LINK-LINK HEBAT

Thursday, September 02, 2010

raya, aku, dia dan kamu...

raya...

satu perkataan yang cukup menggambarkan betapa meriah dan gembiranya suasana itu, betapa seronoknya melihat kana-kanak bergembira.. tanpa ada sebarang kekesalan, kesedihan dan sebagainya. betapa rasa hati ini merasakan ingin melonjak hingga ke hujung langit, raya juga dapat menggambarkan betapa akrabnya hubungan antara sahabat, rakan-rakan, keluarga dan juga yang tersayang.... cukup untuk menggambarkan semuanya cukup membuktikan kasih sayang itu. walau hanya sekelumit ingatan dan memori namun raya menzahirkan semuanya...

raya dan aku...

raya tahun ini sebenarnya mengajar aku erti kehidupan yang sebenarnya.. tidak lah seindah rupa.. tidak lah sesempurna ingatan... tidak lah seperti kenangan.,... mungkin terlalu banyak kenagan dan juga ingatan yang tersimpan suatu ketika dahulu.. tapi itu semua hanya tinggal kenangan.. raya tahun ini juga adalah seperti raya terakhir aku begerla sebagai mahasiswa.. mungkin kerana aku telah sampai ke penghujung perjuangan.. banyak kenangan aku selama aku di upsi ini.. setiap detik itu seperti menari-nari di ingatan aku. raya tahun ini juga memberikan aku sedikit pengajaran... jangan percaya kepada janji dan menharapkan ia ditunaikan..

raya dan dia..

dia telah membrikan aku sedikit sinar dalam hidup aku untuk terus berseri.. walaupun aku pernah melalui saat dilema dalam menentukan masa depan aku, namun di sebalik semua itu, dia yang memahami dan memnberikan aku sedikit pengharapan dan juga sesuatu untuk menenangkan dan membantu di dalam membuat dan memilih jalan kehidupan. dia juga yang telah menemani aku di saat waktu sukar aku, walau pun dia tidak dapat menyumbang apa-apa.. cukuplah sekadar dia memahami keadaan aku dan juga kesulitan yang aku alami.... raya ini juga telah memberikan aku kesempatan untuk menyambut bersama-sama dengan dia..

raya dan kamu...

kamu kawan-kawan yang paling sempurna dalam hidup, walau aku mengerti aku tidak punya ramai kawan, namun kamu telah memberikan aku kesempurnaan hidup di saat2 akhir aku begelar mahasiswa.. kawan-kwan yang ramai yang banyak mengisi masa terluang aku, amat aku hargai.. detik-detik hampir raya aku semakin akrab dengan kawan-kawan aku.. bella yang sentiasa menjadi mangsa gurauan dan juga teman sembang-sembang menjadi teman yang agak rapat..., rexco-rexco yang menemani aku bekerja dan memberikan semangat... teman-teman lama yang kembali rapat dan sebagainya... hakikatnya kamu semua mmg terbaik.. tidak lupa juga teman-teman seperjuangan semasa sekolah dulu raya ini akan memberikan seribu makna kepada perjuangan kita yang terdahulu..

akhir sekali...

kepada dia dan kamu.. aku mohon ampun dan maaf,,, ikhlas dari setiap inci ruangan hati ini... aku sangat menghargai kalian semua,... kenangan ini akan ku simpan jauh di lubuk hati supaya tidak akan dilupakan..

salam aidlfitri maaf zahir dan batin....

2 comments: