lah lelap jap dalam 30 minit kot macam tue, pas tue terus g ker bangunan e learnng untuk perasmian

firts time masuk bilik konvensyen tue perghh, rasa grand sangat-sangat.. hebat ar. puas hati dan rasa macam nak duk bersidang jerk dalam tue.. mmg mantap dan tak sangka kat dalam upsi nie ada juga bilik yang macam tue maha hebat... mmg rasa elegan dan kalau masuk macam masuk dalam dewan negara plak.. rasa best giler.. macam YB

pas tue rattus turun merayap kat bawah, start motor pusing satu kampus.. terkenang saat mula-mula masuk UPSI... dewan SITC menjadi saksi.. ujian MEDSI masa tue rasa ghairah nak jadi mahasiswa. pas tue bangunan blok c sebelah malim sarjana tue, tempat temuduga pertama.. ingat lagi saat tue tak da member g dgn abah berdua, tak tahu paper tentang interview, rasa takut dan cuak pun ada...

lepas tue pusing lagi nampak bangunan bitara siswa. kat sini banyak kenangan gak... kenangan jadi rexco mpp, kenangan bersama dengan persatuan geografi dulu, gerak kerja baktisiswa kg pegoh, surau tempat solat sebelum g kuliah, cafe tempat lepak2 makan dan sembang. perghh... rasa macam baru semalam jerk jejak kaki kat situ.

pas tue rattus jalan lagi, nampak gelanggang tenis depan bitara tue, kat situ tempat isi masa lapang main tenis dengan kawan-kawan, pas tue tempat  main bola keranjang, jalan depan sikit nampak pula surau, surau nie jadi teman rattus masa join konvo2 dulu... dekat situ lah tempat soalt, bilik air surau tempat buang air...

depan surau ada gymnasium, kat gymnasium tue lah rattus main badminton, dah dekat gym tue jugak lah rattus join program MSK lepas.. belakang gym tempat makan-makan kalau pesta konvo, selalu kalau pesta konvo rattus mesti makan kat situ, stor sukan tempat pinjam alatan sukan, kena marah dengan pegawai dalam stor sukan.. mmg kenangan lah..

kat padang pula tempat program, hari eksplorasi geografi pernah buat kat padang tue, sukan rakyat, barunie program Kast 10 pun buat kat padang gak... kenangan, laluan tepi padang tempat laluan masa MSK dulu, depan tue ada bangunan canselori, kat situ first time amik kat matrik, tempat akademik rattus masukkan surat tawaran untuk intake julai baru nie dan juga tempat tanya pasal praktikum...

jalan punya jalan sampai tadahan utara dan tadahan selatan, tempat kuliah, ingat kuliah malam CE, kuliah pertama kat situ, kuliah teknologi pun kat situ, depan tue ada plak bangunan suluh budiman, tempat nie dulu adalah tempat makan vip, pernah gak makan kat situ, lepas vip makan. pergh best sgt, pas tue dewan sitc, tempat exam, tempat MSK, tempat tak limat, program2...

kat belakag tue ada dewan sri tanjung, tempat exam, sebelahnya ada bagunan pentagon, makmal ict dulu2.. dewan kuliah A dan B, tempat kuliah rattus, bangunan IPSI tempat kuliah, tempat pinjam alat ptpm surau pertama masa MSK.

pusing lagi lalu depan library, tempat yang selalu jugak rattus kunjung, pinjam buku, g derma darah dan macam2 lagi lah kat dalam library tue, sebelahnye ada auditorium, tempat rattus bertugas masa jadi skretariat MSK ambilan julai, tempat kuliah, tempat pameran poetr atmosfera. DRT tempat kuliah, pas tue ke taman arca, tempat lepak2 kalau ada kelas kat makmal. tempat tunggu lecture, makmal geografi, fizikal, gis, pnp dan kartografi.. tak dapat lupa tempat nie sebb tempat beretbut nak amek tajuk asgment. tolak2 tmepat belajar, tempat wat gis. pas tu klinik kesihtan, masuk dah berkali-kali, anta org sakit. panggung budaya, tempat tgk teater, dan juga ada kuliah sekali kat situ

komplek kuliah kebanyakkan kuliah berlaku kat situ, hep tempat mohon biasiswadulu.. banyak gak urusan kat sini, las sekali bangunan malim sarjana, tempat terletaknya fakulti sains sosial dan kemanusian, kini dah tukar fakulti sains sosial.. banyak gak jatuh bgn kat sini, kena marah lecture, staff pejabat, tunggu lecture. anta asgment... tesis... semuanye kat sini.

boleh dikatakan hampir keseluruhan tempat di dalam upsi nie rattus dah pergi.. banyak kenangan dan tak leh nak lupa langsung. dan takkan dilupakan.. terkenang saat itu masa mula2 melangkah dan menjejak kaki ke sini. dan juga saat ini kaki ini hampir melangkah pergi dari bumi bertuah yang menabur ilmu ini..

mekasih kawan, teman, sahabt, guru, staff dan semua.. kerana tanpa upsi aku mungkin tidak akan menjadi seperti diri ku ini...

kenagan ini:
hilal

Thursday, October 14, 2010

biler kena tipu...... (tipah tertipu)....

salam...

lama sudah rasanye rattus tak update paper dalam blog nie.. since kena tahan polis hari tue... takut plak nak tulis dalam blog nie... hahhaha rattus bukan per takut masuk lokap lagi.. haha alkisah tesis dah habis.. dah hantar dah pun pada pensyarah penyelia... tapi ntah lah dapat per. ngah tunggu green light dari prof untuk jilid jerk.. wakkaka

kisah kali nie plak nak berkisar tentang kawan2 di sekeliling rattus nie. nie kisah benar yerk.. jadi amek iktibar sikit.. huhuhu.. kisah nye macam nie.. adalah seorang kawan rattus nie.. dia nie sangat fanatik dengan laman web sosial nie(ayat skrip)... hahhah yer lah yang macam fb tue, ms dan twitter tue.. sgt2 fanatik lah.. malahan kalau nak kira blog pn macam laman web sosial.. cuma dia lain sikit jerk..

nak di jadikan cerita..... dia yang terlalu fanatik nie dgn laman web sosial nie sehingga tidak dapat dipisahkan sehari tak bukak rasanye tak lengkap hidup dia lah.. ish2... kesian.. erm.... pas tue.. dia chat punya chat, komen punya komen. terjatuh lah hati beliau kepada org yang ada kat dalam laman web sosial nie.... jatuh hati punya best lah.. dia cakap lelaki nie ada lah keistimewaan yang merangsang jiwa dan raga dia... yang membahagiakan dia... wuahhh.... hebat tue...

cerita nye lagi...... dorang pun kapel lah.. bukan kapal tau..... kapel nye kapel... adalah bahagia nye... sebentar jer lah tapi.. pas tue gadoh2.. hahhaha gadoh baru lah kenal siapa dia sebenar... perangai macam mana kan.. kan dah kena tipu tue lah... sebelum kenal dulu.. dak laki nie kira hebat lah.. belaja tinggi2.. keje hebat2.... ayat baik... romantik.... last2. hampeh tak kena mana..

sebenarnya tue jerk rattus nak citer.. jangan lah percaya sgt orang dekat laman web sosial nie.. tak semestinya apa yang diceritakan tue benar belaka.... cari lah yang ada depan mata... sekurang2 nye kita leh nampak apa yang diabuat kan... jangan jadi tipah tertipu yerk...

salam...

Sunday, September 26, 2010

alkisah nye TEsiS

salam....
pertama kalinya rattus menulis pasal tesis.. sebelum nie rasanya tak pernah pun rattus tulis pasal tesis.. sebb enjoy sgt.. sampai terlupa yang hidup nie ada tesis... hahaha.. kisah pada hari ini adalah berkaitan tesis... selamat membaca..

bermulanya kisah tesis rattus pada sem lepas... sem lepas kena buat proposal,... dan yang bestnye.. tajuk yang rattus nak buat sejak dari sem 3 lagi telah diterima oleh pensyarah.. wow mmg best giler.. masa tue.. rattus mmg nak buat pasal udara a.k.a atmosfera nie.. sebb mmg berkenan sgt dengan atmosfera.. haha suker2....

