LINK-LINK HEBAT

Monday, October 19, 2009

ADAKAH INI SAHABAT ATAU CINTA....


18 okt 2009
Hari ahad hari yang indah lagi menggembirakan bagi semua orang.. hari di mana pada waktu ini kita semua boleh berehat-rehat sambil meluangkan masa bersama keluarga.. tetapi aku di pagi ahad.. menjadi cleaner untuk membersihkan rumah aku yang banjir. Dilanda taufan malam tadi... maklumlah rumah tgh renovate. Sedih aku malam tadi tidor ditemani dgn air hujan..
Tetapi aku redha. Benda nie dugaan untuk aku sebelum tiba aku memasuki rumah baru aku yang sedang dibina. Tak lama pas tue, aku bersiap untuk pulang kembali ke rumah belajar ku, UPSI.. tiba jerk kat kolej, aku terus g bilik akademik.. sajer nak tgk saper yang bertugas. Pas tue duk sembang2 jap then baru naik atas, letak barang.
Tak sampai 5 minit aku turun bawah balik untuk buat keje kat bilik akademik nie. Mula-mula bosan. Pas tue semakin ramai dalam bilik akademik nie.. tak lama pas tue.. seorang budak perempuan.. jeng3. Dtg duk sebelah aku, mula2 terkejut.. ingatkan aweks... rupanya... aweks pada P... siapa P tak siapa yang tahu hanya aku dan budak perempuan itu jerk yang tahu.
Al kisah tentang P.. aku nie kira pandai gak lah wat teori orang bercinta nie... pas tue terkena plak dekat budak pompuan nie. Aku gelar budak pompuan nie dgn huruf B. P nie kenal B beberapa hari yang lalu, di dalam satu majlis, aku dengan B nie kira ok jugak lah. Selepas itu, P nie minta num phone B, nasib aku ada, jadi aku bagi lah..
Bermula detik perkenalan B dgn P, bila P mula msj dgn B, mula-mula si P nie minta num phone B nie dgn alasan nak minta gambar, tetapi terkantoi di situ biler dia bukan nye nak minta gambar, ada agenda lain yang si P nie nak buat. (apa yerk?)
Disini bermula lah teori aku, aku dengan yakinnya menyatakan padaB yang si P tue nak kat dia, berlandaskan beberapa bukti
1.       Dia minta num phone tue bagi alasan tak munasabah
2.       Baru kenal 2 hari dah ajak kuar makan
3.       Baru kenal 3 hari dah ajak g UKM (jauh tue bukan kawasan setempat)
4.       Yang keempat semua tentang diri B dia nak tahu (birthday,single @ x, etc..)
Jadi berlandaskan bukti2 ini lah aku tekan teori yang mengatakan si P ini meminati si B.. tapi si B tak percaya. Buktinya pada hari ini. 18 okt 2009. Hari yang aku menggatal sesuka hati membelek hp si B dan nak tahu apa aku jumpe???? Susah nak teka... panggilan mereka kini sudah berubah kepada “abng &syg”.. wow within 4 days segalanya berubah.. jadi kepada pembaca..  agak2 teori aku tue betul ker salah??
p/s: Bumi berubah kerana manusia, inikan manusia yang menduduki di atas muka bumi ini.....

5 comments:

  1. untitle yer entry nie..
    hehehehe
    xper laa.
    mb dorg juz nk kwn jer kot..

    ReplyDelete
  2. ada kawan perilaku nye begitu??
    kalau kawan mungkin ada cara untuk berkawan...

    ReplyDelete
  3. ada kawan perilaku nye begitu??
    kalau kawan mungkin ada cara untuk berkawan...

    ReplyDelete
  4. depend pde msg2 laa...
    hehe
    msg2 ader cre kn..

    ReplyDelete
  5. ok..
    kalau itu yang diperkatakan...

    ReplyDelete