LINK-LINK HEBAT

Wednesday, September 30, 2009

kisah cinta kedua

Pernah seketika dulu saya rasa saya tak berguna. Dalam kelas kawan-kawan semua tak suka saya. Saya nak 'join', diorang kata saya menyibuk. Ada pula yang kata saya kuat emo. Sikit-sikit nak marah. Padahal sebenarnya saya nak tegur mereka buat bising masa belajar.

Lepas tu saya cuba buat lawak, kononnya nak tarik perhatian orang lainla. Saya paling gembira bila ada orang gelak bila dengar lawak saya, terutamanya budak-budak perempuan. Budak-budak lelaki semua kata saya 'mat capub'(cari publisiti).Tapi saya tak kisah. Asalkan ada yang terhibur. Pernah sekali tu, saya dapat award kelas – ‘Penglipur Lara Hati Nan Duka’. Huhu~

Tapi saya tetap merasakan kekosongan. Memang lumrah manusia, seoarang lelaki akan tertarik kepada perempuan.
Macam itulah yang saya rasa. Saya tengok kawan-kawan ramai yang dah 'couple'. Dalam dorm sms awek sampai pagi. Ada yang ‘call’ awek sampai satu malam boleh habis 10 ringgit. Walaupun nampak macam membazir, tapi rasa ‘jelous’ tetap hadir di hati.

Saya mula berfikir, "Adakah aku perlu BERCINTA?"
Dengan menggunakan akal seorang pelajar tingkatan 4 itu, saya pun mula menanam tekad untuk ber'couple'. Dan masa itulah saya kenal awak. Saya rasa saya dah jumpa orang yang paling penting dalam hidup saya.

Mula-mula awak jual mahal. Taknak layan saya. Tapi saya tak kisah, mahal pun takpe, nak beli gak. Dan akhirnya, dipendekkan cerita, saya pun mulalah BERCINTA dengan awak.

Masa bercinta, memang saya sangat-sangat bersemangat. Apa orang minang kata..'ALL OUT'lah.
Hahaha.. Saya selalu call awak, awak pun selalu call saya. Malam-malam 'gayut'. Kadang-kadang saya pun habis RM10 satu malam. Tetapi segala PENGORBANAN yang dilakukan masa ber'couple' tu, tidak terasa pun kehilangannya.

Masa bercinta memang indah. Semuanya indah. Sikit-sikit gurau-gurau. Sikit-sikit gelak-gelak. Kalau merajuk sama-sama pujuk-memujuk. Kalau 'birthday' kita sambut sama-sama. Untuk diri ini,terasa amat bahagia. Sebab masa itulah terasa diri ini dihargai. Saya pernah terfikir, biarlah kawan-kawan saya tu pandang saya semacam, kata saya macam-macam, asalkan saya ada awak yang memahami saya.


Hampir setahun kita bercinta. Sekarang dah masuk tingkatan 5. Suatu hari saya dengar ceramah. Alhamdulillah, daripada ceramah itu saya sedar yang saya banyak buat dosa dan saya kena berubah. Hidup saya mesti selari dengan Islam. Saya kena jadi orang baik. Sebab memang itu fitrah manusia,menginginkan kebaikan. Semua orang nak masuk syurga kan? Sejak dari saat itu saya mula rapatkan diri dengan masjid. Rapatkan diri dengan Al-Quran. Selalu solat jemaah awal waktu. Selalu dengar tazkirah.

Lepas itu saya beli terjemahan Al-Quran, sebab nak tadabbur Al-Quran. Saya beli dua, satu untuk saya, satu untuk awak. Saya taknak jadi baik seorang diri, jadi saya ajak awak sekali.
Saya ajak awak baca Al-Quran. Saya kejut awak bangun subuh(calling). Saya ajak awak saling beri tazkirah.

Mula-mula awak terkejut dengan perubahan saya. Awak ingat saya dah nak jadi alim, nak berhenti couple. Saya kata, kita bukan buat benda yang salah pun.
Bercinta kerana Allah. Kita couple tak macam orang lain. Orang lain couple 'jiwang-jiwang' je. Ada yang siap buat mksiat lagi. Pegang-pegang tangan dan macam-macam lagi. Tapi kita couple baik-baik. Jaga batas-batas syara'. Tak guna ayat jiwang-jiwang. Janji taknak jumpa, takut berlaku maksiat. Cuma sms dan call je.

Dan awak terima perubahan saya itu. Saya pun banyak nasihatkan awak. Awak pun terima. Walaupun kadang-kadang awak merajuk sebab teguran saya tu, tapi saya faham, perubahan memerlukan masa. Dan akhirnya saya rasa, hubungan kita semakin diredahai. Saya selalu berdoa supaya kita akan kekal sampai ke gerbang perkahwinan.

Dalam proses perubahan saya, saya mula menyedari bahawa berdakwah itu wajib. Kita kena menyampaikan kepada orang tentang kebenaran. Kalau kita tidak berdakwah, kita akan dipertanggungjawabkan oleh Allah di akhirat kelak. Sesuai dengan firman-Nya dalam surah Al-A'raf, surah ke 7,ayat ke 164:

Dan (ingatlah) ketika suatu umat di antara mereka berkata: "Mengapa kamu menasihati kaum yang Allah akan membinasakan mereka atau mengazab mereka dengan azab yang amat keras?" Mereka menjawab: "Agar kami mempunyai alasan (pelepas tanggung jawab) kepada Tuhanmu, dan supaya mereka bertakwa".

Lepas tu saya mulalah beri tazkirah pada kawan-kawan dan adik-adik. Tegur mereka apa sahaja yang silap. Saya tak boleh tahan bila tengok orang buat salah atau dosa. Saya mesti nak tegur. Selemah-lemah iman tegur dengan hati, oleh sebab saya nak jadi orang kuat iman, apa lagi, tegur la depan-depan. Awak pula selalu nasihatkan saya, jaga perasaan orang lain, berdakwah kena berhikmah, tak boleh kasar-kasar, nanti orang benci. Nasihat awak tu sangat berguna buat saya.

Lepas tu, satu masa.
Saya terbaca artikel tentang couple. ‘COUPLE HARAM’ tajuknya. Saya tak percaya. Tapi bila baca detail-detail yang diberi, macam betul pula. Ingat nak bincang dengan awak, tapi berat pula rasanya. Saya fikir kembali. Kita tak buat maksiat. Kita tak jalan-jalan pegang tangan. Tak jiwang-jiwang sangat. Cuma saling ambil berat, tanya khabar, borak-borak, siap ada bagi tazkirah lagi. Apa yang haramnya dengan benda ni? Biasalah, kalau kita suka satu benda tu, kita tetap akan cari alasan untuk 'membenarkan' pendapat kita. Saya pun buat tak tahu pasal benda tu dan teruskan saja hubungan kita.

