LINK-LINK HEBAT

Monday, August 30, 2010

khas untuk seseorang (1 januari 2010)

salam...

hari nie entry nie ditujukan kepada kawan rattus, mungkin kawan yang terbaik. mungkin sahabat.. mungkin jugak seseorang yang rapat dengan rattus.. entry nie khas untuk dia jerk.... baiklah rattus nak tukar kata ganti diri ar.. sebb nie entry khas kan..

awak, selamat menyambut ramadhan.. mungkin pernah diucapakan kepada awal2 ramadhan dulu, tapi kini nak ucap sekali lagi takut nie adalah ramdhan terakhir saya... entah mungkin tidak akan bertemu lagi ker dan ntah mungkin tidak dapat mengucapkan salam ramadhan ker... ini adalah ucapan khas untuk dirimu. moga ramadhan ini memberikan sinar bahagia untuk dirimu

awak.... hari nie dah masuk 20 hari kita berpuasa... dan dah rasanye dah dekat 2 minggu kita tidak bertegur sapa.. jauh dari diri masing... dan tak da kesempatan langsung untuk bercakap apatah lagi mengetahui tentang diri masing2 kan.. mungkin sebb masing2 ego dan cuba untuk mempertahankan diri sendiri dan cuba untuk menegangkan benang yang basah..

awak.... ramadhan nie mengajar saya berbagai erti kehidupan, walau kita tak pernah bergaduh di depan mata.. tapi rasa hangat membara keadaan itu, rasa macam saya menimpan satu musuh dalam diri ini. namun di kesempatan ini, mungkin sesuatu telah menyedarkan saya dengan peristiwa hari ini, betapa penting nye hidup bersaudara dan betapa penting untuk saling berhubungan antara manusia. tambahan pula awak adalah orang yang paling rapat dengan saya suatu ketika dulu..

awak... mungkin satu ketika dulu ketika megharungi perjalanan hidup ini ada perubahan yang tidak dapat diterima sama ada awak atau saya... namun begitu semua perubahan itu telah terjadi dan masing-masing telah memilih haluan masing2. mungkin tidak akan bertembung lagi dan mungkin tidak akan bersemuka lagi. bukan saya mahu putuskan tali persaudaraan antara awak dengan saya.. tapi itulah yang telah terjadi kini..

awak..... masa telah menemukan kita dan masa juga telah memisahkan kita. namun begitu jauh di sudut hati saya, saya tidak mahukan hubungan yang telah dicipta ini tamat begitu sahaja,.. di kesempatan ini, selagi diri ini bernafas, saya mohon ampun dan maaf atas segala kesilapan yang pernah saya lakukan dan yang tidak pernah saya lakukan dan segalanya. halalkan segalanya.. awak jagalah diri awak sebaiknya.... kalau hubungan ini masih ingin diteruskan.. mungkin salah seorang perlu tamatkan egonya....dan saya rasa saya cuba merendahkan ego ini untuk tidak memtuskan apa yang telah dimulakan....

wasalam,

daripada
saya.....

No comments:

Post a Comment