3 hari kat kg..
LINK-LINK HEBAT
Monday, August 31, 2009
DI KAMPUNG
3 hari kat kg..
Thursday, August 27, 2009
Tikar punya pasal....
assslamualaikum..
hari ini adalah hari mengejar asgment.. haha nama jerk kejar asgment tapi tak kejar pun sbb kete kuda aku rosak.. jadi tak kejar. duk melepak kat bilik akademik dan buat asgment sikit. buat punya buat dapat lah 3 page asgment hari nie.. sikit betul tapi nak karang tue yang susah tue. huhuh, sambil tue pagi2 lagi exco aku si fie tue anta msj nak pinjam motor nak g survey harga tikar getah katanya.
ini lah permulaan cerita. tepat jam 11.20 pagi si fie exco aku yang sorang nie dtg bilik akademik amik kunci, nak g survey, aku pun bg lah kunci, pas tue g ukur plak bilik diskusi berapa besar. on da way nak g nie aku jumpa budak koz merangkap kawan aku. cewah.. dia ngan partner dia ngah wat asgmnet. aku duk ngaco kat situ sambil melihat wanita-wanita khar berlalu lalang..
lepas lepak kat situ lebih kurang, aku pun bergerak lah ke bilik akademik sbb budak yang bertugas tue habis tugas kul 12, baik gila aku nie. tak lama aku duduk, exco aku sampai. dalam hati aku, cepat gila budak perempuan nie bawak motor. bermonolog sendirian. huhu dia dtg2 dia cakap dgn aku tikar getah tue segulung RM5.50. pergh aku cakap murah gila, boleh beli 10 gulung tue... memang terkejut.
dipendekakkan citer, dia ajak aku g amik tikar tue kul 5.30, last2 hujan punya lah lebat nak bergerak pun payah. dia ajak aku redah hujan kul 6. ada ker patut, tapi aku tak kisah pun dah lama tak main hujan tue, aku pikir dia tue pompuan kang paper jadi meredah hujan kang, aku plak yang bertggjwb.. susah nak kena jaga adik-adik nie..
denagan rasa penuh tggjwab aku ajak lah pit dgn menggunakan kete ben untuk ke pekan beli tikar tue. sampai jerk kat pekan tue aku dgn fie masuk dalam kedai tue, tanya punya tanya ruapanya bukan segulung rm 5.50 tetapi semeter rm 5.50 segulung dekat rm180 jugak lah. last-lasat aku dgn fie decide beli untuk sebilik jerk
tue pun dah RM 43.... tergelak jugak lah kitaorang mengenangkan tikar tue...
moral of the story, lain kali kalau survey tue, suvey betul2 jgn main redah jerk....
wasalam...
Wednesday, August 26, 2009
KITAORANG
assalamualikum..
hari nie aku bertugas dgn seorang budak rexco nie.. nama dia ellie @bubu. bertugas jaga bilik akadmeik. maklum lah tugas aku kan, jadi aku jaga lah bilik tue. sebelum tue aku dah duk melepak kat bilik akademik tue buat asgment. bajet rajin..
aku wat asgment tue dgn nisa' partner aku untuk asgment tue. penat gak memulun untuk siapkan asgment tue. duk sebuk2 wat asgment sampai kul 2. mata pun dah berat aku pun naik lah tido
dalam kul 4 aku bertugas. tunggu si ellie lambat sgt. aku wat apa yang ptt. sampai jerk budak muncung tue. apalagi, macam2 lah aku bahan. budak nie mmg aku suka bahan. buat dia tension sikit. tapi tak tension2 gak. dalam kul 5 aku blah g kuo untuk beli lauk berbuka. tak lama aku beli dalam 15 minit jerk.
pas aku beli lauk tue. tetibe ada budak nama farid rexco gak duk melepak dgn kitaorang nyembang lah, aku wat sesi perkenalan antara dia dgn ellie. seronok aku tgk si farid tue. mula-mula dia malu-malu gak pas tue biasa jerk. yang best nye, dia nyembang dgn ellie dia tanya macam-macam tue, macam terpikat jerk dgn si ellie tue.
semua lah dia tanya dari umur, berapa ramai budak tesl, sekolah mana, tinggal kat mana. macam polis siut. terkejut aku melihat nye. pas tue si ellie cover baik punya. siap bahasa diri ellie, bahas diri dgn farid tue kitaorang. pergh first time tgk ellie cover baik nye. aku mmg nak tergelak lah.
macam tue rupanya mencaover diri dari orang yang kita tak kenal yerk. aku belajar somethng dari "bumu"..
hehehe
assalamualaikum...