Masa terus berlalu. Sedar tak sedar peperiksaan percubaab SPM dah dekat. Tiga minggu je lagi. Dalam masa tu, saya memang rajin study dengan kawan-kawan. Buat 'study group'. Pada masa yang sama, bagi tazkirah. Ada yang terima. Ada juga yang buat tak tahu. Kadang-kadang bila tegur, saya kena marah pula. Macam-macamlah alasannya. Ada kata saya tegur tak berhikmah, ada yang kata saya menunjuk-nunjuk. Tapi saya tak kisah, saya ada tempat nak mengadu, huhu.

Suatu ketika, ketika sedang mentadabbur Al-Quran seorang diri, saya terjumpa ayat ini:

Mengapa kamu suruh orang lain(mengerjakan) kebajikan, sedang kamu melupakan diri
(kewajiban) mu sendiri, padahal kamu membaca Al Kitab (Taurat)? Maka tidakkah kamu berfikir?

(Al-Baqarah, ayat 44)


Saya pun berfikir, "Selama ini aku asyik tegur orang je. Tapi aku sendiri masih banyak kekurangan, Cepat marah, suka buang masa, ada lagi dosa-dosa yang masih dilakukan. Macam mana ya?" Lepas tu terjumpa pula ayat ini :

Dan janganlah kamu campur adukkan yang hak dengan yang batil dan janganlah
kamu sembunyikan yang hak itu, sedang kamu mengetahui.

(Al-Baqarah ayat 42)


Tiba-tiba saya terfikir satu keritikan kawan. "Alah kau tu..cakap je berapi..gaya alim,tapi couple gak..sama aje kau dengan kami..tegur orang konon.." Berfikir sejenak. Sebenarnye ber'couple' ni boleh ke tidak? Adakah selama ini saya hanya menganggap ia boleh? Habis tu, kenapa saya rasa malu bila mak dan ayah tahu saya selalu berhubung dengan perempuan? Dan terkadang saya rasa serba salah?

Macam-macam yang saya fikir. Dipendekkan cerita lagi sekali,saya ke Pulau Pinang untuk mengikuti satu seminar dakwah. Saya harap dengan seminar ni kefahaman saya mengenai dakwah akan lebih mantap. Dalam perjalanan ke seminar tu, saya masih sms lagi dengan awak dalam bas. Sempat lagi pesan-pesan supaya jangan lupa baca Al-Quran hari ini, solat awal waktu dan lain. Dalam fikiran saya, "Ni kira dakwah juga..saling ingat-mengingati.."


Majlis malam itu berakhir dengan sesi ta'aruf, pukul 10 semua orang dah bebas untuk aktiviti sendiri. Lagipun kami semua penat. Pihak penganjur pun faham. Takkan nak panjang-panjangkan program sampai tengah malam.

Tiba-tiba saya tergerak hati untuk bertanya dengan fasilitator yang ada di situ. Saya rasa inilah masa terbaik untuk tanya pendapat dia tentang couple. Tapi saya teragak-agak. "Kalaulah betul couple tu salah, habis tu, nak buat macam mana?
Aku kena 'clash' ke? Alah, buat apa fikir macam tu..tanya je la. Kalau tak buat salah, apa nak ditakutkan?"

Lalu saya menghampiri fasilitator tu. Masa tu dia tengah membelek-belek terjemahan Al-Qurannya seorang diri.

"Assalamualaikum, bang, saya nak tanya sikit, boleh?"

"Em,boleh..duduklah. Anta nak tanya apa?"

"Er..macam ni,sebelum saya terlibat dengan dakwah ni, saya ada kenal seorang kawan ni, perempuan la. Tapi bukanlah setakat kawan biasa. Rapat jugalah. Bukan rapat biasa-biasa, tapi rapatlah.."

“Bercinta ke?”

Saya malu nak cakap yang saya couple. Nanti apa pula abang tu kate.
Mesti dia marah punye. Tapi bagi dalih apa lagi. Saya pun angguk. Lepas tu saya tanya:

"Sebenarnya..couple ni boleh ke tak bang?"

Dengan suara yang lembut abang tu jawab:

"Akhi, memang fitrah manusia, lelaki akan tertarik kepada perempuan, begitu juga perempuan akan tertarik kepada lelaki. Tapi dalam Islam, perasaan itu perlu dikawal dan ada batasnya. Pergaulan perlu dijaga. Allah firman dalam surah Al-Isra', surah ke 17, dalam ayat yg ke 32:


"Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah
suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk
."

"Tapi bang,saya tak nampak pun yang kami ni menghampiri zina. Niat kami baik. Saya dah cuba sedaya upaya mengawal perhubungan kami. Sms pun takdelah jiwang-jiwang, selalu bagi tazkirah lagi. Kami selang-selang bagi, hari ni saya, esok dia."

Saya tak mahu mengalah.

"Memang betul niat anta baik. Tapi ingat, niat tak pernah menghalalkan cara.
Yang batil tetap sahaja batil, yang haq tetap haq. Cuba tengok ayat ni."

Sambil abang tu bukak Al-Quran dia, dan tunjuk pada saya ayat ini:
Dan (juga) kaum Ad dan Tsamud, dan sungguh telah nyata bagi kamu (kehancuran mereka) dari (puing-puing) tempat tinggal mereka. Dan setan menjadikan mereka memandang baik perbuatan-perbuatan mereka, lalu ia menghalangi mereka dari jalan (Allah), sedangkan mereka adalah orang-orang yang berpandangan tajam.
(Surah Al-Anakabut,Surah 29, ayat 38)


"Akhi, kalau anta paham ayat ni, sebenarnya apa yang berlaku pada anta ialah, syaitan telah buat anta pandang indah benda buruk yang anta lakukan. Walaupun anta berpandangan tajam, maksudnya anta berilmu tinggi. Memang pada mulanya niat anta baik, tapi ingat, syaitan itu sangat licik. Dia akan sedaya upaya buat anta terjerumus ke dalam kemaksiatan. Lagipun, takkanlah sepanjang masa anta sms dengan dia, anta ingat Allah aje. Mesti ada masanya nata hanya melayan perasaan dengan dia, kan?"

Betul juga katanya. Lepas tu saya kata,

"Tapi bang, saya dah janji dengan dia taknak jumpa lg. Sebab saya tahu kalau berjumpa nanti banyak bahayanya. Dan dia pun setuju. Kami sama-sama menjaga diri. Takkanlah ia boleh membawa kepada zina juga bang?"

"Em, betul, anta dah janji taknak jumpa dengan dia lagi. Anta dah dapat elakkan zina mata, zina tangan, zina kaki. Kalau anta janji taknak call dia pula, anta dapat elak zina telinga dan zina lidah. Tapi, masih ada zina yang tetap anta tak dapat elak apabila bercouple.."

