LINK-LINK HEBAT

Thursday, February 18, 2010

bersalah kah aku..

apa pendapat korang tentang tanggungjawab seorang kawan??????????
adakah sekadar untuk tahu apa yang kawan dia buat.. atau mengenali diri kawan dia secara sepenuhnya?? aku pelik lah.. salah ker seorang kawan untuk mengetahui apa yang kawan dia buat, dan bagi nasihat tentang apa yang dia buat supaya dia tidak mengulangi kembali kesalahan dia yang dulu.. salah kah aku...

cerita bermula beberapa bulan yang lalu. atau mungkin setahun yang lalu. aku hanya menjadi seorang pendengar yang setia untuk mendengar setiap masalah kawan aku nie. kitorang menjadi rapat dan mungkin serapatnya untuk mengetahui apa yang terjadi di dalam diri dia. jadi setipa inci perkara yang terjadi di dalam diri dia aku pun mengetahui. tapi biler dia kapel dengan seorang lelaki yang kini hampir menjadi tunangan dia, dia menjadi seorang yang aku kurang kenal.

malangnya, aku tetap juga aku cuba untuk kenal diri dia sepenuhnya. dia cakap aku tak perlu tahu dan tak perlu amik tahu. sedangkan sebelum nie dia boleh bagi tahu aku sepenuhnya. tetiba bila berkaitan dengan lelaki tue aku tak perlu tahu. salahkan aku cuma nak tahu. lagi pun dia kawan aku dan aku rasa kalau dia buat salah aku patut nasihatkan dia

then baru2 nie dia cntct balik dgn aku, kitaorang ada lah wat perjumpaan ringkas2, then dia cakap kitaorang tak jemput dia, kitaorang boikot dia, padahal kitaorang tahu dia tak leh kuar malam then dia ada pakwe, jadi kitaorang memahami situasi dia. but then dia salah kan kitaorang., salah ker kitaorang nie?? besok nye kitaorang ada reunion kat pizza hut dia tak dapat g sebb dia ada majlis merisik. dia salahkan aku lagi sbb tak cakap dgn dia awal. padahal benda tuu baru jerk rancang malam tadi.. salah aku lagi ker????

masa ngah msj2 dia cakap yang kenapa pasal status kitaorang nak jauhkan diri dari dia. logik apa sbb dia dah ada pakwe, tak pasal-pasal pakwe dia marah kitaorang sapa nak jawab. kitaorang malas nak cari-cari gaduh. dan yang buat aku pedih nie biler dia cakap kawan2 baru dia kat U tue tak kisah pun dia da pakewe ker tunang ker.... lah tue kawan baru dia mmg lah tak kisah, kitaorang nie dah lama kawan dgn dia jadi kitaorang tahu lah apa yang dia buat tue akan memakan diri dia . sebb kitaorang tahu dia macam  mana. salah ker aku????

yang terakhirnye  dia cakap aku nie tikam dia dari belakang... ada ker patut.. aku berkawan dgn semua orang dan biler dia dah ada pakwe takkan aku masih lagi nak jadi kawan baik dia. kang apa plak kata pakwe dia. kalau pakwe dia tak kisah its ok kalau pakwe dia kesah macam mana??tak ker naya aku. tapi silap dia. dia yang pergi jauh dari kitaorang tetapi dia cakap kitaorang yang jauhkan diri dari dia. mmg pelik lah.

tapi kalau memang salah aku aku minta maaf banyak2 dan aku mungkin bukan kawan yang terbaik untuk diri dia.....

Thursday, February 04, 2010

sehari ke UKM. episod 2

selepas jerk peristiwa pg tue. aku nak sambung episoid kedua di UKM..... sampai jerk UKM semuanye berjalan dengan lancar, cari bahan, tgk jurnal, tgk buku dan juga tgk apa yang patut. puas juga lah dok kat UKM nie dapat rasa suasana sebenar Universiti. bak kata Mr A kalau UPSI macam UKM kan best.. adsa banyak omputeh kan best.. pas tu pakai simple2 jerk.. tak payah fomal2 baru lah syok... aku cadangkan kat dia, kita tukar U jerk puas hati..

selepas penat naik tangga turun tangga (ada satu tangga jerk) tapi penat nye lah. lepas habis jerk wat research kat UKM tue nak balik lah plak. tepat jam kul 6 kitaorang pun kuar lah dari PTSL tue. kuar jerk telefon uncle2 teksi nie. semua tak da. semua ada kat luar bangi. waktu tue aku dengan mr A nie dah buntu dah nie . mr A dgn aku menangis gila2 sebb tak tahu nak buat per (hiperbola jerk tue). tak tahu nak balik macam mana.

las sekali Mr A dgn aku decide nak jalan kaki dari PTSL ker KTM. Wa!!!!!!!!!!!!!!! jauh tue aku tak sanggup habis lemak2 aku. nak dijadikan cerita sampai jerk separuh jalan dapat lah tahan teksi kosong. dah lega dah. ps tue pakcik nie sembang2 lah.. boleh tahan gak cara dia sembang. sampai jerk KTM dia cas kitaorang RM 10. perghh mahal giler sbelum nie aku naik RM 6 jerk.... tapi nak wat macam mana dah naik kena lah bayar.

erm.. igatkan penyeksaan tue dah habis. dah lah KTM kat UKM tu kat atas bukit.. penat tue naik bukit,lapar plak tue. g lah kedai beli pau baru jerk nak bayar duit pau. komuter dah sampau. terkejar gak lah dan akhirnye sekali lagi aku terlepas train. hari nie 2 kali aku terlepas train. dah lah kena budget masa cukup takut terlepas train kat rawanng untuk ke tanjong malim mmg nahas lah. tumggu 15 menit sampai lagi satu train. jadi selamat lah.

ku sangkakan panas sampai ke petang rupanya hujan lebat plak di tgh hari. ngah sedap2 duk dalam train nie ingat akan sampai rawang lah plak. last pakcik pemandu train nie beri ucapan yang sungguh mengharukan "harap maaf perkhidmatan train ini akan berakhir di stesen sg buloh sahaja, para penumpang di minta untuk menaiki train yang berikutnye" pergh terharu aku dgr. sampai aku kena tukar train. dah lah aku nie tak tahan nak terkucil. turun jerk dari train aku terus g toilet.

sempat gak lah aku nak mengucilkan diri. tapi bila mr A nak masuk toilet. train dah nak sampai. per lagi terkejar jugak lagi aku dgn mr A kali nie aku dah jad macam pelari tradisional. opss profesional.. laju giler aku lari nak kejar train takut aku kena tido kat stesen dan selepas semua dugaan tue aku dah sampai jugak kat KHAR. tapi tue mmng pengelaman aku dgn KTM komuter.......