Tuesday, August 25, 2009
BEZA ANTARA CINTA SAYANG, MINAT DAN SUKA
Beza Cinta, Sayang, Minat Dan Suka
Cinta - Kita memang mengharapkan dia menjadi milik kita. Segala apa yang kita buat, kalau buleh nak dia tahu.. dan kita sebuleh mungkin tak nak sakitkan hati dia. kita akan sentiasa berfikir tentang dirinya. (dalam erti lain : cinta di tujukan kepada seseorang yg kita selalu ingat dan mimpi.. Tanpanya kita akan rasa sunyi dan kita cintakan sepenuh jiwa dengan hati yg ikhlas kepadanya walaupun dia buat tak tau je)
Sayang - Kita memerlukan dia di masa kita mahukan seseorang untuk berkongsi rahsia dan kisah duka kita. selalunya kita akan sayangkan seseorang yang menjadi TELINGA kepada masalah kita. (dalam erti lain : sayang di tujukan kepada seseorang yang boleh membuangkan masa dia untuk mendengar dan memeningkan kepalanya dgn masalah kita dan kita jugak boleh menyakitkan hati dia kerana kita bukannya cinta kepadanya)
Suka - Kita sukakan dia kerana dia kelakar. Dia happy-go-lucky. Bila bersama dengan dia, kita rasa nak tergelak sampai nak pecah perut. Tapi, kita taklah rindu sangat kat dia bila tak berjumpa seminggu…(dalam erti lain : suka di tujukan kepada seseorang yang boleh menjadi pelawak kepada kita. Kita akan suruh dia diam sekirangnya keng kita dah nak pecah…)
Minat - Apa sesuatu pada dirinya yang menarik kita untuk mendekatinya.(dalam erti lain : minat ditujukan kepada seseorang yang ada sifat, peribadi atau barang yang kita mahukan… )
Tetapi kita kena ingat bahawa tanpa minat , suka dan sayang kita tidak akan CINTA pada seseorang itu…
JANGAN LUPA NILAI HUBUNGAN DIRI SENDIRI DGN ORANG LAIN SAMA ADA KITA MINAT, SUKA, SAYANG ATAU CINTA KEPADA DIA..
SITUASI LELAKI YANG PEREMPUAN HARUS FAHAM
2. Bila si dia ego... ... . Jangan sesekali kamu mempersoalkan tentang keegoan bila sikap sebegini sedang menguasai dirinya. Lelaki amat payah utk mengakui dirinya ego sebaliknya berpendapat ianya ketegasan.
3. Bila si dia romantik... ... .. Ajaklah si dia bersiar-siar di tepi pantai ataupun makan malam di bawah cahaya lilin sambil mengenangi saat-saat manis pertemuan pertama dan jgn lupa selit sekali perancangan utk masa depan bersama.
4. Bila si dia panas baran... ... .. Jgn membuat sesuatu yg boleh menyemarakkan lagi perasaan marahnya. Cuba kamu berdiam diri dulu sampai kemarahan reda.
5. Bila si dia penat... ... . Jgn mengadu perkara ataupun bercerita ttg hal yg remeh. Dalam saat sebegini si dia hanya perlu rehat yg secukupnya dan jgn memaksa dia membuat sesuatu yg boleh menambah kepenatan.
6. Bila si dia pentingkan diri sendiri... ... ... Cuba berterus-terang dan meluahkan rasa tidak puas hati kamu tentang sikapnya itu. Kamu patut bersikap terbuka dan memintanya supaya mengimbangi pendapat kamu juga. Jgn lupa utk bertoleransi antara satu sama lain.
7. Bila si dia mengongkong... .. Kalau kamu memberontak, pasti akan dimarahinya. Tapi kalau menurut saja katanya takut menjejaskan diri sendiri. Utk itu, kamu perlu berkata padanya utk membiarkan kamu membuat keputusan sendiri asalkan tidak menjejas hubungan kamu berdua.
8. Bila si dia selamba... ... . Cuba tarik perhatian si dia. Contohnya membuat sesuatu yg boleh menarik minatnya. Orang yg selamba ini selalunya ingin kita yg memulakan dahulu. Oleh sebab itu, kamu patut merancang sesuatu bagaimana utk menarik perhatiannya.