" Zina hati?” Saya menduga.

"Betul, zina hati. Semua inilah yang Rasulullah s.a.w. jelaskan dalam hadithnya tentang bagaimana menghampiri zina tu. Anta boleh 'check' dalam Riyadahus Solihin, bawah bab larangan melihat wanita. Rasulullah s.a.w. bersabda, mata boleh berzina dgn melihat, lidah boleh berzina dengan bercakap, tangan boleh berzina dengan berpegangan. Kaki boleh berzina dengan berjalan ke arah tempat maksiat. Hati pula boleh berzina dgn merindui, mengingati dan membayangi si dia. Hakikatnya, macam mana pun anta buat, anta tetap tak dapat lari daripada zina hati."

Saya terdiam. Kelu. Tak tahu apa nak dikata. Semua yang abang tu kata tiada yang salahnya. Kemudian dia sambung.

"Ana dulu pun couple juga. Lagi lama daripada anta. Sejak sekolah sampai dah masuk U, dekat nak grad. Tapi bila ana sedar apa yang ana buat ni salah, ana terus tinggalkan. Ana siap dah fikir, dialah bakal isteri ana, yang akan jadi ibu kepada anak-anak ana. Kalau nak diikutkan lagi besar masalah ana daripada anta."

"Saya risau la bang. Nanti apa kawan-kawan dia kata. Dulu saya selalu minta tolong mereka untuk rapat dengan dia. Mesti nanti mereka semua tak puas hati dengan saya. Dan dia sendiri pula, saya takut apa-apa akan jadi pada dia kalau dia tak dapat terima keputusan ni. Sebab kami dah rapat sangat."

Masa tu saya dah mula sebak. Malu betul. Menangis depan abang tu cerita pasal benda ni. Nasib baik tak ada org lain masa tu. Abang tu jawab,

"Kalau kawan-kawan dia tak puas hati pun, mereka boleh buat apa? Paling teruk pun, mereka akan mengata di belakang anta. Anta tak kurang sikit pun. Lagipun, dalam berdakwah ni, kita nak cari redha Allah, biarlah orang nak kata apa-apa sekali pun, yang penting redha Allah. Kalau Allah tak redha, semuanya dah tak bermakna lagi."

Saya terdiam lagi.

"Pasal dia pula, cuba anta fikir dari sudut positif, mungkin dia akan terima keputusan anta scara matang. Mungkin dia juga akan buat keputusan untuk tidak lagi bercouple. Ana yakin, dia takkan buat apa-apa perkara bodoh. Kalau dia buat sekalipun, itu bukan tanggungjawab anta, apa yang anta nak buat tu betul, meninggalkan maksiat. Semua orang akan menanggung balasan atas perbuatannya sendiri."

Saya dah tak dapat tahan lagi. Masa itu saya menangis, saya dah sedar yang saya kena berhenti couple. Dah jelas sekarang, couple tu haram.

"Jadi apa saya nak buat bang?"

"Ana dulu, hantar satu sms je kat dia. Ana terangkan pada dia hubungan yang dibina itu salah. Minta maaf, kita berakhir di sini. Tolong jangan cari saya lagi. Lepas itu ana terus tukar nombor. Ana tak hubungi dia langsung lepas tu."

"Maksudnya, saya tak boleh hubungi dia lagi ke? Tapi bang, saya ada juga kawan perempuan lain, boleh pula saya hubungi mereka?"

"Dengan dia ni lain. Anta dah pernah ada 'sejarah' dengan dia. Tapi, kalau nanti ditaqdirkan anta satu universiti dengan dia, satu kuliah, lepas tu kena pula buat 'group discussion', masa tu anta hanya layan dia hanya sebagai 'group discussion partner'."

Tiba-tiba saya terfikir,

"Dia ni nak suruh aku clash malam ni gak ke? Sekarang gak? Takkanlah awal sangat?"

"Saya rasa saya belum ade kekuatan la bang. Boleh tak saya tunggu sampai saya ada kekuatan, baru saya tinggalkan benda ni?"

Saya ingat nak lari la. Lalu dia jawab,

"Ata kena ingat. Kekuatan itu tidak boleh ditunggu, tapi ia perlu dibina. Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga kaum itu mengubah keadaannya sendiri. Anta boleh rujuk surah Ar-Ra'du,surah ke-13,ayat 11. Lagipun, anta nak tuggu sampai bila baru nak tinggalkan couple ni? Abang-abang fasilitator ni pun ramai yang pernah couple, bila masuk dakwah, mereka tinggalkan."

Alamak, tak boleh lari lagilah nampaknya. Saya rasa macam abang ni paksa saya clash masa tu juga.

"Semuanya dah jelas rasanya..Nampaknya saya kena tiggalkanla benda ni gak ye. Macam tak larat rasanya nak tekan button handphone ni. Rasa tak sanggup."

"Kalau tak sanggup mari ana tolong tekankan."

"Eh, tak apalah bang. Biar saya taip sendiri."

Teragak-agak saya nak taip masa tu. Tapi saya gagahkn juga diri.

"Semuanya dah jelas..buat apa aku tangguh-tangguh lagi. Takut nanti hidayah ni Allah tarik, susah pula nak tinggalkan. Kan aku selalu doa supaya dijauhkan dari maksiat, jadi rasanya, inilah masanya."
Lalu perlahan-lahan saya taip sms tu..
"Assalamualaikum..Sebenarnya selama ini hubungan kita salah di sisi Islam. Saya ingat dengan mengubah cara pergaulan kita, ia dah dibolehkan, tapi sebenarnya ia tetap berdosa. Saya harap awak akan istiqamah meneruskan perubahan yang awak dah buat, kerana Allah. Saya minta maaf atas segala yang dah berlaku. Kalau ada jodoh insya-Allah, akan bertemu juga. Assalamualaikum.."

Berat betul nak hantar sms tu kat awk. Saya masih tak mampu nak ucap selamat tinggal. Sebab tu dalam sms tu saya hanya akhirkan dengan ucapan salam. Lepas beberapa ketika..saya tekan juga button [send].

Lepas tu tertera di skrin..

SENDING..

MESSAGE SENT

Masa tu saya rasa macam separuh hidup saya dah hilang. Macam tak percaya..saya dah hantar 1 sms, dan clash dengan awak..

"Terima kasih bang.."

"Takpe, dah tanggungjawab.."

Malam tu saya saya tidur dengan linangan air mata. Tak sangka. Memang tak disangka. Saya memang tak pernah terfikir untuk clash, tapi itulah yang terbaik untuk kita sebenarnya. Tiba-tiba saya teringat ayat Allah, Surah Al-Baqarah, ayat 216,

Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.


Masa terus berlalu. Saya terus sibukkan diri dengan kerja-kerja lain. Dalam usaha nak lupakan awak, bukan senang, tapi saya terus cuba. Saya selalu bagi tazkirah, ingatkan orang. Saya bagi ta'lim di masjid, terangkan pada orang, couple haram, tunjuk segala dalil. Macam-macam yang berlaku. Ada kritikan, ada juga yang setuju. Cuma kali ini saya tak dapat nak mengadu pada awak, tapi saya jumpa tempat mengadu yang lebih baik, pada Dia, Allah yang Maha Mendengar.

Tiba-tiba satu pagi ni, dapat sms daripada awak. Awak bagi gambar bunga. Bawah tu ada ayat,

"Seindah gubahan pertama.."

Saya rasa awak masih tak dapat lupakan saya. Saya pun fikir, "Kena tegaskan rasanya". Lepas tu saya hantarlah sms ni.
Dan rasanya itulah yg terakhir.
"Tiada yang lebih indah daripada mendapat keredahaan ilahi..seindah manapun gubahan pertama tu, selagi tak mendapat keredahaanNya, tetap tiada gunanya..

Assalamualaikum..saya tahu, dulu saya cakap, kalau ada jodoh, insya-Allah akan bertemu juga.
Tapi saya taknak awak tunggu. Lupakan saya. Biar Allah yang menentukan.
Lagi satu,

Jangan cari cinta manusia,
ia penuh dengan penipuan,
kekecewaan,
dan tak kekal..

Tapi carilah cinta Allah..
tiada penipuan,
tidakkan pernah mengecewakan
itulah cinta abadi..
Cinta yang diredahai..

-Yang Terakhir- "


Saya dah buat keputusan. Saya pasti apa yang saya buat ni betul. Saya yakin, saya tinggalkan semua ini demi mendapatkan redha Allah. Allah akan gantikan dengan sesuatu yang terbaik untuk saya. Dan saya takkan sekali-kali berpatah balik.

TAKKAN BUAT SELAMA-LAMANYA...

KISAH cinta Pertama

Bila ibu menasihati saya tentang cinta;;

Kisah ini datang dari lubuk hati saya sendiri, apa yang saya rasa
dan apa yang saya alami sendiri. Saya tidak bermaksud untuk mengeluh
apatah lagi mengingkari apa yang telah Allah s.w.t tetapkan kepada
saya dan kita semua orang yang beriman dengan-Nya. Kisah ini saya
khabarkan agar apa yang saya lalui tidak berlalu begitu saja tanpa
saya kongsi dan tanpa saya rekodkan sebagai panduan bagi diri saya
sendiri untuk hari-hari kemudian.

Saya sama seperti orang lain, punya keinginan untuk menyayangi dan
disayangi. Walau bagaimanapun, tidak mudah bagi saya untuk jatuh
hati pada seorang wanita. Saya tidak mencari seorang wanita untuk
dijadikan kekasih, tetapi saya mencari seorang teman pendamping
hidup saya hingga ke akhir hayat saya. Seorang yang boleh
mengingatkan saya kiranya saya terlupa, dan yang paling penting
wanita yang amat saya percayai untuk mendidik anak-anak saya kelak
dan generasi yang akan lahir daripada keluarga kami nanti. Untuk
itu, sejak di bangku sekolah lagi saya telah letakkan beberapa
syarat bagi seorang wanita untuk hadir dalam hidup saya, dan dialah
orangnya.

Dalam masa beberapa bulan saya belajar di sebuah pusat pengajian
tinggi di Petaling Jaya, banyak perkara yang telah saya pelajari.
Yang paling penting buat saya ialah, bagaimana saya mula mengenali
wanita-wanita dalam hidup saya kerana saya sejak dari sekolah rendah
belum pernah bergaul secara langsung dengan seorang wanita pun dan
saya amat peka terhadap larangan pergaulan antara lelaki dan wanita
kerana saya bersekolah di sebuah sekolah menengah agama lelaki
berasrama penuh. Lantaran itu, saya tidak pernah punya hati untuk
memberi cinta atau menerima cinta walaupun peluang itu hadir
beberapa kali.

Saya mula mengenali si dia apabila kami sama-sama terpilih untuk
mengendalikan sebuah organisasi penting di tempat kami belajar.
Ditakdirkan Allah s.w.t, dia menjadi pembantu saya. Dari situlah
perkenalan kami bermula.

Dia seperti yang telah saya ceritakan, bertudung labuh dan sentiasa
mengambil berat tentang auratnya terutama stokin kaki dan tangannya.
Itulah perkara pertama yang membuatkan saya tertarik padanya. Dia
amat berhati-hati dalam mengatur butir bicaranya, bersopan-santun
dalam mengatur langkahnya, wajah yang sentiasa berseri dengan iman
dan senyuman, dan tidak pernah ke mana-mana tanpa berteman. Suaranya
amat sukar kedengaran dalam mesyuarat kerana dia hanya bersuara
ketika suaranya diperlukan dan tidak sebelum itu. Saya melihat dia
sebagai seorang mukminah solehah yang amat menjaga peribadinya dan
maruah dirinya. Saya tidak pernah bercakap-cakap dengannya kecuali
dia punya teman di sisi dan atas urusan rasmi tanpa dipanjangkan-
panjangkan. Saya seorang yang amat kuat bersembang dan sentiasa
punya modal untuk berbual-bual seperti kata teman saya, tetapi
dengan dia saya menjadi amat pemalu dan amat menjaga. Bagi saya,
itulah wajah sebenar seorang wanita solehah. Dia mampu mengingatkan
orang lain dengan hanya menjadi dirinya, tanpa perlu berkata-kata
walau sepatah.

Pada hari terakhir saya di sana, saya punya tugas terakhir yang
perlu saya selesaikan sebelum saya melepaskan posisi saya dan semua
itu melibatkan dia. Sebaik sahaja semua kerja yang terbengkalai itu
siap, saya mengambil peluang untuk berbual-bual dengan dia. Saya
bertanya perihal keluarga dan apa yang dia rasa bertugas di samping
saya untuk waktu yang amat sekejap itu. Alhamdulillah dia memberikan
respon yang baik dan dari situlah saya mula mengenali dengan lebih
dalam siapa sebenarnya pembantu saya ini. Namun, apa yang memang
boleh saya nampak dengan jelas, dia amat pemalu dan dia amat kekok
semasa bercakap dengan saya. Selepas itu barulah saya tahu, sayalah
lelaki pertama yang pernah berbual-bual dengan dia bukan atas urusan
rasmi sebegitu. Di situlah saya mula menyimpan perasaan, tapi tidak
pernah saya zahirkan sehinggalah saya berada jauh beribu batu
daripadanya.