selepas itu terus lah proceed ke nest stage.. kena buat proposal.. a.k.a bab 1, 2 dan 3.. hahha punya lah excited sebb tajuk diterima.. tak buat rezearch lgsung pasal tajuk tue... haaa padan dengan muka.. tue lah pandai pilih tajuk tapi tak tahu cari bahan.. per lagi.. dah tak da bahan.. bergegas lah ke universiti berdekatan... g lah UKM.. cari bahan.. nasib baik jumper.. kalau tak merangkak jugak lah rattus.. wakakka

sebaik jerk dapat bahan semangat plak down.. sebb macam2 jadik kat rattus masa tue.. dengan asgment, masalah peribadi dan macam2 lagi lah.. samapai tak tahu nak settlekan mana satu... waktu tue mmg serabut giler.. saper jerk yang kacau jawapannya mmg gaduh lah.. rasanye banyak jugak rattus gaduh sem lepas.. hahhah... maafakn saya...

pas siap semua nye tnjuk dekat lecture.. akhirnye lecturer suker.. pergh.. dia cakap bagus2.... dan akhirnye untuk subjek proposal nie.. dapat lah A.. haha banggaa!!!!... best memang best.. masuk jerk cuti sem sepattnye kena buat lah apa yang aptut.. tapi sebb dah malas... suker sgt nye pasal.. lupa lagi.. huhuhuhu...

masuk sem 7 nie.. dah kena serius untuk buat benda nie.. tapi masih lagi boleh main2.. suker lah sgt... duk hu ha hu ha.. gadoh2.. kacau anak dara orang.. macam2 lah. last tak buat jugak.. sampai lah kepada minggu depan akhirnya kena jugak jumpa big boss.. alamakkkkk.... apa pun tak buat.. last2 lecturer nak data minggu nie.. ha??!!! mampusss... apa pun tak da... padan muka ganda 2... huhuh

muka dah hitam cam negro

bersama RA aku...

alat yang aku guna...



dan hari jumaat.. rattus dan kawan2 kena lah g amik data kat tepi jalan raya nun... dari 8 pg sampai lah 8 mlm.. mmg tension lah... sakit hati pun ad... namun apakan daya demi tesis tercinta.. kena lah buat... dan keputusannya.. rattus hampir berjaya nak siapkan data... huhuhuh erm.. kulit pun dah hitam cam negro jek.. haha

kereta yang malang itu....

hancur pam minyak tue...

kemalangan di depan trafik light

teruk sikit jerk...



cerita di sebalik mengambil data nie.. hari nie hari kedua rattus jadi ikan salai kena berjemur bawah matahari.. dan akhirmya rattus jadi gak orang berkulit hitam.... dan peristiwa yang tak boleh lupa.... sedang rattus mengambil data pada minit2 terakhir sebelum waktu tamat ada lah insiden di pan minyak petronas.. sebuat kereta langgar salah satu pam petrol tue.... dan satu lagi excident kat trafik light... sampai terbalik kereta.. teruk jugak lah..

akhirnye tesis nie mmg mencabar seluruh jiwa dan raga.. dan amat kejam kepada diri rattus.... hahaha nak nagis... tapi tak leh.. sebb dah penat sgt........

salam..

Wednesday, September 15, 2010

cuti raya sudah habis.... tak dapat nak beraya....

nampaknye cuti raya kali ini rattus dapat cuti kejap jerk.. tak dapat nak cuti lama2... huhu namun begitu rattus kali nie rasa bertuah sebb cuti raya kali nie dapat jalan jauh2 tambahan pula dah besar-besarkan.. jadi cuti tue sekejap jerk lah...huuh

cuti raya yang singkat nie mmg rattus manfaat kan betul2 lah kawan... beraya dekat semua rumah kawan(walau tak semua) namun dapat lah jugak beraya... haha ruamah yang penuh dengan kntroversi dan sebaginya.. namun apakan daya.. kawan dah ajak so rattus g jerk lah.. keh keh keh...