9. Bila si dia curang... .. Jgn tuduh tanpa usul periksa. Jika benar si dia curang, bersemuka dan tanya dengan si dia mengapa bersikap begitu. Tapi kalau si dia tetap dengan keputusannya, eloklah kamu sendiri yg berundur dulu sebelum makin parah kelukaan hati.
10. Bila si dia lurus bendul... ... Memang kamu boleh mengambil kesempatan ke atas dirinya tetapi jgn sampai memperlekehkan setiap tindak tanduknya. Kamu patut menjadi perangsang padanya dan mengatakan yg si dia mampu membuat keputusan sendiri tanpa mengharapkan org lain sangat
Saturday, August 22, 2009
kertas-kekasih tak dianggap
aku mentari tapi tak menghangatkanmu
aku pelangi tak memberi warna di hidupmu
aku sang bulan tak menerangi malammu
aku lah bintang yg hilang ditelan kegelapan
selalu itu yg kau ucapkan padaku
reff:
sebagai kekasih yang tak dianggap
aku hanya bisa mencoba mengalah
menahan setiap amarah
aku sang bulan tak menerangi malammu
aku lah bintang yg hilang ditelan kegelapan
repeat reff
sebagai kekasih yang tak dianggap
aku hanya bisa mencoba bersabar
ku yakin kau kan berubah
repeat reff
PEREMPUAN ITU....
perempuan ada banyak jenis, perempuan yang dihormati, disayangi, dibenci,didampingi,didekati dan sebagainya. perempuan yang dihormati seperti ibu, disayngi kekasih, adikberadik, dibenci perempuan yang menjengkelkan, didampingi yang ramah, didekati yang mesra dan cantik. itu definisi dan kategori perempuan yang aku boleh kelaskan. banyak lagi yang mungkin yang akan ditafsirkan oleh orang lain..
tetapi adasatu perkara yang semua lelaki tidak akan tahu sampai biler-biler. sbb bagi aku sebagai seorang lelaki apa yang perempuan inginkan sebenarnya?? sampai ke hari ini detik dan tika saat ini genap umur aku 22 tahun 3 bulan dan 18 hari. aku masih tidak dapat tahu apa yang seorang permpuan inginkan. mungkin bukan segalanya boleh lelaki berikan tetapi kemahuan seorang perempuan melepasi segala apa yang terjangkau oleh akal.
kenapa perempuan?kenapa perlu menyusahkan hati seorang lelaki. bagi aku mungkin lelaki tak banyak kerenah. biasa la lelaki bersifat protektif jadi pelbagai dia dia akan tanya. tapi kenapa susah untuk digahami. betul kata orang seroang lelaki hanya lelaki sahaja yang tahu. begitu juga perempuan.
sampai bila lah aku akan mengetahui apa yang dikehendaki oleh seorang perempuan. setelah sekian lama aku berkawan dgn macam jenis orang terutamanya perempuan, yang bongsu, yang sulung, yang manja, yang degil. yang keras kepala, yang lemah lembut, yang cantik, yang hodoh. rasanya hampir semua aku kawan, tetapi masih belum ada lagi yang aku faham.
mungkin tidak sampai bila2... maca langit dan bumi
tidak akan faham antara satu sama lain..
wasalam.
Friday, August 21, 2009
HILAL (anak bulan/bulan sabit)
hari nie adalah 21 hb ogos 2009.. sehari lagi sebelum semua umat islam menyambut bulan yang mulia iaitu bulan ramadahan... pada bulan ini lah semua mengejar pahala dan juga melakukan kebaikan.pada bulan ini semua ibadah dilipat gandakan pahalanya. betapa bertuah. tetapi bukan biler tiba bulan nie jerk semua nak buat baik...baik tue biar ikhlas. dan bukan semata untuk mengejar sesuatu.
setiap kali tiba bulan ramadhan dan juga bulan syawal mesti aku ingat something. ingat kan nama aku yang indah ini. betapa beruntung nya abah aku letak nama zahilal. logiknya nama aku adalah hilal dan za tue lebih kurang macam nama family. sebb nama abah aku zahari nama arwah atok aku zakaria. abah aku anak sulung jadi dapat lah za tue. aku plak anak sulung tue yang dapat za jugak. za+hilal= zahilal...
berbalik pada nama aku. menurut sumber yang boleh dipercayai hilal memberi makna anak bulan atau bulan sabit. jadi bila orang ahli falak tue nak tgk anak bulan. mesti aku ingat akan diri aku. bertapa unik nama aku ini. sbb peristiwa penting macam nie mesti orang semua tak sabar kemunculan aku. hahah. itu lah keunikan nama aku. walau pun pendek sebenarnya adalah sesutau yang ditunggu oleh setiap umat islam. bukan sahaja di Malaysia bahkan di seluruh dunia..