Semasa saya berada di Jordan, saya menghubunginya kembali dan
menyatakan hasrat saya secara halus agar dia tidak terkejut.
Alhamdulillah, dia menerima dengan baik dan hubungan kami berjalan
lancar selama empat bulan sebelum saya balik bercuti ke Malaysia.
Kadang-kadang saya terlalai dalam menjaga hubungan kami dan dialah
yang mengingatkan. Dialah yang meminta agar kami mengehadkan mesej-
mesej kami agar tidak terlalu kerap. Semua itu menguatkan hubungan
kami dan bagi saya dialah teman hidup yang sempurna buat saya.

Walau bagaimanapun, sewaktu saya pulang ke Malaysia bulan lepas,
ummi dapat menghidu perhubungan kami. Saya tahu ummi tidak berapa
suka anak-anaknya bercinta tetapi saya tidak pernah menjangka ummi
akan menghalangnya. Tetapi perhitungan saya silap, amat silap.

Buat pertama kali, adik perempuan saya memberitahu ummi sudah tahu
perihal saya dan ummi tidak suka. Saya tidak pernah menganggapnya
sesuatu yang serius sehinggalah ummi bercakap secara peribadi dengan
saya pada satu hari. Saya masih ingat lagi kata-kata ummi yang buat
saya tak mampu membalas walau sepatah.


"I haven't found any entry in Islam that permit what you are doing
right now. I haven't heard from anyone that love before marriage is
permitted. But I know there's no relationship between male and
female except for what is very important and official between them.
So, may I know what kind of relationship you are having now and I
want to hear it from your mouth that it is legal in what you have
been learning until now."


"Not a single phrase, nor a word."

"My sweetheart, if you want to build a family, a faithful one, you
can never build it on what Allah has stated as wrong and proven
false by the way Rasulullah p.b.u.h has taught us. A happy and
blessed family come from Allah, and you don't even have anything to
defend it as blessed if the first step you make is by stepping into
what He has prohibited. You can't have a happy family if Allah
doesn't help you so, and you must know in every family that stands
until their dying day, they have Allah on their side.
You can't
expect Him to help you if you did the wrong step from the very
beginning."


Saya tiada kata untuk membalas kerana semuanya benar. Saya tahu
kebenaran itu sudah lama dulu, tetapi saya tak mampu untuk melawan
kehendak nafsu saya sendiri. Saya akui, saya tertipu dengan apa yang
dipanggil fitrah, dan apa yang dipanggil sebagai keperluan manusia.
Cinta tak pernah membawa kita ke mana, andai cinta itu bukan dalam
lingkungan yang Allah redha. Tiada cinta yang Allah benarkan kecuali
selepas tali perkahwinan mengikatnya. Itulah apa yang telah saya
pelajari lama dahulu dan dari semua kitab Fiqh yang saya baca, tiada
satu pun yang menghalalkannya. Saya tahu kebenaran ini sudah lama
dahulu, tetapi saya tidak kuat untuk menegakkannya. Saya tidak mampu
untuk menundukkan kemahuan hati saya. Dan kata-kata ummi memberikan
saya kekuatan untuk bangkit kembali dari kesilapan saya selama ini.

Ummi berkata:

"It's not me who want you to make a decision like this, but Allah
tells you so."


Saya percaya, itulah yang terbaik buat saya dan dia. Dengan kekuatan
itulah saya terangkan kepadanya, dan alhamdulillah dia faham. Amat
faham. Walaupun air matanya seakan air sungai yang tidak berhenti
mengalir, tetapi dia tahu itulah yang terbaik buat kami.
Dia meminta
maaf kepada ummi kerana menjalinkan hubungan yang tidak sah dengan
saya, tetapi ummi memberi isyarat, janganlah bimbang. Andai ada
jodoh kamu berdua, insya-Allah, Dia akan temukan kamu dalam keadaan
yang jauh lebih baik dari sekarang.

Hidup saya sekarang lebih tenang kerana tiada apa yang menggusarkan
hati saya lagi. Hidup saya lebih suci dan saya boleh bercakap
kembali tentang agama saya dengan lebih bebas tanpa dihantui oleh
perasaan berdosa. Bagi saya, dan dia, inilah saat untuk kami
muhasabah kembali diri kami dan kami betulkan kembali segala
kesilapan yang telah kami buat. Inilah saat untuk kami kejar kembali
cita-cita kami dan sediakan diri untuk menjadi seorang ibu dan ayah
yang berakhlak mulia dan berperibadi tinggi. Inilah masanya kami
insafi kembali keterlanjuran kami dahulu dan memohon moga-moga Allah
sudi maafkan kami.

Sesungguhnya Ya Allah, aku insan yang sangat lemah. Aku tidak mampu
melawan godaan syaitan yang tidak pernah jemu, juga hambatan nafsu
yang tidak pernah lesu. Ampunkanlah aku.

Walau bagaimanapun, perpisahan ini hanya untuk sementara. Saya telah
berjanji dengan diri saya sendiri, dialah yang akan jadi teman hidup
saya nanti. Sesungguhnya pencarian saya untuk seorang calon isteri
telah berakhir. Insan seperti dia hanya satu dalam seribu. Mana
mungkin saya melepaskan apa yang amat berharga yang pernah hadir
dalam hidup saya. Insya-Allah, sekiranya Allah s.w.t panjangkan
umur, sebaik sahaja saya tamatkan pengajian saya di sini, saya akan
kembali ke Malaysia dan melamarnya untuk menjadi permaisuri di hati
saya. Insya-Allah, saya akan setia menunggu saat itu, dan saya akan
berusaha sedaya-upaya saya untuk mengekalkan kesetiaan saya.

"Sekiranya kita telah bertemu dengan seorang insan yang amat mulia
sebagai teman dalam hidup kita, janganlah lepaskannya kerana kita
tidak tahu bilakah pula kita akan bertemu dengan insan yang
seumpamanya."

Siapakah lagi dalam dunia ini yang menjaga adab berjalan antara
lelaki dan perempuan sebagaimana yang ditunjukkan oleh Nabi Musa a.s
dan puteri Nabi Syuaib a.s beribu-ribu tahun dahulu?

Sunday, September 27, 2009

sawang..

27 sept...

ahad...
hari pertama kembali ke sini
seperti sireh pulang ke ganggang..
bnayak perkara yang terjadi..
sahabat dan kawan..
kekasih dan cinta..
semua nya terjadi dalam seklip mata...
aku tak tahu nak kata..

kembali ke sini dgn impian..
harap impian jadi realiti
bukan sekadar di awangan
tetapi berpijak di bumi yang nyata..
azam demi azam aku tanam...
aku pacak ke bumi tuhan ini...

pelik tapi benar..macam tak percaya..
perkara yang negatif...
tapi boleh jadi positif..
memtik kata-kata aku sendiri....
segalanya mungkin kat dunia nie..
jadi hadapi kemungkinan itu
dengan hati yang redha,...

raya masih berbaki 3 minggu lagi..
tapi student life
membataskan segalanya..
harapan
hidup dunia baru lebih mekar hendaknya
semekar bunga padi di sawah bendang..
berterusan dan terus berterusan..

wasalam..

