LINK-LINK HEBAT

Friday, August 21, 2009

HILAL (anak bulan/bulan sabit)

assalamualaikum semua.....

hari nie adalah 21 hb ogos 2009.. sehari lagi sebelum semua umat islam menyambut bulan yang mulia iaitu bulan ramadahan... pada bulan ini lah semua mengejar pahala dan juga melakukan kebaikan.pada bulan ini semua ibadah dilipat gandakan pahalanya. betapa bertuah. tetapi bukan biler tiba bulan nie jerk semua nak buat baik...baik tue biar ikhlas. dan bukan semata untuk mengejar sesuatu.

setiap kali tiba bulan ramadhan dan juga bulan syawal mesti aku ingat something. ingat kan nama aku yang indah ini. betapa beruntung nya abah aku letak nama zahilal. logiknya nama aku adalah hilal dan za tue lebih kurang macam nama family. sebb nama abah aku zahari nama arwah atok aku zakaria. abah aku anak sulung jadi dapat lah za tue. aku plak anak sulung tue yang dapat za jugak. za+hilal= zahilal...

berbalik pada nama aku. menurut sumber yang boleh dipercayai hilal memberi makna anak bulan atau bulan sabit. jadi bila orang ahli falak tue nak tgk anak bulan. mesti aku ingat akan diri aku. bertapa unik nama aku ini. sbb peristiwa penting macam nie mesti orang semua tak sabar kemunculan aku. hahah. itu lah keunikan nama aku. walau pun pendek sebenarnya adalah sesutau yang ditunggu oleh setiap umat islam. bukan sahaja di Malaysia bahkan di seluruh dunia..

puasa hampir tiba. besok semua akan berpuasa. bertapa gembiranya.. biler bulan puasa nie semuanya terasa lapang. ntah lah kan kenapa ntah. tahun nie masuk kali ketiga aku berpuasa di kolej. mula2 dulu masa sem 1. perit jugak masa sem 1. maknan tak terurus, sahur dgn berbuka pun ntah macam apa ntah, selalu jugak dulu balik kg. teringin roti jhon kat kg.

tapi tue semua mas asem 1 lah. skang nie dah sem 5 dah. dah biasa dah makan macam tue. malam nie bermulalah detik episod aku bersahur dgn sardin kot. kalau rajin nak masak. hahah.

di kesempatan ini aku nak minta maaf dan juga mengucapkan selamat berpuasa kepada semua yang membaca blog aku nie. harap-harap ibadah kita pada bulan ini diterima Illahi...

wasalam...

2 comments:

  1. ye eh?
    oo..lepas ni dengar@tgok nak bulan@bulan sabit ingat kat abg ilal..huhu..
    slamat pose..

    ReplyDelete
  2. hehe selamat gak..
    mesti lah kena ingat kan abng hilal
    haha

    ReplyDelete