puasa hampir tiba. besok semua akan berpuasa. bertapa gembiranya.. biler bulan puasa nie semuanya terasa lapang. ntah lah kan kenapa ntah. tahun nie masuk kali ketiga aku berpuasa di kolej. mula2 dulu masa sem 1. perit jugak masa sem 1. maknan tak terurus, sahur dgn berbuka pun ntah macam apa ntah, selalu jugak dulu balik kg. teringin roti jhon kat kg.
tapi tue semua mas asem 1 lah. skang nie dah sem 5 dah. dah biasa dah makan macam tue. malam nie bermulalah detik episod aku bersahur dgn sardin kot. kalau rajin nak masak. hahah.
di kesempatan ini aku nak minta maaf dan juga mengucapkan selamat berpuasa kepada semua yang membaca blog aku nie. harap-harap ibadah kita pada bulan ini diterima Illahi...
wasalam...
Thursday, August 20, 2009
BLOG YANG TELAH JADI SARANG
setelah sekian lama aku meninggalkan raungan untuk menulis blog nie akhirnya aku kembali dalam dunia blog.. aku dah agak lama ketandusan idea untuk menulis blog sebenarnya. tetapi hari ni aku gagahi juga untuk menulis apa-apa jer yang ada di dalam blog nie.
Cetusan idea untuk aku kembali ke dalam dunia blog ni adalah daripada budak2 junior yang sama-sama menjadi rexco akademik dan kerjaya di khar(kolej tempat aku tinggal). aku tgk budak2 nie rajin sgt untuk menulis di dalam blog. macam2 yang dorang tulis. rajin betul.
hari ni aku nak cerita sesuatu yang terjadi pada aku selepas aku masuk semula untuk menyambung pengajian. sem nie aku merasakan kemalasan yang melanda pada diri aku amat ketara sekali. tugasan yang diberikan aku buat lambat-lambat. aku tak tahu kenapa lah aku boeh jadi macam nie. pening aku.
baru bab tugasan tue. kemudian plak aku join rexco plak. memang seronok join rexco nie. sbb dari dulu lagi aku mmg nak join rexco. alhamdullilah kali nie aku dapat gak jadi rexco. masuk kali nie tahun kedua aku join rexco. masa sem 1 aku tak berpeluang untuk join rexco sbb tak terpilih. sem 3 baru aku dapat jadi. masa tue portfolio aku adalah naib S/U untuk biro kebajikan dan kemasyarakatan. dan skang aku memegang portfolio sebagai pengurus rexco akademik dan kerjaya. harap aku dapat memikul tugas yang diberikan oleh exco aku.
bukan shaja aku join rexco khar... aku juga merupakan rexco mpp. masuk jerk sem aku dah rasa pasti aku kena jaga gerai konvo lagi. memang betul jangkaan aku. aku kena uruskan gerai konvo dan juga rexco yang lain. penat memang penat. seminggu aku bertungkus lumus. sampai demam dan sakit-sakit badan meniaga kat konvo. tapi pulangan mmg memberangsangkan. dan aku rasa mungkin ini tugasan terakhir aku sebagai rexco mpp. setelah 2 tahun jugak aku berkhidmat sbg rexco mpp. selamat tinggal. tapi aku takkan lupakan semua kenangan bersama mereka.
sem nie juga sem yang mencabar bagi aku. persatuan geografi upsi telah melakukan AGM baru-baru nie. nama aku tercalon sebanyak 3 kali. kali prtama sebagai presiden dan aku kalah dengan jabbar, kali kedua nama aku tercalon sekali lagi sebagai exco akademik tapi lagi sekali aku dikalahkan, dan kali ke-3 nama aku dicalonkan sebagai exco pengurusan majlis. dan aku kalah jugak. terkilan jugak sikit, tapi aku yakin ada himah nye. sbb aku berazam untuk sem 7 tidak mmgang apa-apa jawatn. dan rasanya itu lah himahnye kot.
panjang jugak aku tulis kali nie. tajuk kat atas tue sebenarnya tak da kene mengena dgn apa yang aku nak tulis.tujuannnya nak tunjukkan yang aku memang dah lama tak tulis blog tue jerk.
sesape yang baca nie. baca jerk lah yerk. aku memang suka merapu..
wasalam......