Wednesday, September 16, 2009

Balik kampung raya

16 sept

hari nie tinggal 3 hari jerk lagi kita berpuasa dan tak lama lagi semua dah nak balik kg. skang nie pun sedikit demi sedikit kawan2 aku dan juga dak2 umah nie semakin berkurangan dan ada juga yang telah pulang ke kampung seawal minggu lepas lagi. sungguh mereka ini exited untuk berhari raya..

balik kampung bagi yang jauh rasanye seronok lah, sbb terasa jauh perjalanan membuatkan perasaan balik kg tue rasa seronok jerk. aku yang umah dekat nak terasa balik kg macam jauh. pasang lah lagu balik kg tue. rasa lah jauh nye. walau pun dekat. tapi jarak bukan penentu kebahagiaan. semuanya datang dari hati kita, kalau kita rasa seronok dan gembira blik kg, kita akan gembira balik kg.

raya tahun nie mungkin tidakk seindah raya2 tahun lepas. aku balik raya pun 2 hari sebelum raya. tue satu hal. hal yang lain mungkin abb aku sambut raya sendirian. tanpa pasangan. sadis nye. disebabkan oleh krisis dan perkara yang tak dapat dielakkan aku menjadi lone ranger untuk tahun nie. nak buat macam mana  tue ada lah suratan takdir.

walau ada kawan2, tapi kawan semuanya dah ada pasangan masing2... nak beraya dengan pasangan masing2.. jadi aku terpaksa lah beraya dengan yang single.. nak wat macma mana.. sedih nye.. tapi tak kisah lah.. walau macam mana pun. kehidupan ini perlu diteruskan jugak. tak mungkin akan berhenti hidup ini tanpa pasangan. walau pun aku rasa teramat sedih..

kepada kawan-kawan dan juga sesaper yang baca blog nie dan kenal diri ini... aku zahilal zahari @hilal meminta ampun dan maaf dari segala kesilapan dan juga kekhilafan, sama ada dari segi tutur dan laku. halalkan makan dan minum. serta segala arahan dan tggjawab yang tak tertunai. serta. di hari lebaran nnti. bergembira lah seadanya.

Monday, September 14, 2009

C>I>N>T>A---->?????

cinta? ramai yang mendefinisikan cinta itu, pelbagai pandanga tentang cinta, ada yang kata seronok. ada yang kata best dan tak kurang juga yang mengatakan cinta itu menderita. tetapi bagi aku cinta itu gabungan semua perasaan itu, kadang-kadang kita boleh tersenyum dengan lebar nye tanpa ada sedikit pun air mata yang mengalir. dan kadanag-kadang ketengan hati akan tergugat dan akhirnya berjujuran air mata berlinangan akibat daripada penangan cinta....

adakah keindahan dalam cinta. bg sesetgh orang cinta tak bergaduh itu indah, seronok, seperti bunga- bungaan yang berkembang mekar di lubuk hati. tapi sedarkan itu tidak berpanjangan, biler tibe-tibe ribut dugaan dan cabaran dalam hidup itu menggugurkan bunga-bunga yang bekembang mekar itu. itu lah dia cabaran dalam hubungan sesama insan...

apa yang penting di dalam hubungan ini. bagi aku lah hubungan cinta ini kita tidak boleh mementingkan diri sendiri. jangan asyik mengejar kepuasan diri, itu yang paling penting. fahami situasi dan juga keadaan pasangan kita. jangan asyik kita nak puaskan hati kita jerk. lihat balik apa yang telah pasangan kita lakukan, korban kan dan juga puaskan hati kita. kalau nak ikutkan hati.. sampai bila pun takkan pernah cukup. memang takkan pernah cukup

oleh sbb dasar ini lah bagi aku kefahaman dan juga kepercayaan kita itu penting. memang biler kita bercinta ini belum tentu lagi pasangahn itu akan jadi pasangan sehidup semati kita. tetapi berikan sedikit kepercayaan mungkin dengan kepercayaan masalah-masalah cemburu dan segalanya dapat dlelakkan dan juga kefahaman tentang situasi itu juga penting. sebb bila kita tak faham pastikan ada masalah.

mesii ada wanita yang baca tulisan aku ini mengatakan aku pentingkan diri sendiri. aku memetik kata-kata dr.fadzilah kamsah di mana beliau mengatakan bahawa lelaki dan perempuan berbeza, jelas dilihat disini kehendak lelaki dan perempuan berbeza. memang perempuan perlukan perhatian dari pasangannya tetapi tolong lah faham, lelaki adalah golongan yang sebuk. oleh sebb itu, perempuan di minta untuk memahami. rasanya tak da pun lelaki dalam dunia ini tidak meluangkan masa untuk pasangannya. cuma kadang-kadang batasan masa dan juga batasan lain menjadi penghalang.dan cubaan untuk bersama pasangan tetap dicuba walaupun halangan itu timbul....

bagi lelaki pula, memang lelaki golongan yang protektif, pelindung, tetapi berikan kepercayaan pada pasangan anda untuk bergerak dan berikan ruang untuk dia bernafas. mungkin dia ada kawan2 yang memerlukan ruang dan masa. ruang dan masa itu adalah untuk bersama kawan-kawan. jangan tamak, memang dia adalah milik kita itu sebab kita perlukan kepercayaan untuk diberikan kepada mereka. dan yakinlah dengan hati..

sebenarnya kefahaman dan kepercayaan harus diberikan kepada kedua-dua pasangan dan jangan hanya sebelah pihak. sbb ada diantara kita yang mudah mesra dgn orang dan ramai berkawan. sebab di dalam dunia ini kita tidak hidup berseorangan. dan masalah utama adalah pemilihan atau tersepit antara hati seorang kawan atau hati seorang kekasih. kalau ada kepercayaan dan kefahaman segala masalah ini akan dapat diselesaikan tanpa meyakitkan hati mana-mana pihak.

