LINK-LINK HEBAT

Sunday, June 06, 2010

komik: kanak-kanak atau universal....



komik... sebut tentang komik rata-rata akan pikir komik tue hanya lakaran kartun yang terletak di dalam kotak2 kotak kecil yang hanya di baca oleh kanak-kanak. namun sedarkah atau tidak sebenarnya bukan sahaja kanak2 yang baca komik malahan orang dewasa dan remaja turut sama menggemari komik.

hakikat sebenarnya komik bukan lah hanya untuk kanak-kanak. rattus jugak suka baca komik malahan mempunyai satu koleksi komik yang dikumpul sejak 4 tahun lalu. apa sebenarnya yang ada kat komik nie. sesetengah orang menyatakan yang komik nie membuang masa, wang ringgit dan sebagainya. tapi di dalam komik mempunyai nilai-nilai yang tersembunyi dan bukannya sekadar hiburan.

komik mengikut kefahaman rattus ada banyak jenis komik tapi rattus klasifikasi kepada dua jerk satu antarabangsa satu lagi local (malaysia). kalau malaysia mungkin sesetangah dah dengar komik-komik sperti Gempak dan Utopia. dan ada jugak publisher malaysia yang menggunakan komik antarabangsa seperti Kreko dan juga Arena, dua komik ini menggunakan komik dari jepun...

nailai-nilai yang terdapat di dalam komik ini kalau nak citer banyak. ambil contoh mudah, komik Naruto yang diminati ramai tue bukan sekadar hiburan. ada nilai2 persahabatan, menghormati orang lebih tua, kemasyarakatan, nasionaliti. dan pelbagai. malahan komik ini dapat memberikan pengajaran secara informal kepada para pembacanya dan tidak lah hanya terhad dengan contoh2 yang lebih realistik walaupun dapat diketahui bahawa komik hanyalah fantasi sahaja.

oleh itu, kepada penggemar komik di luar sana abaikan apa yang mereka kata tentang komik. hanya mereka yang menghayati komik sahaja yang mengetahui apa nilai dan erti yang terkandung di dalam komik. dan kepada sesiapa yang belum pernah menngenali komik. g lah kedai beli satu komik dan fahami la  apa yang ingin disampaikan pas tue komen kat sini yerk..

2 comments:

  1. sng cite, tgk ssuatu jgn sekadar dgn mata..tp tgkla dgn hati.. :)

    ReplyDelete
  2. betul tue cousin. mata tue pandai menipu. hati dengan perasaan. akal dngn logik. pilih lah kan..

    ReplyDelete