cuti pendek jerk sebb rattus kena g putrajaya pada 15 september sebb rattus nak buat passport.. nak sambung study oversea lah katakan.. huhuh jadi kena lah pendekakkan cuti nie.. kena lah buat apa yang patut kan.. takkan lah masih lagi nak bercuti berraya sana sini.. agak kecewa sebb tak dapat g umah kawan-kawan kepada kawan ratus yang rattus g tahun lepas.. tak per nnti dapat lah g balik..

erm... di kesempatan ini... rattus amek kesempatan untuk mengucapkan selamat hari malaysia..... 16 hari bulan nie hari malaysia.. jadi sama-sama lah kita menyambutnya dengan gembira... paper pun.. adios... huhuh

Friday, September 10, 2010

malam raya.....

raya sudah menjelma... mmg kebiasaannya orang mmg sangat ramai kat tempat aku.. kalau nak kata jalan bukit bintang tue pun boleh kalah ar dengan tempat rattus nie.. mmg giler arr punya ramai orang bersempit-sempit nak cari parking pun payah... rattus bukan nek kete.. nek motor jerk.. tue pu payah nak cari parking apa tah lagi kalau nek kereta mmg berasap lah tungu dalam kete tue.. nak cari parking..

bosan-bosan di malam raya.... rattus g lah melawat opah tersayang kat umah nye.. dia sedang tunggu anak-anak pulang ke rumahnye. sekelibat batang hidung pun tak nampak.. jadi mmg tak da lah balik lewat kot agaknye..  rattus temankanlah opah jap sambil sembang-sembang pasal hal dunia.. habis semua opah masuk.. terror jugak opah nie.. haha

bosan lagi di malam raya... rattus pun mmg rancang nak makan kfc.. dah berapa malam dah rattus termimpi-mimpi akan kfc yang nak makan beberapa malam lalu.. haha puas gak menunggu akhirnya malam nie dapat jugak makan kfc.. mkan dengan adik rattus kat kfc sungai besar sambil melihat pemandangan indah suasana di malam raya.. pergh giler ramai....

juadah malam raya..













bosan-bosan malam raya expo.... haha selesai jerk makan malam yang sngt2 mengenyangkan rattus mula lah berjalan kaki di expo.. nak tgk expo rattus macam mana.. pergh giler mampat.. boleh berlaga-laga ponggong ar. mmg  ramai giler.. rattus pun tak sangka sampai macam nie tempat rattus.. rasanye semua orang k.l dah bosan kot shopping kat k.l tue lah dtg ke expo nie.. yang menariknya expo nie.. malam raya ada lelong... dapat lah beli seluar mahal-mahal dengan harga murah jerk.. gerenti puas hati.. macam jual obat lah plak.. sempat gak rattus rembat seluar camel dan kasut sepasang.. puas ati ar....
suasana di expo sungai besar.. ramai giler siot...

Thursday, September 02, 2010

raya, aku, dia dan kamu...

raya...

satu perkataan yang cukup menggambarkan betapa meriah dan gembiranya suasana itu, betapa seronoknya melihat kana-kanak bergembira.. tanpa ada sebarang kekesalan, kesedihan dan sebagainya. betapa rasa hati ini merasakan ingin melonjak hingga ke hujung langit, raya juga dapat menggambarkan betapa akrabnya hubungan antara sahabat, rakan-rakan, keluarga dan juga yang tersayang.... cukup untuk menggambarkan semuanya cukup membuktikan kasih sayang itu. walau hanya sekelumit ingatan dan memori namun raya menzahirkan semuanya...

raya dan aku...

raya tahun ini sebenarnya mengajar aku erti kehidupan yang sebenarnya.. tidak lah seindah rupa.. tidak lah sesempurna ingatan... tidak lah seperti kenangan.,... mungkin terlalu banyak kenagan dan juga ingatan yang tersimpan suatu ketika dahulu.. tapi itu semua hanya tinggal kenangan.. raya tahun ini juga adalah seperti raya terakhir aku begerla sebagai mahasiswa.. mungkin kerana aku telah sampai ke penghujung perjuangan.. banyak kenangan aku selama aku di upsi ini.. setiap detik itu seperti menari-nari di ingatan aku. raya tahun ini juga memberikan aku sedikit pengajaran... jangan percaya kepada janji dan menharapkan ia ditunaikan..