RM50X10 =RM 5000

13 sept
.......................................
first time tajuk aku fully dalam num..
.......
bermula cerita dari pagi tadi
bersahur dengan kawan2 aku dekat luar
first time..
kawan yang agak best gak..
miss A, miss B, miss C..
dorang nie adik2 aku..
bukan adik kandung..
tapi macam adik lah...
..........................................
pag hari.
g kelas ganti..
dr suhaily masuk..
seronok gak kelas tadi.
macam2 ilmu dapat..
dia citer pasal dia tackle bini dia..
begitu gentleman..
telefon mak bini dia untuk buktikan cintanya
romantik gila...
walau 3 jam kelas..
...........................................
balik kelas
urus teknikal..
dan jadi DJ untuk P'GAR...
penat gak lah,.,
sampai kul 4. lebih..
dok melepak dengan fie.
then bertugas..
pas tue g bazar...
...................................................
malam...
nie cerita utama nyer...
aku bertugas dengan bubu...
duk bertugas sambil bercerita..
macam cerita..
sampai cerita bubu jumpa dak china...
dia tgk beg duit dak china tue..
dia nampak not RM 50 dalam 10 keping..
dia cakap dgn chip...
banyak duit budak china tue..
rm 5000.
aku terkejut..
50X10=5000...
blur kejap aku..
dak sekolah sains tue..
salah kira..
tapi dia cakap dgn aku
begitu confident rm 5000.....
..............................................................................
sekian..
tue jerk..
opsss..
lupa plak..
SELAMAT HARI RAYA
MAAF ZAHIR BATIN..
(takut tak sempat ucap)

Sunday, September 13, 2009

12 sept...

12 sept

ntah kenapa hari nie macam ada benda jerk yang tak kena kepada diri aku nie.. ntah lah macam banyak sgt perkara salah aku buat hari nie. macam2 terjadi lah pelbagai peristiwa sehingga aku merasakan hari nie tidak begitu baik untuk aku...

peristiwa 1
hari nie aku septtnya menjalnkan soal selidik bajet bergerak dari tnjung malim kul 8.00 pagi. aku plak leh terbangun lmbat 7.45 pagi. tergesa aku. tue lah bajet nak lelap sekejap last2 lelap lama giler nasib baik tak terlepas bas. pas tue tunggu budak2 nie pergh lama giler tension gak. sampai kat SKS nye counter. semua tiker bas habis yang tinggal kul 11.30 lambat giler. decide naik ikut pekan. amik motor tunggu kat pekan nasib baik ada bas.. boleh g awal...

peristiwa 2
sampai pudu... wat soal selidik.. ntah mengapa ntah aku nye soal selidik asyik kena reject jerk... stgh jam soal selidik dapat sorang jerk. tension gak aku masa tue.. dah lah nak habis cepat .. sbb aku kena g jadi teknikal kat kolej tue.. jadi DJ lagi... mmg tertekan lah jugak. pas tue tetibe ada prob plak... pihak pengurusan pudu minta surat kebenaran untuk wat soal selidik.. aku boleh terlepas pandang benda tue... dan akhir sekali kena halau dari pudu.. tak leh wat soal selidik dalam pudu tue.. kena wat kat luar plak... dapat lah dapat dalam 40 responden jerk.

peristiwa 3....
malam plak.. duk melepak kat dalam bilik akademik.. biasa lah dah penat sehari aku berkejar.. g jadi dj.. jadi teknikal.. memg penat lah.. tension pun ada... duk dalam bilik akademik nak bergurau dgn budak2 tue.. last2 tersalah gurau aku ada kot buat orang terasa ati adalah beberapa orang.. sampai sum1 kata aku nie tak khatam belajar tntg jaga hati orang... aku akui aku tak pandai jaga hati orang. mulut lancang ah.. main cakap jerk apa aku nak cakap. .. dan sesuka hati jerk.. memang aku ni takda insurans mulut.. baru lah aku tahu kenapa aku tak da ramai kwan.. bukan sbb aku pilih kawan.. rupanya sbb aku selalu sakit kan hati kawan2... kepada kawan2 yang baca blog aku yang pernah aku sakiti hatinya.. aku minta maaf atas segala kekhilafan..

p/s tak tahu dah berapa juta hati aku sakiti dgn  perbuatan dan kata serta kelakuan aku..
disini aku minta maaf..
mungkin betul kata makhluk Allah tue..
aku masih tak khatam tntang jaga hati orang..
mungkin belajar pun tak kot...
aku minta maaf bayk2 kawan2.

Thursday, September 10, 2009

sepi seorang insan

10 sept

sepi..
satu perkataan yang sukar untuk ditelan
dirasa seperti amat pahit
kosong jiwa dirasai
tiada apa
sekeliling menjadi sunyi.
tanpa ada sebarang makna
sebarang maksud dan corak
dan apa yang dibuat tidak menjadi
hidup berseorangan
seperti musafir di padang pasir
mencari teman hidup
kawan-kawan didampingi
tapi adakah berkekala
hidup seperti roda
sekali teman ramai
sekali tiada berteman..
sepi seorang insan
mencari cahaya menerangi hidup
menjadi teman dalam perjalanan
satu perjalanan kehidupan
penuh dugaan dan cabaran
hadapi berseorang
dan sepi...

Tuesday, September 08, 2009

design baju

7 sept isnin
hari ni ada lah hari cuti bagi neeri perak
cuti apa yerk.. cuti nuzul quran
kali ni dah 2 kali isnin da tak da kelas
jadi duk melepak kat bilik akademik
mulanya nak wat asgment
pas tue bertukar wat design
bilik akademik dapt sambutan
buat design seharian
sampat berpinar mata aku wat
tension pun ada
peristiwa kedua,
bubu nye laptop keybord nye dicabut
menagis budak tue kejap tak dapat betul kan
nasib baik aku ada teknik betulkan laptop orang nie.
sbb aku pun ganas gak dulu
nasib baik boleh betul
berhenti nagis lah budak nie
dia tolong aku pilih kaler untuk baju
then baju tue siap.
nnti layan gambar baju kat bawah yerk.
malam tak da  per
duk melepak
dan tunjuk design baju
then duk gelak2.
tue jek..


baju yang seharian di design kan

Monday, September 07, 2009

secret reciepe

6 sept...
hari nie adalah hari yang memenatkan. sbb ikut perancangan hari nie nak buat transform ke atas bilik diskusi.. mmng nak ubahkan bilik diskusi tue kepada sesuatu yang lain, yang berbeza dari sebelum nie yang muram durja jerk. penat gak nak hias bilik nie (padahal aku tak buat apa pun duk kaco orang dan tgkap gambar jerk). memang penat siot...

cerita masa ni mmg tak da paper. pagi2 lagi aku dah benagang janji kul 10 . tapi 1st person yang sampai pun kul 10.30 penat aku tunggu. apa nak jadi lah dak2 nie. tak leh wat keje ontime. yang tertido atau ada masalh lain yang tak dapat dielakkan aku boleh excuse lagi. yang tido aku dah kejut kan tapi yang bgi alasan tak munasabah nie yang tak leh terima nie.

