LINK-LINK HEBAT

Thursday, February 04, 2010

sehari ke UKM. episod 2

selepas jerk peristiwa pg tue. aku nak sambung episoid kedua di UKM..... sampai jerk UKM semuanye berjalan dengan lancar, cari bahan, tgk jurnal, tgk buku dan juga tgk apa yang patut. puas juga lah dok kat UKM nie dapat rasa suasana sebenar Universiti. bak kata Mr A kalau UPSI macam UKM kan best.. adsa banyak omputeh kan best.. pas tu pakai simple2 jerk.. tak payah fomal2 baru lah syok... aku cadangkan kat dia, kita tukar U jerk puas hati..

selepas penat naik tangga turun tangga (ada satu tangga jerk) tapi penat nye lah. lepas habis jerk wat research kat UKM tue nak balik lah plak. tepat jam kul 6 kitaorang pun kuar lah dari PTSL tue. kuar jerk telefon uncle2 teksi nie. semua tak da. semua ada kat luar bangi. waktu tue aku dengan mr A nie dah buntu dah nie . mr A dgn aku menangis gila2 sebb tak tahu nak buat per (hiperbola jerk tue). tak tahu nak balik macam mana.

las sekali Mr A dgn aku decide nak jalan kaki dari PTSL ker KTM. Wa!!!!!!!!!!!!!!! jauh tue aku tak sanggup habis lemak2 aku. nak dijadikan cerita sampai jerk separuh jalan dapat lah tahan teksi kosong. dah lega dah. ps tue pakcik nie sembang2 lah.. boleh tahan gak cara dia sembang. sampai jerk KTM dia cas kitaorang RM 10. perghh mahal giler sbelum nie aku naik RM 6 jerk.... tapi nak wat macam mana dah naik kena lah bayar.

erm.. igatkan penyeksaan tue dah habis. dah lah KTM kat UKM tu kat atas bukit.. penat tue naik bukit,lapar plak tue. g lah kedai beli pau baru jerk nak bayar duit pau. komuter dah sampau. terkejar gak lah dan akhirnye sekali lagi aku terlepas train. hari nie 2 kali aku terlepas train. dah lah kena budget masa cukup takut terlepas train kat rawanng untuk ke tanjong malim mmg nahas lah. tumggu 15 menit sampai lagi satu train. jadi selamat lah.

ku sangkakan panas sampai ke petang rupanya hujan lebat plak di tgh hari. ngah sedap2 duk dalam train nie ingat akan sampai rawang lah plak. last pakcik pemandu train nie beri ucapan yang sungguh mengharukan "harap maaf perkhidmatan train ini akan berakhir di stesen sg buloh sahaja, para penumpang di minta untuk menaiki train yang berikutnye" pergh terharu aku dgr. sampai aku kena tukar train. dah lah aku nie tak tahan nak terkucil. turun jerk dari train aku terus g toilet.

sempat gak lah aku nak mengucilkan diri. tapi bila mr A nak masuk toilet. train dah nak sampai. per lagi terkejar jugak lagi aku dgn mr A kali nie aku dah jad macam pelari tradisional. opss profesional.. laju giler aku lari nak kejar train takut aku kena tido kat stesen dan selepas semua dugaan tue aku dah sampai jugak kat KHAR. tapi tue mmng pengelaman aku dgn KTM komuter.......

3 comments: