assalam..
lama sudah saya tidak bertandang di blog ini.. sekian lama menyepi... bebanan dengan tugas, dan juga beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan.. walaupun jawatan yang diberikan adalah sekadar GURU INTERIM... namun masih terlalu banyak perkara yang kurang jelas dan semakin pudar di kala ingin mencari satu kepastian...
sistem pendidikan di malaysia kini nampaknya semakin maju dan bertambah maju.. laju kehadapan dan semakin banyak dasar2 kerajaan yang semakin penat untuk dilaksanakan.. hampir setiap bulan ada sahaja dasar kerajaan untuk MENTRANFORMASIKAN pendidikan kita.. namun apa yang dijangka menjadi kaedah atau cara yang terbaik masih lagi terumbang ambing. dek pukulan ombak kejutan yang tidak dapat diterima oleh para guru..
sepanjang saya disekolah SMK TAMAN MEDAN tempat saya berkhidmat dan berkongsi pengalaman dan juga ilmuan dengan para pendidik SENIOR.. ternyata apa yang dikatakan atau apa yang diwarwarkan bahawa sekolah adalah tempat untuk menimba ilmu ternyata meleset belaka.. tugas guru yang sebenar adalah mendidik.. kini telah DITRANSFORMASIKAN sebagai mengajar.. adakah ini yang dihasratkan oleh kerajaan dan juga para guru??? tepuk dada tanya selera...
hakikat sebenarnya.. apa yang direncanakan oleh kerajaan hanya dapat dilakukan pada dasar sahaja... tidak mungkin dapat dilakukan secara menyeluruh.. berbeza dengan zaman kita, mak atau ayah kita dahulu.. segalanya berpaksikan kepada PENDIDIKAN iaitu mendidik.. tapi kini kepada PELAJARAN.. iaitu mengajar.. mana perginya kaedah dan cara untuk mencapai FPK iaitu seimbang dari segi JERI nya... langsung tidak dapat dipraktikan.
salah siapa?? guru atau pun pelajar, pentadbir atau pengurusan, pihak atasan mahupun pihak bawahan... tiada siapa yang mampu untuk berusara untuk menyalahkan diri.. mahupun menyalahkan org lain.. benar seperti apa yang dikatakan oleh para GURU SENIOR bahawasanya kerjaya guru ini adalah yang kedua terpatuh selepas tentera.. ikut arahan dan lakukan arahan yang diberikan dan jangan banyak soal.. persoalannya apakah yang diikut tue dapat membantu anak bangsa kita??
renungkan2 lah.. ramai di antara kita yang keluar dari IPTA atau IPGM berhasrat murni untuk mendidik anak bangsa sepaya menjadi manusia yang penuh dengan didikan... namun kekangan dari pelbagai pihak menjadikan kita seperti keldai yang dicucuk hidungnya untuk mengikut arahan....
08 FEBRUARI 2012
11.07 a.m
sang pendidik....
No comments:
Post a Comment