raya dan dia..

dia telah membrikan aku sedikit sinar dalam hidup aku untuk terus berseri.. walaupun aku pernah melalui saat dilema dalam menentukan masa depan aku, namun di sebalik semua itu, dia yang memahami dan memnberikan aku sedikit pengharapan dan juga sesuatu untuk menenangkan dan membantu di dalam membuat dan memilih jalan kehidupan. dia juga yang telah menemani aku di saat waktu sukar aku, walau pun dia tidak dapat menyumbang apa-apa.. cukuplah sekadar dia memahami keadaan aku dan juga kesulitan yang aku alami.... raya ini juga telah memberikan aku kesempatan untuk menyambut bersama-sama dengan dia..

raya dan kamu...

kamu kawan-kawan yang paling sempurna dalam hidup, walau aku mengerti aku tidak punya ramai kawan, namun kamu telah memberikan aku kesempurnaan hidup di saat2 akhir aku begelar mahasiswa.. kawan-kwan yang ramai yang banyak mengisi masa terluang aku, amat aku hargai.. detik-detik hampir raya aku semakin akrab dengan kawan-kawan aku.. bella yang sentiasa menjadi mangsa gurauan dan juga teman sembang-sembang menjadi teman yang agak rapat..., rexco-rexco yang menemani aku bekerja dan memberikan semangat... teman-teman lama yang kembali rapat dan sebagainya... hakikatnya kamu semua mmg terbaik.. tidak lupa juga teman-teman seperjuangan semasa sekolah dulu raya ini akan memberikan seribu makna kepada perjuangan kita yang terdahulu..

akhir sekali...

kepada dia dan kamu.. aku mohon ampun dan maaf,,, ikhlas dari setiap inci ruangan hati ini... aku sangat menghargai kalian semua,... kenangan ini akan ku simpan jauh di lubuk hati supaya tidak akan dilupakan..

salam aidlfitri maaf zahir dan batin....

Wednesday, September 01, 2010

handphone hilang

........................................................................................

sedih..

kecewa....

sakit hati...

geram..

kepada yang mengenali zahilal zahari

buat masa terdekat nie tak pakai num maxis

sebab...

handphone hilang...

nak contact..

contact celcom jerk yerk..

harap maklum...

..............................................................................................................

Monday, August 30, 2010

khas untuk seseorang (1 januari 2010)

salam...

hari nie entry nie ditujukan kepada kawan rattus, mungkin kawan yang terbaik. mungkin sahabat.. mungkin jugak seseorang yang rapat dengan rattus.. entry nie khas untuk dia jerk.... baiklah rattus nak tukar kata ganti diri ar.. sebb nie entry khas kan..

awak, selamat menyambut ramadhan.. mungkin pernah diucapakan kepada awal2 ramadhan dulu, tapi kini nak ucap sekali lagi takut nie adalah ramdhan terakhir saya... entah mungkin tidak akan bertemu lagi ker dan ntah mungkin tidak dapat mengucapkan salam ramadhan ker... ini adalah ucapan khas untuk dirimu. moga ramadhan ini memberikan sinar bahagia untuk dirimu

awak.... hari nie dah masuk 20 hari kita berpuasa... dan dah rasanye dah dekat 2 minggu kita tidak bertegur sapa.. jauh dari diri masing... dan tak da kesempatan langsung untuk bercakap apatah lagi mengetahui tentang diri masing2 kan.. mungkin sebb masing2 ego dan cuba untuk mempertahankan diri sendiri dan cuba untuk menegangkan benang yang basah..

awak.... ramadhan nie mengajar saya berbagai erti kehidupan, walau kita tak pernah bergaduh di depan mata.. tapi rasa hangat membara keadaan itu, rasa macam saya menimpan satu musuh dalam diri ini. namun di kesempatan ini, mungkin sesuatu telah menyedarkan saya dengan peristiwa hari ini, betapa penting nye hidup bersaudara dan betapa penting untuk saling berhubungan antara manusia. tambahan pula awak adalah orang yang paling rapat dengan saya suatu ketika dulu..

