LINK-LINK HEBAT

Monday, February 13, 2012

bukan sekadar mengajar.... (kerjaya seorang guru biasa)

assalam..

hari nie hari pertama sekolah dalam minggu ketujuh... banyak gak cas-cas negatif yang melanda diri untuk pergi sekolah... bangun pagi pun malas.. hahahaha apakan daya.. demi tanggungjawab yang telah diberikan serta amanah yang telah digalas semasa mendaftar ke SMKTM nie... maka aku gagahi juga langkah kaki ini untuk pergi sekolah.. tambah-tambah hari nie aku ada kelas geografi.. lagi bersemangat lah aku nak ngajar...

sampai jer disekolah terus perhimpunan biasa lah hari isnin... tapi baru aku sedari hari ni ada anugerah untuk belajar yang cemerlang dalam beberapa aktiviti yang telah diadakan... sedang kyusuk mendengar penyampaian hadiah nie.. aku terpandang ke sekitar nie.. ramai gak cikgu yang bertungkus lumus sana sini..

terpandang aku seorang guru yang memgang kamera, guru yang baru saja pulang menghantar pelajar untuk ke latihan sukan, guru yang sibuk2 dengan alat2 mixer, guru yang sibuk susun hadiah, guru yang sibuk jadi pengacara.. maka terus terdetik di hati aku rupanya guru nie bukan sekadar mengajar sahaja...

dari apa yang aku lihat rupanye guru nie ada macam2 kerja yang perlu dibuat, bukan sekadar masuk kelas dan terus ajar dan membimbing banyak lagi kerja2 lain yang perlu dibuat... di mata masyarakat guru nie g sekolah ngajar, balik sekolah tido, time budak cuti guru pun cuti, hakikat sebenarnya, guru nie bekerja hampir 24 jam sehari tanpa henti... bukannya masuk kul 7 balik kul 1.... tapi dah balik rumah pun keje seorang guru itu masih belum tamat...

tidak percaya dengan penytaan aku? waktu balik mmg pukul 1, namun tugas2 lain yang perlu dibuat kena stayback lah. nak jadi penyanyi untuk koir, latihan rumah sukan, training budak bahas, pertandingan itu dan ini, mesyuarat, sambung plak keje di rumah, tanda buku latihan, pelajar dtg rumah tanya perkara yang tidak faham, pelajar telefon untuk tanya pendapat nasihat dan bimbingan. kadang masa nak tido pun ada yang menghubungi... betapa sebuknya tugas seorang guru...

guru bukan sekadar mengajar, malahan membuat kerja2 lain yang tidak dilihat oleh masyarakat luar... hargai apa yang telah diberikan oleh guru, hormati lah diri nya.. guru tiada galang ganti, jasa mu kekal abadi....

SEORANG GURU BIASA

1. Menulis rancangan mengajar
2. Menanda kedatangan murid/pelajar
3. Menanda buku kerja murid. 1 murid = 3 buah buku 1 kelas = 45 orang murid Jumlah Buku bagi 1 kelas = 135 Buah buku Seorang guru akan mengajar sekurang-kurangnya 5 kelas > 5 X 135 = 675 Buah buku.
4. Menghadiri/ mengendalikan pelbagai jenis mesyuarat - Mesyuarat JKK sekolah - Mesyuarat Guru - Mesyuarat Sukan - Mesyuarat Panitia seorang guru mungkin ada 2 panitia - Mesyuarat PIBG - Mesyuarat Kelab Guru - Mesyuarat Kokurikulum - Mesyuarat Program lebih dari 6 program anjuran sekolah Hari Guru Maulidur Rasul Maal Hijrah Kemerdekaan Bulan Bahasa Hari Anugerah Sekolah Selamat
 5. Aktiviti kokurikulum, kadang-kadang seorang guru bertanggungjawab terhadap 2 unit - Perjumpaan unit uniform kekadang hadir Sabtu - Perjumpaan permainan tambah untuk pertandingan pulak - Perjumpaan persatuan / kelab - Latihan rumah sukan setiap minggu
6. Menghadiri pelbagai jenis kursus dalaman / luaran
7. Mengisi pelbagai jenis borang. Borang keluar masuk & buku keluar masuk Borang emis / hrmis/ label Buku Hadir Kursus / balik dari kursus Borang Fleksi PMR / SPM Borang kehadiran murid ke kelas fleksi Buku Pemantauan / salah laku murid Buku catatan relief guru Buku tugasan mingguan Laporan mingguan Laporan keceriaan Borang menghantar dan mengambil kertas peperiksaan selepas mengawas peperiksaan Buku Kokurikulum murid Borang permarkahan kokurikulum
7. Menghantar murid ke Klinik
8. Mengisi maklumat murid di dalam file peribadi
9. Menceriakan bilik darjah selalunya duit poket sendiri
10. Mengisi markah ujian/ peperiksaan
11. Mengisi data murid SMM
12. Menangani masalah disiplin murid / pelajar
13. memasukkan data disiplin di dalam e-disiplin
14. Melayani karenah Ibu Bapa / penjaga
15. Mengecat sekolah
16. Membersihkan bilik / stor / bilik khas
17. Menganjurkan program-program wajib (Hari terbuka dsb)
18. Menyiapkan program Head Counting
19. Melaksanakan pelan tindakan PPD, JPN (seperti KIA2M, etc)
20 Menyiapkan file gerko, persatuan, kelab dan sebagainya
21. Menghantar murid ke pertandingan atau kejohanan
22. Mengendali masalah / kebajikan murid
23. Menunggu semua murid pulang sebelum guru pulang.
24. Mengadakan kelas tambahan, kelas intensif dan sebagainya
25. Menyediakan Bahan Bantu Mengajar (BBM)
26. Berniaga (jualan hari kantin, etc)
27. Menjaga kebajikan murid / ke rumah murid bermasalah
28. Bekerja lebih masa (menyiapkan pentas, backdrop, banner dsb)
29. Menyediakan kertas peperiksaan / ujian
30. Menanda kertas peperiksaan / ujian. 1 subjek 2 paper – 2 2 x 45 = 90 90 x 5 = 450 kertas
31. Perkembangan staf
32. Mengendalikan perhimpunan murid
33. Gotong-royong kadang2 guru perlu bawa semua alatan

* Terdapat lagi tugasan sebagai seorang guru terutama yang ada tugas khas….. tetapi cukuplah sekadar ini untuk nilaian kita bahawasanya tugas seorang guru amatlah berat. Walaupun kita sering menganggap cikgu cuti banyak dan sebagainya. Tetapi hakikatnya tugas seoran guru amatlah berat. Jarang sekali bagi pekerjaan lain membawa balik kerja-kerja pejabat ke rumah, berbanding guru yang terpaksa menanda buku dan menulis rancangan mengajar sehingga lewat malam. Sungguh besar pengorbanan mereka dalam mendidik anak bangsa kita. SELAMAT BERJUANG SEMUA GURU-GURU HANYA ALLAH SAHAJA YANG DAPAT MEMBALASNYA….

No comments:

Post a Comment