LINK-LINK HEBAT

Friday, May 28, 2010

hidup sebagai anak sulung

anak sulung, mungkin satu kedudukan yang membanggakan kerana menjadi abg atau kakak di dalam keluarga yang boleh diharapkan dan juga boleh di jadikan contoh teladan. namun menjadi anak sulung bukan lah satu tggjawab yang mudah, mungkin satu tanggungjawab memerlukan lebih banyak pengorbanan serta lebih banyak bebanan tggjawab yang menggunung..

pengalaman Rattus sendiri sebagai anak sulung sememangnya mengajar Rattus untuk berfikir secara matang di dalam memikul tggjawab, amanah dan harapan yang diberikan kepada Rattus dalam mengejar apa yang diimpikan oleh keluarga. sememangnya kadang kala rasa terbeban dan adakalanya semangat itu mudah putus asa dan luntur dalam sekelip mata. namun itu semua adalah sebahagian daripada perjalanan hidup sebagai anak sulung.

kadang-kadang anak sulung ini dijadikan penanda aras untuk adik-adik menjadi seperti abg atau kakak mereka. dan bayang kan tggjawab itu, adalah amat berat sekali. macam2 harapan keluarga ke atas anak sulung. ingin melihat berjaya dan cemerlang namun semua itu bukan lah semudah yang di sangka. bayang kan apa yang terjadi jika harapan itu tidak kesampaian dan tidak menepati apa yang diinginkan oleh keluarga itu. adakah kecewanya hati mereka. dan bertambah-tambah kecewa hati anak sulung jika tidak mencapai harapan itu.

bukan itu sahaja biler berkaitan dengan pengorbanan selalunya anak sulung akan rela untuk bekorban. ditinggalkan di rumah untuk menjaga rumah, berhenti untuk belajar semata-mata mencari rezeki untuk keluarga, mengalah untuk adik-adik. itulah pengorbanan seorang anak sulung. yang memahami kesusahan keluarga dan juga untuk kegembiraan adik-adik.

namun ini semua bukan rungutan hanya untuk renungan bersama. walau macam mana pun. semua anak di dalam keluarga walau apa pun kedudukannya sama ada sulung, bongsu atau tengah semuanya ada tggjawab masing-masing untuk keluarga cuma sejauh manakan kita memahami tggjawab dan juga situasi keluarga masing2.

p/s: walaupun anak sulung mempunyai banyak tggjwab dan juga amanah ukur lah kemampuan sendiri dalam mencapai segalanya. jika tidak mampu belajar untuk menerima kekurangan.

4 comments:

  1. stuju..tanggungjawab sbg ank sulung mmg berat..sgt berat..kite sme2 merasainya..mkin besar,mkin berat tanggungjawabnye..utk adik2, mak ayah..sume owg...kdg2 rse xmampu, tp belajar utk mampukn diri dr owg2 sekeliling, pengalaman n didikan keluarga..insyaALLAH kita akn berjaya.. :)

    ReplyDelete
  2. betul tue.. walau tak mampu kena pikul gak sampai mampu sampai boleh capai apa yang diharapkan.. moga kita sama2 dapat buat yang terbaik..

    ReplyDelete
  3. yaya pun anak sulung gak. but semua tidak percaya huhuhu msti ingt yaya anak ketiga. tapi saya bangga jadi anak sulung sebab leh arah2 adik buat mcm. i just goyang kaki.nak kata tension sangat tuh biasa je

    ReplyDelete