LINK-LINK HEBAT

Friday, May 04, 2012

perjalanan


mula langkahnya dengan merangkak
perlahan bertatih
dan kini
sudah mula berlari

perjalanan yang bermula perlahan
pantas meninggal zaman
tiada menoleh kebelakang
hanya mampu menapak ke hadapan
tidak kira onak atau ranjau
ditempuh dengan penuh azam

dulu
jalan ini tampak lurus
kerana diri tidak mengenal dunia
kini
jalannya penuh likuan
penuh simpang
akibat rakus dan tamak
manusia kini

larian kini semakin laju
tidak lagi perlahan seperti dulu
menuju ke alam baru
menuju kehidupan baru
moga mendapat restu

sang marhaen
7.57
teratak marhaen

No comments:

Post a Comment