tgh sedap2 buat kje tue, bubu, salah satu rexco nie,, dtg mula2 ok. happening, tapi tak sampai stgh jam dia dah muncung balik.. lama gile lak tu aku nak menenangkan budak2 ni. asyik nak gaduh jerk. hahaha pelik aku. tapi mmg puas hati lah mengemas mmg cantik dah bilik diskusi.. aku mmg suka nampak ada transformasi. tapi aku hrap dak2 nie pandai lah menjaganye.

antara unit dalam rexco aku yang paling lama buat dan yang paling kreatif uni media. unit aku selaras tue(selaras dan tolong tgk). mmg kreatif ar dorang buat. aku mula2 tak sgka idea tue agak menarik dan betul2 mengubah bilik diskusi yag dipertggjwbkan pada mereka. dan yang lain, aku selaku pengrus dornag nie amat-amat berterimakasih sbb dtg jugak mengemas, walau lewat. tapi semuanya mmg memuaskan hati. terima kasih semua rexco akademik dan kerjaya,

malam plak aku melayan secret recipe dengan miss A... mula2 tak tahu nak g mana dan miss A nie ngajak g scret recipe. jadi aku pun g jerk lah. dah tak da wat paper, g makan2.tapi perut aku masa tue dah full dah tak tahu nak sumbat apa. sampai2 jerk layanan kat situ mmg exclusive macam kat hotel 5 sttar siot. dia g menu belek menu tue mmg lama. bukan belek apa, tapi terkejut tgk harga nye majoriti tak ada lah makanan yang dibwah 5 ringgit. ptt lah exclusive. tapi mmg berbaloi lah dngan apa yang ada. aku yang makan aiskrim pun rasa sedap. yang miss A tue makan kek cokelat dgn hot choc.. nampak macam sedap, dia cakap pun mmg sedap. berbaloi-baloi..

balik jerk dari scret dgn sum 1 secret, terus g meeting. pergh meeting plak macam hantu raya aku tgk. meeting ptt kul 10.15, 10.30 pun tak da yang sampai lagi. kenapa lah susah sgt nak on time. dalam meeting macam2 perkara berbangkit. dari perkara kecik kepada besar. dan minggu nie aku tekankan masa dan kebersihan. aku tak puas hati dgn tahap kebersihan yang tak dijaga oleh petugas, main lepas tgn jerk sakit hati betul, pas tue bertugas plak, ada plak yang suka2 turun bertugas  lewat stgh jam dan 1 jam. bengang betul dan ada plak yang tak bertugas. siap bg alasan yang tidak munsabah langsung, asgment dan sebgnya. bagi aku lah yang jadi rexco dan exco tue pun student bukan staff yang tak da asgment. semua ada asgment tapi pandai2 lah bg masa. bertugas tetap bertugas, tggjawab lah sikit....

meeting berlalu dengan banyak perkara yang tidak berpuas hati dan ada plak yang mmbngkitkan perkara2 yang mmg bukan dalam tgn exco  skng. memang pelik lah rexco akademik dan kerjaya nie. sikit demi skit dah terserlah perangai masing-masing. masa intrview hanya menabur kata-kata manis jerk. hampeh betul.lpas meeting ada perbincangan dengan MT dan Exco. macam2 gak benda kuar. tapi tak per lah yang tue MT nye hal......

banyak betul yang berlaku hari nie.. ada yang best dan ada yang tak best. tapi aku bersyukur aku masih lagi boleh menguruskan walau pun banyak sagt liku yang terjadi. akhir kata layan lah pic bilik diskusi yang baru nie... agak2 mana cantik??


 
bilik diskusi 2 ICT-konsep santai

 
bilik diskusi 1 (pustaka mini) -konsep 1 nation

 
bilik diskusi 4 (media) konsep bistro
nie muka budak yang penat wat keje..(terima kasih)

Wednesday, September 02, 2009

DIAORANG

tepat 2 september...

tajuk post hari nie macam pernah nampak kan.. citer nie sinambungan dari citer kitaorang. cuma beza nye dalam citer nie aku tiada peranan. aku hanya tukang dengar jerk tak tahu nak buat apa kan jadi aku dgr jerk lah.

bermulanya kisah di tempat yang sama di dalam citer kitaorang tue. tempat bilik akademik, waktu hampir 5.30, di tempat yang sama meja nemo tue. tue laah tempatnya dimana farid sekali lagi bertemu muka dengan wanita yang ditunggunya minggu lepas iaitu bubu macam samthng jerk aku rasa.. rasa macam de ja vu lah plak kan.

bermulanya cerita si bubu tersenyum dari jauh ke pada farid mmbuat aku merasa aura si farid sdg berkomunikasi secara psikik dgn bubu. lalu aku memanggil beliau dan beliau yang dah terlepas berpatah kembali untuk bersmbang dgn bubu. tapi sekali lagi aku melihat farid kemaluan.. opss kemalu-maluan... aku pun tak tahu ngape dia leh jadi begitu.

buat sekian kalinya aku melihat mereka berdua sependapat dalam banyak perkara, tentang UPSi nye rules, tntang sbjek pembangunan sahsiah yang sama-sama dapat b+ dan banyak lagi lah. pendek kata dorang nie dah sependapat.. bermulalah segalanya.. macam citer romantik lah plak... tapi yang best nya kali nie. dorang banyak bercakap berbanding aku yang hanya wat kali nie medengar. seronok aku tgk farid dapat dbersmbang dengan bubu..

tapi aku bangga lah dengan budak2 nie.. dorang dua2 dapat dean list bak kata farid dekan list.. memang pandai2 lah budak nie. aku cukup terharu lah dgr diaorang punya keputusan tambah-tambah keputusan aku pun tak macam dorang tue lah yang aku bangga tue..

tapi satu menjadi perosalan aku. kenapa farid malu-malu berjumpa dengan bubu.. bloggers tolong jawab...

Tuesday, September 01, 2009

jiwa kacau

1 september 2009.. tepat 12.12a.m
aku hilang arah..
tension tertekan dengan kehidupan..
apa yang nak dicapai?
apa yang nak diperoleh..
apa sahaja yang aku inginkan..
satu2 masalah melanda jiwa. tapi aku yakin tu hanya cabaran dalam hidup..
tapi apakan daya. aku rasa tertekan
tak tertangung segalanya.
berkaitan kehidupan..
berkaitan hubungan sesama mnusia
dan segalanya.
membuat aku bingung.
aku tak tahu..
apa kehendak jiwa..
apa yang dinginkan.
membuat aku tiada arah tuju...
itu masalah aku....
hendakpauas kan hatise mua orang..
akhirnya hati sendiri mrana..
adilkah semua itu..
bagaimankah hendak capai keadilan dalam kehidupan itu....