awak... mungkin satu ketika dulu ketika megharungi perjalanan hidup ini ada perubahan yang tidak dapat diterima sama ada awak atau saya... namun begitu semua perubahan itu telah terjadi dan masing-masing telah memilih haluan masing2. mungkin tidak akan bertembung lagi dan mungkin tidak akan bersemuka lagi. bukan saya mahu putuskan tali persaudaraan antara awak dengan saya.. tapi itulah yang telah terjadi kini..

awak..... masa telah menemukan kita dan masa juga telah memisahkan kita. namun begitu jauh di sudut hati saya, saya tidak mahukan hubungan yang telah dicipta ini tamat begitu sahaja,.. di kesempatan ini, selagi diri ini bernafas, saya mohon ampun dan maaf atas segala kesilapan yang pernah saya lakukan dan yang tidak pernah saya lakukan dan segalanya. halalkan segalanya.. awak jagalah diri awak sebaiknya.... kalau hubungan ini masih ingin diteruskan.. mungkin salah seorang perlu tamatkan egonya....dan saya rasa saya cuba merendahkan ego ini untuk tidak memtuskan apa yang telah dimulakan....

wasalam,

daripada
saya.....

Sunday, August 29, 2010

janji manis

janji??

satu kata-kata yang keluar dari mult

mulut yang mempunyai lidah yang tidak bertulang

mulut yang tidak punya rasa

mulut yang berkata dengan maha hebatnya...

mulut itu yang berjanji manis...

dia lah segalanya

dia lah hidup dan mati ku

dia lah yang mengajar segalanya

erti kehidupan ini...

dia lah yang terbaik..

dia, dia dan dia....

semuanya dia...

tiu satu ketika dulu..

kini semua tue hanya janji manis...

ketika nak dulu, melutut merayu...

tak malu dan sebagainya...

biler dah tak nak..

dibuang seperti sampah...

saper yang memtuskan jalinan yang telah ada....

saper yang membawa diri pergi...

berbagai janji manis ditabur..

tapi semunanya sia-sia sajer...

tapi nak buat macam..

manusia berpegang pada janji..

dan akan dituntut kemudian hari...

sedarlah manusia itu...

kalau tak boleh mengotakan janji...

jangan berjanji kepada orang...

kerana janji tue adalah ikatan....

sedar lah manusia itu.......

Stacy - Jahat with Lyric

Monday, August 23, 2010

sia-sia nye keje (fb)

salam..

hari nie rattus agak nak tergelak...

sebb ada somethng yang buat rattus rasa lucu...

ada seorang kawan rattus...

dulu dia agak rapat lah..

macam dah 22 tahun kenal lah katanya...

tapi yang lawak nya..

baru2 nie dia buat fb baru...

tapi dia block rattus....

macam lah rattus nie tak tahu...

tapi yang best nye...

dia boleh add kawan2 rattus...

tak keje lawak tue....

hahahha..

just wat keje sia-sia....

pas tue siap letak gambar dgn bf dia...

yang pakwe dia...

tak da keje.....

nak citer apa yang dia buat dgn kawan rattus...

tak ker lawak...

balik dari k.l naik kete lah.. romantik lah...

rattuss sikit pun tak kisah..

rasanye tak perlu cite pun kot...

malu rattus ada yang tak matang macam tue...

salam..

sia-sia nye keje (fb)

salam..

hari nie rattus agak nak tergelak...

sebb ada somethng yang buat rattus rasa lucu...

ada seorang kawan rattus...

dulu dia agak rapat lah..

macam dah 22 tahun kenal lah katanya...

tapi yang lawak nya..

baru2 nie dia buat fb baru...

tapi dia block rattus....

macam lah rattus nie tak tahu...

tapi yang best nye...

dia boleh add kawan2 rattus...

tak keje lawak tue....

hahahha..

just wat keje sia-sia....

pas tue siap letak gambar dgn bf dia...

yang pakwe dia...

tak da keje.....

nak citer apa yang dia buat dgn kawan rattus...

tak ker lawak...

balik dari k.l naik kete lah.. romantik lah...

rattuss sikit pun tak kisah..

rasanye tak perlu cite pun kot...

malu rattus ada yang tak matang macam tue...

salam..