LINK-LINK HEBAT

Thursday, August 20, 2009

BLOG YANG TELAH JADI SARANG

assalammualaikum semua......

setelah sekian lama aku meninggalkan raungan untuk menulis blog nie akhirnya aku kembali dalam dunia blog.. aku dah agak lama ketandusan idea untuk menulis blog sebenarnya. tetapi hari ni aku gagahi juga untuk menulis apa-apa jer yang ada di dalam blog nie.

Cetusan idea untuk aku kembali ke dalam dunia blog ni adalah daripada budak2 junior yang sama-sama menjadi rexco akademik dan kerjaya di khar(kolej tempat aku tinggal). aku tgk budak2 nie rajin sgt untuk menulis di dalam blog. macam2 yang dorang tulis. rajin betul.

hari ni aku nak cerita sesuatu yang terjadi pada aku selepas aku masuk semula untuk menyambung pengajian. sem nie aku merasakan kemalasan yang melanda pada diri aku amat ketara sekali. tugasan yang diberikan aku buat lambat-lambat. aku tak tahu kenapa lah aku boeh jadi macam nie. pening aku.

baru bab tugasan tue. kemudian plak aku join rexco plak. memang seronok join rexco nie. sbb dari dulu lagi aku mmg nak join rexco. alhamdullilah kali nie aku dapat gak jadi rexco. masuk kali nie tahun kedua aku join rexco. masa sem 1 aku tak berpeluang untuk join rexco sbb tak terpilih. sem 3 baru aku dapat jadi. masa tue portfolio aku adalah naib S/U untuk biro kebajikan dan kemasyarakatan. dan skang aku memegang portfolio sebagai pengurus rexco akademik dan kerjaya. harap aku dapat memikul tugas yang diberikan oleh exco aku.

bukan shaja aku join rexco khar... aku juga merupakan rexco mpp. masuk jerk sem aku dah rasa pasti aku kena jaga gerai konvo lagi. memang betul jangkaan aku. aku kena uruskan gerai konvo dan juga rexco yang lain. penat memang penat. seminggu aku bertungkus lumus. sampai demam dan sakit-sakit badan meniaga kat konvo. tapi pulangan mmg memberangsangkan. dan aku rasa mungkin ini tugasan terakhir aku sebagai rexco mpp. setelah 2 tahun jugak aku berkhidmat sbg rexco mpp. selamat tinggal. tapi aku takkan lupakan semua kenangan bersama mereka.

sem nie juga sem yang mencabar bagi aku. persatuan geografi upsi telah melakukan AGM baru-baru nie. nama aku tercalon sebanyak 3 kali. kali prtama sebagai presiden dan aku kalah dengan jabbar, kali kedua nama aku tercalon sekali lagi sebagai exco akademik tapi lagi sekali aku dikalahkan, dan kali ke-3 nama aku dicalonkan sebagai exco pengurusan majlis. dan aku kalah jugak. terkilan jugak sikit, tapi aku yakin ada himah nye. sbb aku berazam untuk sem 7 tidak mmgang apa-apa jawatn. dan rasanya itu lah himahnye kot.

panjang jugak aku tulis kali nie. tajuk kat atas tue sebenarnya tak da kene mengena dgn apa yang aku nak tulis.tujuannnya nak tunjukkan yang aku memang dah lama tak tulis blog tue jerk.
sesape yang baca nie. baca jerk lah yerk. aku memang suka merapu..

wasalam......

3 comments:

  1. xsngke abg hilal der blog...
    heheh
    thanx sbb follow blog bubu...
    ngee~
    hehehe

    ReplyDelete
  2. sarang..leh simpan itik dlam nih bang ilal..ngeh2..

    ReplyDelete
  3. apalah budak 2 orang nie
    hehe
    bang hilal mesti lah ada blog
    malas nak update jerk
    haha
    just letak apa yang nak ditulis jerk
    huhhuu

    ReplyDelete