LINK-LINK HEBAT

Sunday, May 30, 2010

perbelanjaan perkahwinan: sendiri @ bersama???

okei hari nie tergerak hati Rattus nak menulis pasal kahwin nie. lama dah tak bercerita pasal kahwin nie. tergerak hati ini nak menulis pasal kahwin nie kan mungkin sebab dah nak dekat cuti sekolah dan rattus dapat banyak pulak jemputan ke majlis perkahwinan ada yang dari sedara mara, ada yang dari kawan-kawan, ada yang datang dari jiran-jiran dan ada jugak yang datang dari saper-saper ntah. orang dah jemput kena lah pergi tapi bukan boleh pergi semua pun. pergi yang mana dapat jerk.

biler citer pasal kahwin perkara pertama yang terlintas mesti wang atau duit. cukup ker tak cukup nak kahwin ni. nak buat kenduri lagi, nak beli barang hantaran lagi, nak print kad jemputan. nak buat itu nak buat ini. macam benda-benda kena pikir macam nak jadi menteri plak kan. memamng susah gak kahwin. bagi pandangan sesetengah orang kahwin nie senang jerk kan. bagi pandangan orang lain tak tahu lah kan.



sembang-sembang pasal duit nie. banyak benda nak citer nie. sebenarnya rattus pun tak berapa arif pasal adat istiadat perkahwinan nie jadi rattus citer apa yang tahu jerk lah kan. mula-mula nak pikir pasal wang hantaran dulu. wang hantaran nie sekarang nie ikut taraf pendidikan perempuan tersebut. kalau SPM adalah dalam RM 5000-RM8000. kalau STPM atau diploma RM 10000-RM 13000. kalau ijazah @ degree adalah dalam RM 15000-18000. dan seterusmya lagi tinggi taraf pendidikan maka lagi tinggi lah wang hantarannya.
belum lagi bercerita pasal mas kahwin yang semakin mahal di setipa negeri dan berbeza di antara negeri.

baru cerita pasal wang hantaran belum lagi masuk dengan barangan-barangan hantaran lagi paling cikai pun RM 2000 @ RM 3000 mesti dah ada untuk barangan hantaran. print kad jemputan kenduri lagi khemah, kerusi meja makanan semua tue perlukan duit. tue pun dah berapa ribu dah kena keluar hanya untuk majlis perkahwinan.

itu semua semasa perkahwian, tapi cuba kita flashback sebelum nak kahwin. paling-paling mesti dah ada kenderaan sendiri ada rumah untuk berteduh dan juga untuk bergerak. tue lain hal plak. nak beli kereta kena pakai duit nak beli rumah pun kena pakai duit. secara mnya duit muka atau deposit untuk dua harta nie pun dah mencecah hampir RM 30000. tue sebb ramai lelaki yang kahwin lambat. perempuan semua nak cepat kahwin nak cepat-cepat tapi tak tahu kesengsaraannya untuk berkahwin nie.

persoalannya di sini. secara lazimnya dapt dilihat pihak lelaki akan banyak mengeluarkan wang sebab tue memang tanggjawab lelaki. tetapi adakah pihak perempuan faham akan kesengsaraan untuk berkahwin tue. bukan senang dan bukannya satu jalan yang boleh dipandang ringan. selain itu wujud satu persoalan di minda rattus. yang nak berkahwin tue adalah 2 insan dan 2 jiwa iaitu lelaki dan perempuan... patutkah hanya pihak lelaki sahaja yang mengeluarkan perbelanjaan perkahwinan atau secara bersama-sama(pihak lelaki dan perempuan)???? pikir-pikirkan lah..


5 comments:

  1. mestila bersme..susah sng bersme kn..time bercinte pn kne share gak tau..bkn time kawen jek..jgn hrpkn laki sowg..dlm keadaan skang ni, aduhai..klu hrpkn sowg jek, mmg botak kepala laki 2..lmbt r jwbnye nk kawen..yg pasti, kmpulla duit dr skang wlupn lom ade calon lg..sbb klu nk tgu da ade calon bwu nk kumpul duit mmg menyiksakan..2 yg jd keadaan cm mkn maggi n wat pinjaman bank sbb nk kawen 2..huhu :)

    ReplyDelete
  2. kebetulan aku baru wat doodle utk kawen...hehehe

    ReplyDelete
  3. cousin: wah ehbat cousin bercakapo2.. tapi bagus lah jugak tue kalau ada pemikiran untuk bersama...
    darkstar: ko wat doodle untuk kawen? kenapa ko dah nak kawen?

    ReplyDelete
  4. xde la...kwn aku nk kwen,
    dia tempah 200 boxes tok aku doodle..ade kt fB aku, ade ms tgk la nt..;)

    ReplyDelete
  5. wah box siap doodle lagi tue...
    huhu kaya raya lah ko macam nie

    ReplyDelete