LINK-LINK HEBAT

Wednesday, October 29, 2008

Tenis Tournament

Plak Johan Pertandingan Tenis


pertandingan tenis yang telah diadakan pada hari sabtu tanggal 25 oktober meninggalkan pelbagai kesan yang mendalam terhadap diri aku nie. sungguh tak di sangka di dalam tempoh 13 minggu aku berjaya menguasai permainan tenis yang agak sukar dan mencabar ini.

permainan yang banyak mencabar minda dan juga emosi serta kemahiran ini memberikan pelbagai cabaran dan permainan inil. sungguh tak sangka permainan yang diadakan secara beregu ini telah memberikan ruang dan peluang aku dan regu aku izzuan iskandar untuk mencipta kejayaan.

permainan dimulakan dengan cabutan undi untuk menentukan pasangan kemudian perlawanan pun bermula regu yang aku lawan ialah antara fakharuddin serta tan. Din yang menjadi pilihan utama untuk menjurai perlawan ini telah disingkirkan oleh aku dan pasangan aku dengan mata 4-1 ini membuatkan aku berjaya untuk masuk ke peringkat separuh akhir.

perlawanan demi perlawanan aku dan pasangan aku bertempur untuk masuk ke peringkat ahir dan sekali lagi bertemu dengan regu din dan tan. perlawanan yang sengit berlaku antara keami berempat. dan akhirnya nasib menyebelahi kami dan kami berjaya dengan memperoleh agregat sebanyak 3-1.

No comments:

Post a Comment